Wednesday, January 14, 2009

:: Easy than riding a bicycle ::

Artikel ini di copy dari keretamayat.blogspot.com

Sesungguhnya, Allah telah menjadikan agama islam itu adalah mudah untuk diamalkan, tapi malangnya, ada yang salah faham akan maksud ‘mudah’ itu lalu dengan mudah pula memudahkan apa yang sepatutnya tidak semudah itu yang mana akhirnya perkara yang menjadi mudah bertukar menjadi payah…

Mati masuk neraka, kan payah tu?

Maksud ugama yang mudah disini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak payah puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika tak nak ikut Sunnah maka boleh ikut Bidaah.., bukan! bukan dan bukan!!!

Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., semua boleh amal ugama!Malahan ‘Islamic ways is easy than riding a bicycle!’

Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?..kenapa tidak? Nak naik basikal kena ada kaki, kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., sedangkan untuk amal ugama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama..,



Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..Begitu juga bab-bab lain dalam hidup,, Nabi tak beli kereta bayar muka RM 10 ribu dan bayar bulan-bulan RM 800 serta simpan RM1500 setahun untuk Road Tax dan Insurance.., tapi Nabi jalan kaki sahaja.., kan mudah tu?Nabi juga waktu nak makan, Nabi makan guna tangan tak guna sudu, Nabi makan duduk dilantai tak guna kerusi meja, kan mudah tu? Orang miskin pun boleh ikut sunnah.., Nabi kahwin dengan maskahwin yang murah, Nabi pakai baju yang murah, Nabi makan makanan murah dan lain lain, itukan mudah?

Tapi, yang perlu kita ingat adalah, janganlah pula memudahkan IBADAT ikut nafsu kita.., bab ibadat tetap kena MUJAHADAH macam Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA buat…, kena pergi solat jemaah, kena dakwah dari hati ke hati dan lain-lain, baru boleh capai tahap seperti mereka, dan selain dari cara Nabi dan sahabat yang di mudahkan dalam beribadat adalah bidaah!! Dan bidaah itu sesat! Boleh bawa masuk neraka…Faham?

Satu lagi, jika tadi kita cerita bab perintah Allah, dalam bab larangan Allah pula, juga mudah sebab dalam Allah haramkan sesuatu, Allah bagi pula pilihan, Allah larang minum arak tapi Allah tak larang minum air (teh tarik misalnya), Allah larang zina tapi Allah tak larang kahwin empat, Allah larang makan babi tapi Allah tak larang makan nasi lemak, kan mudah tu?

Cuma kadang kadang manusia ni suka buat sesuatu ikut logik akal, bila Allah larang babi, ada pula yang bantah, kata mereka: kenapa babi haram?, kenapa orang china makan babi tak kena penyakit kronikpun, siap pandai-pandai pulak tu. Apa-apalah!

Walau bagaimanapun, sudah 1000 tahun lebih ummat islam taat perintah Allah tanpa pedulipun alasan sains kerana apabila Allah Yang Maha Bijaksana sudah mencipta daya Elektrostatik, dah wujudkan klorofil pada daun, telah mencipta fotosentesis dan Ekosistem, telah mencipta Duodenum dan Pankreas, telah mengawal tekanan atmospehere pada nilai 14.7 psi, telah mengawal perjalanan planet, dan setelah semua itu, tiba-tiba apabila Allah cipta babi yang suka makan najis dan tak bagi aku makan, maka aku tak akan makan sebab Allah dah larang aku dari memakannya, dan aku tak peduli apapun alasan sainsnya!

Sebab, perkara ugama biasanya mendahului sains, lagipun aku nak belajar sifat sahabat, iaitu dengar dan taat..,Kerana “dengar dan taat’lah mereka akhirnya dapat jaminan masuk shurga..Manakala sifat yahudi pula ‘bantah dan tak taat’.., akhirnya di jamin pula masuk neraka..

oh!Jadi secara kesimpulannya, masalah besar manusia adalah bila buruk sangka dengan takdir Allah dan perintah Allah. Kitapun tak faham apa rahsia di sebalik semua perintah Allah dan larangan Allah...Contoh bab bersuci, air mani bukan najis, tapi jika keluar kena mandi seluruh tubuh...Kentut pula adalah najis yang tak dapat dilihat, jika keluar tak perlu mandi seluruh tubuh, dan tak perlu basuhpun tempat keluar, tapi kena ambik wudhu sahaja..

