Friday, August 8, 2008

:: Wanita & Minyak Wangi ::

Untuk perkongsian bersama, juga sebagai respon kepada soalan akh masri tentang hukum perempuan memakai minyak wangi (mungkin soalannya bukan menginginkan jawapan -kerana dia sendiri sgt arif tentang perkara ini- tetapi utk menyuruh saya mencari & mengkaji tentang hukumnya).

Selama ini, yg sering saya dengar+ tanpa ada dalil, 'kata orang', boleh kalau sikit n sekadar utk hilangkan bau badan. Tetapi sejauh mana kebenaran 'kata orang' itu? Mari kita semak & kaji tentang perkara ini daripada fatwa yg dikeluarkan oleh Syeikh Atiyyah Saqr:

Every committed Muslim woman should avoid anything that might trigger temptation. In public, there is no need for the Muslim woman to wear perfumes whether light or strong ones in order to remove the smell of sweat as such smell can be removed by bathing or washing the places in which sweat is usually found.


It is reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said, “If a woman wears a perfume and then passes by people who smelled her perfume, she is then considered an adulteress. And every eye is liable to commit adultery.” This hadith was reported by An-Nasa’i, Ibn Khuzaymah, and Ibn Hibban in their compilations of authentic hadiths. It was also reported by Al-Hakim who regarded it as authentic.


The same hadith was reported by Abu Dawud and At-Tirmidhi with the following wording: “Every eye is liable to commit adultery; and the woman who wears perfume and then passes by a gathering is such and such.” (i.e., she is an adulteress). At-Tirmidhi regarded the same hadith as an authentic hadith. We learn from reported traditions that the best perfume for women is that whose color is apparent and scent is hidden.


From the above hadiths, describing such a woman as an adulteress means that she is like an adulteress because she wears perfume with the intention of tempting men, which is undoubtedly an abominable behavior. Temptation and seduction are not accomplished unless the used perfume is strong. However, if the perfume is light, so its smell does not spread beyond its place except for a limited range, and if it is not used with the intention of seduction but rather for removing the smell of sweat, for example, the woman in such case is not like an adulteress because she is not intending seduction.


Nevertheless, I believe that it is disliked at least, for even if the smell of the perfume is light, there is still a risk that men will smell it due to the congestion in streets, markets, and means of transport. Thus, it is more appropriate for the righteous woman to avoid anything that might trigger temptation.


Furthermore, the smell of sweat can be removed by bathing or washing the places in which sweat is usually found [and by wearing deodorant]. It does not need wearing any perfume, because wearing light perfumes might lead to wearing strong ones.



Such prohibition is applicable only in the presence of non-mahram men, whether inside or outside a woman’s house. However, in the presence of mahram men, her husband, or other women, there is no restriction on wearing perfume, due to the absence of temptation in the presence of mahram men, or to please the husband or to avoid being criticized by other women.


Original article can be found here.


Demikianlah hukumnya. Jika ingin dapatkan fatwa tentang minyak wangi & berbahasa Melayu, sila klik di sini (daripada blog akh Masri).


Wallahu ta'ala a'lam.


P/s: Bagi mereka yg keliru tentang perfume & deodoran, bolehlah merujuk di blog akh Masri (seperti yg telah tertera di atas).

Thursday, August 7, 2008

:: feMALE sport complex ::

Entri yg pendek shj. Ingin mengemukakan ketidakpuasan hati saya terhadap MALE2x IIUM di luar sana yg 'raaaaajin' bersukan di sport complex FEMALE.

Saya mendengar terlalu byk keluhan ttg perkara ini. Kehadiran mereka yg terlalu ramai seringkali menyebabkan kami (FEMALE) berasa tidak selesa -saya tak nafikan ada yg 'selesa' malah suka- lebih2 lagi apabila kami ingin bersukan yg perlu terlompat2 & terjerit2. Jika tidak bersukan pun (seperti saya ;p) tetap tidak selesa kerana ia berhampiran dgn mahallah kami. Perjalanan pulang kami menuju ke mahallah sgt 'terganggu' terutama apabila kedengaran suara sumbang yg ditujukan kepada kami, seperti: kiri kanan kiri kanan kiri kanan.. Ish.

Buat yg mengetahui, apakah perkara ini disebabkan MALE sport complex sudah full...? Atau kerana mendapat 'jemputan' daripada sisters? (Alasan kedua memang benar, daripada pengakuan seorang lelaki).

Mungkin tidak salah, tetapi apabila terlalu ramai lelaki + perempuan bercampur dgn lelaki dalam certain games + sisters diganggu, saya rasa sangat tidak selesa. Harap memahami. Terima kasih.

*ALLAHumma sahhil umuurana*

Wednesday, August 6, 2008

:: Pak Suyatno ::


Selesai membaca satu cerpen dari majalah I Ogos 2008- m/surat: 49, adaptasi dari sebuah kisah benar. Subhanallah.. Besarnya pengorbanan seorang suami dalam kisah ini. Sangat menyentuh hati.


Secara ringkasnya, cerita ini berkisar tentang pengorbanan seorang suami (Pak Suyatno) utk menjaga isteri yg sakit selama 25 tahun (bermula selepas si isteri melahirkan anak yg ke-4). Tanggungjawab merawat & menjaga isteri tidak pernah diserah ke pundak orang lain, hatta anak2nya.


Suatu hari anak yg sulung meluahkan isi hati kepada ayahnya. Antara kata2nya:


sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibu pun
akan mengizinkannya.Bila bapak akan menikmati masa tua bapak seperti ini..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini...

