Sunday, May 18, 2008

...6666....

Assalamualaikum...
Dear readers, pernah dengar kan orang kata jumlah ayat alQuran keseluruhannya 6666??? tapi pernah tau tak sebenarnya jumlah tu tak betul pun?? malah, tak termasuk langsung dalam pendapat2 ulama' alQuran. kat malaysia je kot popular dgn pendapat ni. huhu...

Kalau ikut yg aku belajar, ni antara pendapat tentang jumlah ayat alQuran:

..:: imam makkah (ibn kathir) -> 6220 ::..

..:: imam madinah (abu ja'far) -> 6217/6214 ::..

..:: imam syam (yahya alkhazin) -> 6226 ::..

..:: imam kufah (hamzah) -> 6236 ::..

..:: imam basrah ('aasim) -> 6235 ::..

ha, tu jela. takde pun 6666. antara punca terjadinya khilaf ni ialah sebab ada ulama' berpendapat sesetengah ayat tu satu ayat, tapi ada kata dua ayat. contoh la: ada yg kata bismillahirrahmanirrahim kat surah alfatihah dgn ayat selepasnya; alhamdulillahi robbil 'alamin adalah satu ayat. tapi ada yg kata dua ayat.macam tu la.. ni contoh je tau. aku tak tau pun contoh yg betul.

lepas ni,tak payah dah nak sebar2 kata ayat alQuran ni jumlahnya 6666 okey! tak pun, tryla kira sendiri. ;)

p/s: hari tu, madam aku cakap kalau kita perasan, kat malaysia ni takde sape pun lagi yg ada tulis tafsir alQuran. terjemah byk la. kalau indonesia ada,cthnya Profesor Hamka. Harapnya akan lahir jugakla pentafsir alQuran di kalangan rakyat malaysia satu hari nanti. insyaALLAH...

Tuesday, May 13, 2008

...Lebuh Kebebasan...


Apa lebuh kebebasan tu...??! lebuh raya pernah la dengar.. :)


beberapa hari lepas aku ada dengar satu talk. tajuknya Tujuan Penciptaan Manusia. Antara yg sangat menarik perhatian aku ialah bila speaker tu cakap pasal lebuh kebebasan ni la. Speaker tu cakap, antara kepentingan ibadah kepada individu ialah sebagai lebuh kebebasan.


Em, kenapa ye dikatakan ibadah tu sebagai lebuh kebebasan..?? masa ibadah ni, kita bebas buat sesuka hati ke..?? bukan.. kalau kita renung & fikir, mesti kita tahu jawapannya. ibadah ni dikatakan lebuh kebebasan sebab... banyak sebab, let me list some of them..


hanya dengan ibadah, seseorang manusia itu akan:




..:: bebas dari menghambakan diri kepada dunia & segala tipu dayanya ::..


..:: bebas dari perasaan hasad dengki kerana sifat redha mengajarnya bersyukur atas segala nikmat yg dikurniakan ::..


..:: bebas dari rasa kecewa dgn takdir-Nya kerana dia yakin segalanya dtg dari ALLAH dan ALLAH tidak pernah merencanakan sesuatu yg sia-sia ::..


..:: bebas dari melebihkan cinta manusia atas cinta ALLAH kerana baginya hanya dgn iringan cinta-Nya manusia mampu bahagia di sini n di 'sana' ::..


banyak lagi la, tapi setakat ni, itu je yg terlintas di minda. fa'tabiruu ya ulil albaab.. ;)

Saturday, May 10, 2008

...Buy Muslim's Products!...

Hari ni banyak betul yg aku nak tulis kat blog tapi tengokla setakat mana yg termampu. Almaklumlah, aku ni bukan jenis yg outspoken sgt. Nak bercakap depan org pun terketar2 je.. So, kalo nak berdakwah guna lisan, beratla sikit bagi aku. ;) Tapi alhamdulillah ALLAH beri nikmat tangan ni utk menaip. Masih ada peluang utk berdakwah kecil2an secara bertulis.

Masa kat rumah hari tu, dengar ikim.fm. ada satu slot yg pasal produk sorg doktor muslim ni. Tak silap aku la, nama dia Dr. Zainal dot3.. tak ingat.. dia ada komersialkan daging burger, ayam, sosej, etc3 yg dijamin halal. produk3 ni dia la yg cipta sendiri. siap ada campuran aloe vera, habbatus saudaa' n ramuan lain yg berkhasiat dalam setiap produk dia tu. Dia kata sedih sebab selama produk dia kat pasaran, yg ramai beli bukan org islam tapi org2 cina. hm.. aku rasa bukan sebab org islam tak mau beli, tapi most of them tak tau kewujudan produk ni.

So, kalo korang nak beli burger, sosej, ayam, daging, etc yg confirmed halal n diperkenalkan oleh seorg doktor yg muslim, bolehla cari yg jenama dia AzZain. Ejaan nya aku tak sure btol ke tak, tapi yg aku dgr macam tula. sape2 yg lagi tau pasal ni, kongsi2kanla ye. takut aku ada tersilap bagi maklumat pulak.

Produk Dr. ni ada kat mana2 kedai runcit & shopping mall. Usahalah cari kalo btol2 nak yg suci.. Bukankah mencari yg halal itu fardhu bagi umat Islam..?? (ehe..mcm kenal je..)

Friday, May 9, 2008

...where am I??...



Semalam dapat satu pengisian rohani. terasa ingin berkongsi dgn yg di luar sana. Moga2 terdetik di hati utk menjadi hamba yg lebih baik. Hamba yg terus menerus berkhidmat utk 'tuannya'. insyaALLAH..

3 golongan manusia yang hidup di dunia ini:

Gol. 1: Bagi mereka kehidupan hanyalah di dunia ini. They presuppose that everything
ends with death and they will become dust.

Gol. 2: Golongan yg paling ramai. Mereka adalah golongan yg sesat antara dunia & akhirat.
Mereka tidak mengingkari kewujudan hari kebangkitan, tetapi adakala mereka terlupa
apa tujuan mereka hidup di dunia ini.

Gol. 3: Mereka yg yakin bahawa dunia ini adalah ladang akhirat. Dunia juga merupakan
tempat utk mereka mempersembahkan ketaatan kpd ALLAH.

Everyhing is about choice... so just choose which one of these three types of people are you in..