Showing posts with label Out of the blue. Show all posts
Showing posts with label Out of the blue. Show all posts

Saturday, January 17, 2009

:: Tell me! ::

Minta sesiapa yang tahu untuk beritahu saya.

Apakah KFC masih termasuk dalam senarai yang perlu diboikot? Ada yang kata Johor Corp. dah beli. Ada yang kata walaupun dah dibeli, ia tetap ada menyumbang pada Israel & USA.

Mana yang benar???

Tuesday, October 28, 2008

:: Small ::


Got a song to be shared. :)



I'm a small small girl

In a small small world

It's not a small small thing

If YOU (Allah) leave me...

Thursday, October 16, 2008

:: What's in your bag?! ::

Masa pergi penjara hari tu, inspektor ada tanya pada student perempuan, "what's in your bag...??" Pisau lipat? Spray pemedih mata @ cili? Wisel??? For me, -in the meanwhile-none of the list. Huhu..

Seriously, in deed it's very vital for us (women) to at least have one of the above mentioned in our bags/ handbags, especially when we are spending our times outdoor, and obviously -yet oblivious- we are actually being surrounded by lots of bad guys out there... it's a death-defying & greatly perilous phenomena nowadays, dear ladies!

Be careful.. even a 6 months baby girl & 70 year-old-lady were reported, are among the 'victims' of lelaki yg tak berperikemanusiaan and 'kelaparan'.. they do exist, and that's a fact.



Seek help & protection from ALLAH + do something to protect ourselves & dignities. Not to forget, avoid as much as you can from being the 'booster' of men's bad-intentions. We ARE to be blamed also, in deed most of the times.

CHECK WHAT WE ARE WEARING. CHECK WHERE ON EARTH ARE WE WANDERING. CHECK WITH WHOM WE ARE EXPRESSING OUR AMUSEMENTS. CHECK WHO'S BESIDE US. And also, immediately CHECK WHAT'S IN OUR BAGS & lay some essential materials there! :)



MAY ALLAH SAVES US... Amin.

Monday, October 6, 2008

:: Perpisahan ::


From JB to KL.

Hati tidak henti-henti dirundung kesayuan. Sayu kerana terpaksa berpisah dgn insan2 yg saya sayangi. Satu persatu insan-insan itu saya tinggalkan. Sungguh saya benci perasaan yg bersarang dalam hati kala ini. Duhai hati, moga hari esok langitmu cerah kembali. Insha ALLAH.

Satu perkara dalam hidup ini yg terlalu ingin saya hindari tetapi tidak pernah mampu, bahkan berkali-kali ia terjadi; sebuah perpisahan. Betapa saya tidak mahukan ia berlaku, namun apalah daya saya untuk menolaknya. Norma kehidupan, setiap yg bertemu itu pasti akan berpisah. Kata orang, jangan mulakan pertemuan seandainya takut akan perpisahan. Soalnya, kebanyakan pertemuan itu bukanlah datang dari kudrat mahupun iradat sendiri. Ia takdir Ilahi, dan yg pasti, rencana-NYA diiringi hikmah yg tersembunyi, dan adakala ia juga mampu difahami.

Benar sungguh bagai dikata, perjalanan hidup ini tidak akan selamanya selari dgn kehendak insani, meski diri benar-benar tidak mengingini, takdir Ilahi itu pasti terjadi. Tanda berkuasanya Ilahi, dan tanda betapa takdir itu tidak bisa diingkari, meski manusia itu berbekalkan pangkat & darjat yg tinggi. Ah, sungguh lemahnya kita ini. Mungkin kerana itu, sabar & redha perlu sentiasa ada dalam diri. Mudah-mudahan tiada rasa ingin menyalahkan Ilahi, bahkan sentiasa meredhai, agar diredhai.

Harapan hati, moga setiap perpisahan yg terjadi, bukanlah yg akan kekal abadi, meski mati itu menghampiri. Bukankah negeri akhirat masih menanti? Moga-moga kita bakal dikumpulkan di Firdausi, bersama-sama mereka yg kita cintai & rindui setiap hari. Untuk menikmati rahmat & kasih Ilahi yg tidak pernah mati.

Berikan kami peluang itu, ya RABBI… peluang untuk merasai keindahan sebuah pertemuan yg tidak sekali-kali diakhiri dgn perpisahan yg menyakiti, kerana kehidupan di syurga-MU adalah kehidupan yg kekal abadi. Amin.

Perkenankan doa kami, ya RABBUL ‘IZZATI.

Thursday, August 7, 2008

:: feMALE sport complex ::

Entri yg pendek shj. Ingin mengemukakan ketidakpuasan hati saya terhadap MALE2x IIUM di luar sana yg 'raaaaajin' bersukan di sport complex FEMALE.

Saya mendengar terlalu byk keluhan ttg perkara ini. Kehadiran mereka yg terlalu ramai seringkali menyebabkan kami (FEMALE) berasa tidak selesa -saya tak nafikan ada yg 'selesa' malah suka- lebih2 lagi apabila kami ingin bersukan yg perlu terlompat2 & terjerit2. Jika tidak bersukan pun (seperti saya ;p) tetap tidak selesa kerana ia berhampiran dgn mahallah kami. Perjalanan pulang kami menuju ke mahallah sgt 'terganggu' terutama apabila kedengaran suara sumbang yg ditujukan kepada kami, seperti: kiri kanan kiri kanan kiri kanan.. Ish.

Buat yg mengetahui, apakah perkara ini disebabkan MALE sport complex sudah full...? Atau kerana mendapat 'jemputan' daripada sisters? (Alasan kedua memang benar, daripada pengakuan seorang lelaki).

Mungkin tidak salah, tetapi apabila terlalu ramai lelaki + perempuan bercampur dgn lelaki dalam certain games + sisters diganggu, saya rasa sangat tidak selesa. Harap memahami. Terima kasih.

*ALLAHumma sahhil umuurana*