
Akhir-akhir ini blog saya dilanda entri yg berunsur praperkahwinan. So nak beralih angin pulak kepada pascaperkahwinan. Hee.. Masih tak lari dari topik kahwin rupanya...
Lucu, pelik pun ada bila saya terbaca satu artikel dalam majalah ANIS keluaran Disember 2008, mukasurat terakhir. Tajuk corat-coret pada helaian itu berbunyi: Saya Rasa Tak Tercabar. Ingatkan apalah yg tak tercabar tu. Rupa-rupanya itulah alasan seorang suami utk 'buka cawangan' baru.
Dipendekkan cerita, seorang kaunselor bertanyakan sebab si suami ini ingin menikah lagi. Maka jawab si suami tadi:
"Isteri saya ini seorang yg sangat baik. Dia jaga saya sangat sempurna.Terlampau rajin susah, terlampau malas pun susah. Huhu. Serba salah juga jadinya. Untuk diringkaskan, seorang Pak Haji menasihati agar pasangan itu pulang dan berbincang tentang pembahagian tugasan agar si suami tidak punya banyak masa lapang sehingga merasakan hidupnya terlalu bosan. Maka, automatiknya niat si suami untuk berkahwin lagi satu terbatal.
Makan, minum, pakaian, layanan batin dan semua keperluan saya dia urus dengan
baik. Walaupun dia kerja tapi balik rumah dia tak diam bekerja. Urus
macam-macam. Saya di rumah umpama raja. Tak bagi buat apa pun. Saya ditatang
macam minyak yg penuh. Urusan bayar bil letrik, bil air, bil telefon dan
persekolahan anak-anak semua dia yang buat. Saya duduk goyang kaki di
rumah."
"Baguslah tu. Bukan senang nak dapat isteri taat macam ni." tingkah
kaunselor.
"Masalahnya saya rasa tak tercabar. Tujuan saya nak berkahwin lagi dengan
ibu tunggal adalah untuk membantu uruskan kerja-kerja dia. Nak bantu uruskan
anak-anaknya sebab selama hari ini saya tak buat apa di rumah, jadi rasanya
biarlah masa yang kosong tu saya isikan dengan bantu orang lain pula," jawab si
suami tersenyum lebar.
Pada akhir coretan, penulis ruangan itu menasihatkan kepada para isteri agar jangan mengambil alih sepenuhnya tugas suami, agar jiwa mereka tidak sepi. Lagi pula, tidak sesuai utk wanita melakukan kerja-kerja berat yg selayaknya dilakukan kaum lelaki.
Lain orang lain ragamnya. That's life. ;)