Lantas si ayah memberi jawapan yg sama sekali tidak diduga oleh anak2nya:


Anak anakku, jikalau hidup di dunia ini hanya utk nafsu, mungkin bapak akan
berkahwin lagi. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, itu sudah
lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian.

Sejenak kerongkongnya tersekat,


Kalian yg sering kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yg tidak dapat
dinilai dgn apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya
seperti ini? Kalian menginginkan bapak bahagia, apakah batin bapak dapat bahagia
meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?


Sejenak meledaklah tangisan anak2nya. Mereka pun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya. Dengan pilu ditatapnya mata suami yg sangat dicintainya itu.


Saya tersentuh kerana benar2 tidak menyangka lelaki sebegini wujud pada realiti dunia sekarang. Sungguh, andai ditakdirkan saya akan punya suami, saya mahu lelaki yg hatinya sangat sarat dgn cinta terhadap isteri-selamanya-, seperti Pak Suyatno!

:: Puasa Syaaban ::

Oleh : Sheikh Muhammad b Salih al-‘Uthaymin

Diriwayatkan oleh A’ishah:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa keseluruhan bulan kecuali pada bulan Ramadhan. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa dengan kerap di dalam bulan-bulan lain melainkan bulan Sha’ban.”
[Sahih al-BUkhari (1969) dan Sahih Muslim (1156)]

Hadith ini menekankan bahawa adalah Sunnah untuk kerap berpuasa di dalam bulan Sha’ban. Sha’ban adalah satu bulan yang perlu kita pilih untuk melakukan lebih banyak puasa sunat.Berpuasa pada hari-hari di dalam bulan Sha’ban adalah Sunnah.

A’ishah juga berkata: “Baginda sering berpuasa keseluruhan bulan Sha’ban”
[Sahih al-Bukhari (1970)]

Dia juga berkata: “Baginda sering berpuasa di dalam Bulan Sha’ban kecuali beberapa hari di dalamnya.”
[Sahih Muslim]

Usamah b Zayd berkata : Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa dengan lebih kerap seperti yang baginda lakukan di dalam bulan Sha’ban.
Aku bertanya mengapa Baginda berbuat demikian, dan Baginda menjawab: “Ini adalah bulan yang orang tinggalkan di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Sedangkan inilah bulan dimana amalan diangkat kepada Tuhan seluruh Alam, dan aku suka supaya amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa.”
[Musnad Ahmad (21735) dan Sunan al-Nasa’i (2357). Ibn Muflih berkata tentangnya di dalam al-Furu’ (3/120): “Ia mempunyai sanad yang baik”]

:: Menentukan 15 Sha’ban untuk berpuasa ::
Bukti yang dibawakan di atas adalah benar untuk keseluruhan bulan. Tidak ada hari atau-hari-hari tertentu di dalam bulan Sha’ban yang digalakkan secara khusus untuk berpuasa. Tidak ada kelebihan tertentu untuk berpuasa pada hari yang ke-15 bulan Sha’ban.

Terdapat satu hadith yang lemah berbunyi:
“Apabila pertengahan Sha’ban tiba, dirikanlah solat keseluruhan malam dan berpuasa keesokan harinya, kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut dan pada waktu terbenam matahari mengumumkan: ‘Adakah sesiapa yang memohon keampunanKu supaya Aku ampunkan? Adakah sesiapa yang memohon kecukupan dariKu supaya Aku cukupkan? Adakah sesiapa yang menghadapi kesukaran agar Aku dapat ringankan?? ...’ dan Dia terus bertanya sehingga terbit fajar.” [Sunan Ibn Majah (1388)]

Penulis al-Manar telah memastikan bahawa hadith ini bukan sahaja lemah, malah direka.

Beliau berkata:
Yang benar adalah hadith ini rekaan. Pada isnadnya terdapat Abu Bakr b ‘Abd Allah b. Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Ibn Abi Sabrah.
Ahmad b Hanbal dan Yahya b Ma’in telah mendedahkan bahawa beliau adalah pereka hadith
. [Juga rujuk: Majmu’ al-Fatawa (5/266)]

Oleh kerana amalan mengkhususkan 15 Sha’ban untuk berpuasa tidak dapat dibuktikan dari mana-mana hadith yang sohih, maka ia adalah amalan yang tiada asasnya. Semua ulama’ sepakat bahawa hadith yang lemah dan direka-cipta tidak boleh dijadikan hujjah untuk amalan Ibadah.

Satu pengecualian kepada keadaan ini adalah apabila terdapat kes di mana hadith yang lemah mempunyai sokongan dari banyak jalan periwayatan yang lain sehingga menguatkannya ke tahap yang lebih baik. Dalam kes ini, ia boleh digunakan sebagai hujjah untuk melakukan amalan Ibadah asalkan ia tidak bercanggah dengan hadith yang lebih kuat.

Maka, menjadi suatu innovasi didalam beribadah (bid’ah) apabila mengkhususkan hari tertentu untuk berpuasa, kerana mana-mana perbuatan ibadah yang tidak mempunyai hujjah dari Sunnah adalah bid’ah didalam agama.

Ini tidak bermakna kita perlu mengelakkan diri dari berpuasa pada 15 Sha’ban. Ia seperti hari-hari lain di dalam bulan Sha’ban dan keumuman hadith yang menggalakkan berpuasa di dalam bulan Sha’ban adalah untuk kesemua hari di dalamnya. Apa yang salah adalah mempunyai niat untuk mengkhususkan hari tersebut (15 Sha’ban) untuk berpuasa.

Wallahu’alam.
Sumber asal : http://www.islamtoday.com/