Showing posts with label tiba2 bersajak. Show all posts
Showing posts with label tiba2 bersajak. Show all posts

Thursday, December 11, 2008

:: Sebutlah Namaku ::

Dari komputer riba seseorang ke blog seseorang..


Ya ALLAH... Mengapa tiba-tiba hatiku terpaut pada dunia.. Hingga adakalanya aku terlalu payah untuk berpaling daripadanya. Tidak ya ALLAH, aku tidak lupa pada larangan-laranganMU, tetapi... aku mungkin lupa bahawa seksaMU nanti terlalu dahsyat dan keras, sehingga aku masih leka berterusan di pengembaraan hawa nafsu ini.

Ya ALLAH... Sayangkah Kau padaku? Kerana aku sendiri sudah membenci diriku sendiri.. Aku benci diriku yang selalu lupa akan kehadiranMu. Aku benci diriku yang sering memejamkan mata dari peringatan-peringatanMu.. Aku benci diriku yang sengaja lupa bahawa setiap hari aku memerlukanMU.. Aku benci diriku yang terasa insaf ketika kelam malam, tetapi kembali alpa apabila siang bertandang..


Ya ALLAH... Seandainya mata insan mampu melihat dosa, pasti jijiklah mereka melihat diriku ini.. Kerana seluruh tubuhku sudah terpalit dosa.. Hatiku penuh dengan penyakit yang sengaja aku cari. Tanganku kotor diselaputi maksiat yang terlalu menggunung terhadapMU.. Namun ya ALLAH, dengan tanganku ini jugalah aku memohon kepadaMU..

Aku mohon...

Padamkan cinta dunia yang telah lama bermukim di hatiku

Sirami ladang hatiku dengan pengampunanMU, agar ia kembali segar dengan bunga-bunga ingatan terhadapMU

Hujani diriku dengan cintaMU, agar aku bisa pulang kepadaMU dengan disambut oleh sebuah keredhaan.

Anugerahkanku sebuah kesedaran, supaya aku tetap yakin bahawa nikmat akhirat itu -meski belum tiba- adalah selamanya jauh lebih indah dan memukau berbanding nikmat dunia yg hadir sekejap cuma

Dan aku mohon ya ALLAH... Sebutlah namaku... Sebutlah namaku kepada penghuni di langit sana, tanda cintanya Engkau kepadaku. Jika itu yang aku dapat, aku kira itulah nikmat terindah dalam hidupku...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika Allah (SWT) mencintai seorang hamba maka Ia berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)


P.S. Kata Dr. Juanda, sentiasalah detikkan di dalam hati: “Aku tahu bila Allah (SWT) mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”

Tuesday, August 26, 2008

:: Kuingin menghuni syurga-Mu ::

Assalamualaikum.
Lamanye tak update blog. ;)

Sekadar ingin berkongsi satu kata2, untuk sama2 kita renungkan. Adaptasi daripada kata2 kak Ili.

"Para sahabat2 Rasulullah (selawat & salam ke atas Baginda), pada setiap masa, satu perkara yg mereka fikirkan ialah, kaifa nasilu ilal Jannah : Bagaimana untuk sampai ke syurga."



Terdetik dalam hati
tersedar dari mimpi
Apakah selama ini
hidupku punya tujuan yg hakiki?
tujuan yg kerananya aku diciptakan di bumi ini?

Ya Rabbi,
Diri ini seringkali bermimpi
Dalam kealpaan yang kusangka bererti
Mujur peringatan dari-Mu mengetuk pintu hati

Lantas kutanya pada hati
Inginkan jawapan pada persoalan tadi
Sepi...

Insaflah wahai diri. . . .

Sunday, July 20, 2008

:: Marilah 3 ::

Mahu tahu rahsia orang kafir?!!

1) MEREKA SANGAT TAKUT AKAN ORANG ISLAM! Melebihi rasa takut mereka terhadap ALLAH. Firman ALLAH dalam surah al hasyr:

Sesungguhnya dalam hati mereka, kamu (muslimin) lebih ditakuti daripada ALLAH. Yang demikian itu kerana mereka orang2 yang tidak mengerti.” (59:13)

2) MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI! Firman ALLAH dalam surah yg sama:

“…Permusuhan antara sesama mereka sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu padahal hati mereka terpecah belah. Yang demikian itu kerana mereka orang2 yang tidak berfikir.” (59:14)

:: Sesungguhnya Alquran itu benar2 satu mukjizat yg agung ::


Ya ALLAH Ya RAHMAN
Alangkah besar nikmat-Mu
Buatku yang hina dina ini
Yg sering ingkar akan suruhan-Mu

Terima kasih ALLAH
Kerana masih memanjangkan umurku
Supaya aku masih berpeluang utk ‘kembali’ kepada-Mu
Dengan hati suci seputih salju
Ya ALLAH permudahkan urusanku

Terimalah cintaku ini ya ALLAH
Meski aku tahu adakala ia pudar
Kerana banyaknya dosa yg tiada tergambar

Tetapi ya ALLAH,
keinginanku untuk selamanya dicintai-Mu
tidak pernah pudar dihimpit waktu
Ampuni aku ya ALLAH
Sungguh, aku terlalu ingin merasai dicintai-Mu... :’(


Sekian daripada saya. Mata mula terasa berat. Selamat malam + wassalaam...

P/s: Pertama kali saya menulis sepanjang ini. 3 muka surat kertas A4! Moga ada manfaatnya. Terutama buat diri saya sendiri. Amin.