Monday, October 6, 2008

:: Kawin Lari! ::

Kahwin lari adat perwira...? klik utk baca.

Don't try this, no matter where u are :p

:: Perpisahan ::


From JB to KL.

Hati tidak henti-henti dirundung kesayuan. Sayu kerana terpaksa berpisah dgn insan2 yg saya sayangi. Satu persatu insan-insan itu saya tinggalkan. Sungguh saya benci perasaan yg bersarang dalam hati kala ini. Duhai hati, moga hari esok langitmu cerah kembali. Insha ALLAH.

Satu perkara dalam hidup ini yg terlalu ingin saya hindari tetapi tidak pernah mampu, bahkan berkali-kali ia terjadi; sebuah perpisahan. Betapa saya tidak mahukan ia berlaku, namun apalah daya saya untuk menolaknya. Norma kehidupan, setiap yg bertemu itu pasti akan berpisah. Kata orang, jangan mulakan pertemuan seandainya takut akan perpisahan. Soalnya, kebanyakan pertemuan itu bukanlah datang dari kudrat mahupun iradat sendiri. Ia takdir Ilahi, dan yg pasti, rencana-NYA diiringi hikmah yg tersembunyi, dan adakala ia juga mampu difahami.

Benar sungguh bagai dikata, perjalanan hidup ini tidak akan selamanya selari dgn kehendak insani, meski diri benar-benar tidak mengingini, takdir Ilahi itu pasti terjadi. Tanda berkuasanya Ilahi, dan tanda betapa takdir itu tidak bisa diingkari, meski manusia itu berbekalkan pangkat & darjat yg tinggi. Ah, sungguh lemahnya kita ini. Mungkin kerana itu, sabar & redha perlu sentiasa ada dalam diri. Mudah-mudahan tiada rasa ingin menyalahkan Ilahi, bahkan sentiasa meredhai, agar diredhai.

Harapan hati, moga setiap perpisahan yg terjadi, bukanlah yg akan kekal abadi, meski mati itu menghampiri. Bukankah negeri akhirat masih menanti? Moga-moga kita bakal dikumpulkan di Firdausi, bersama-sama mereka yg kita cintai & rindui setiap hari. Untuk menikmati rahmat & kasih Ilahi yg tidak pernah mati.

Berikan kami peluang itu, ya RABBI… peluang untuk merasai keindahan sebuah pertemuan yg tidak sekali-kali diakhiri dgn perpisahan yg menyakiti, kerana kehidupan di syurga-MU adalah kehidupan yg kekal abadi. Amin.

Perkenankan doa kami, ya RABBUL ‘IZZATI.

Saturday, October 4, 2008

:: Sunnah padanya hidayah ::


Dan (Ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya (kerana menyesal), seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) Aku mengambil jalan bersama-sama Rasul".

(Furqan: 27)

Moga tiada penyesalan di Akhirat kelak, turutilah sunnah Rasulullah, kerana padanya hidayah. ;)

:: Man 'IbaadurRahmaan...? ::

Inginkah kamu termasuk dalam golongan ‘ibaadurRahmaan…?


Manusia keseluruhannya adalah hamba ALLAH (‘ibaadullah), tetapi bukan semua terpilih menjadi ‘ibaadurrahmaan / hamba TUHAN YG MAHA PENYAYANG (arRahmaan). Penggunaan perkataan Rahmaan di sini adalah sbg tanda kemuliaan kepada mereka yg mampu mencapai darjat dgn berada dalam golongan ini. (Menurut tafsir as Sa’diy)

Surah alFurqan : 63-76

63. Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan.

:: tidak berjalan dgn perasaan yg megah kerana kelebihan yg dikurniakan, juga membalas sapaan orang yg jahil dgn kata2 yg baik & penuh kesejahteraan, membalas kesilapan (org yg jahil) dgn kebaikan, juga tidak mencela kejahilan mereka bahkan memberi maaf::

64. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.

:: iaitu yg membanyakkan solat malam, menghinakan diri di hadapan Tuhannya, mengakui kelemahan diri yg sentiasa memerlukan pertolongan Tuhannya ::

65. Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal".

:: Jauhkan kami dari neraka, dgn memelihara kami dari melakukan perbuatan2 yg akan membawa kami ke sana ::

66. Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

67. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

:: tidak membazir & tidak pula kedekut sehingga mengabaikan kewajipan (zakat, nafkah dll.) ::

68. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya),

:: yg menyembah Allah sahaja, dan ikhlas dlm beribadat. Juga tidak membunuh sesama Muslim & kafir ‘ahdiy / mu’aahid, kecuali dgn sebab yg benar (cth: qisas). Mereka memelihara kemaluan kecuali kepada yg dihalalkan (suami/isteri/hamba yg dimiliki) ::

69. (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,

70. Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

71. Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, Maka Sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan Taubat yang sebenar-benarnya.

:: taubat itu antara pencapaian yg sempurna, kerana ia adalah jalan pulang kepada Tuhan yg Maha Membantu & Maha Memberi kejayaan, dunia akhirat ::

72. Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.

:: tidak menghadirkan diri / menyaksikan /melakukan perbuatan yg berdosa & sia2; perdebatan tentang sesuatu yg batil, mengumpat, mencela, memfitnah dll. Sekiranya secara tidak sengaja mereka berada bersama2 org yg melakukan perbuatan itu, mereka memelihara diri & menghindarinya ::

73. Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat- ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.
:: mengambil pengajaran dari peringatan yg didengari, tidak sengaja memalingkan hati & pandangan daripada mendapat hidayah. Mereka gembira & bersyukur kerana diberi peringatan ::

74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

:: berikan kami isteri & keturunan yg menyebabkan kami senang kepada mereka (kerana agama & kebaikan yg ada pada mereka). Jadikan kami contoh yg baik buat org2 bertaqwa ::


Ganjarannya…?



75. Mereka Itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang Tinggi (dalam syurga) Karena kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan Ucapan selamat di dalamnya,

76. Mereka kekal di dalamnya. syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

Sumber tafsir: Tafsir As Sa’diy.

Moga kita tidak akan jemu utk berusaha mencapai darjat 'ibaadurRahmaan. InshaALLAH.