Kalau ikut otak memang tak logik, tapi itulah hukumnya..Sebab tu aku jarang berhujah guna alasan Sains untuk benarkan Perintah Allah atau larangan Allah, sebab jika satu teori sains di gunakan pada suatu zaman yang mana teori itu selari dengan larangan Allah, maka berhujjahlah semua orang islam tentang betapa betulnya islam bersandarkan teori sains itu, tapi andai kata seratus tahun kemudian ada pula teori sains yang membatalkan teori sebelum ini, maka orang tak akan salahkan teori sebelum ini, tapi orang akan salahkan islam pula.., bukan aku kata korang salah bila berhujjah guna alasan sains, tapi mungkin sebab aku bukan aliran sains maka jaranglah aku guna atau tak beberapa suka untuk guna alasan sains dalam ‘berdakwah’…

Kesimpulannya:-Orang yang suka hisap rokok, suka minum arak dan suka makan babi, cakap apapun mereka akan tetap dengan pendirian mereka…, iaitu hisap rokok best, minum arak best, dan makan babi best.., apa lagi nak dikata?

Cuma dari segi perubatan, cuba ambil contoh mayat yang makan babi dan mayat yang tak makan babi. Selepas beberapa waktu cuba buat kajian, mayat siapa yang lebih cepat reput dan busuk?..Boleh juga buat kajian kepada kesan kandungan peluh orang yang makan babi.. apa terkandung di dalamnya dan apa kesannya pada dunia?

Atau buat ujikaji keatas pemakan babi tegar dan petidakmakan babi, suntik mereka dengan virus JE, kemudian suntik mereka dengan IMUN JE, lihat hasilnya.., buat ujikaji pada suhu bilik, bandingkan ujikaji pada bawah tahap beku, dan kalau boleh hantar Angkasawan ke Soyuz dan buat ujikaji pada tahap gravity sifar selama 72 jam, lalu tengok hasilnya..

Aku tak tahu apa jawapannya dan apa alasan sainsnya, sebab ada antara korang yang expert bahagian ni, ’acu cuba try test’ sahaja.., dan aku hanya cadangkan, he he..Walau bagaimanapun, apapun hasilnya ujian kelak, sama ada positif atau negatif. Sama ada babi best atau tak best...

Aku tetap tak makan babi, ok?!: )

Ps: Mati itu mudah, masuk shurga itu mudah dan masuk neraka juga mudah, dan mudahnya semua itu tertakluk kepada apa yang kita mudahkan dan apa yang kita mujahadah, kan mudah tu?...

Tuesday, January 13, 2009

:: 10 Steps ::

Got a pamphlet when I attended the “GAZA Under Fire” program. It was held last weekend, by al Aqsa Friends’ Society.A real-throng. The auditorium’s seats were filled by almost international students, making me feel like I was the one who study in their country! Malaysians were nowhere to be found around me. Perhaps they were sitting at the above side.

Focusing on the pamphlet distributed. 10 steps to support Gaza were stated there. Let me share them with you.

1. Follow up the news about what is happening in Gaza. The number of shuhadaa’, injured people, the volume of destruction, etc.
2. Download pictures of the massacre and distribute to your friends via print outs, e-mails, on the mobile.
3. Follow up on the achievements of the Palestinian resistance heroes in Gaza. What victory they achieve everyday, how many soldiers they kill, how many tanks they destroy.
4. Call the people of Gaza. Tell them where you from, and share with them your feelings of sympathy and support and your confidence that they will win this war. You can call this number: 009708285xxxx. Replace the x’s with any number. (I haven’t tried this yet)
5. Paste pictures of Gaza on your notebooks, in your room, PC desktops.
6. Participate in as much activities about Gaza as you can. Talks, gatherings, seminars.
7. Organize activities on what is happening in Gaza in your neighborhood, in your mahallah, surau, etc.
8. Make this the most important topic of your discussions among your friends. Make it the first thing after greeting the people you meet, tell them or ask about.
9. BOYCOTT BOYCOTT BOYCOTT Israeli & American products.
10. Remember them in your doa and prayers.

IT IS THE WAR BETWEEN US AND THEM. IT IS A REAL SHAME IF YOU NEVER CARE TO BE AWARE.

Oo Israel, you can kill our bodies over and over, but you can never kill the spirits within us!

And the resistance continues….

Thursday, January 8, 2009

:: Temuramah bersama Ust Maszlee ::

Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.


1-apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuary nanti ?

Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini kerana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.

2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara2 lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza ?

Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!

3-Menteri Luar Israel meminta dunia menuding jari kepada Hamas dan semua serangan Israel ini adalah sama sekali berpunca dari Hamas. apa pendapat saudara ?

Apabila seorang perogol bersenjata, bertubuh sasa cuba untuk merogol gadis sunti yang lemah tetapi mempunyai tae kwan do black belt, apakah gadis sunti itu akan membiarkan dirinya dicabuli? Agak pelik apabila si perogol mengadu 'anu'nya disepak, dan mengatakan beliaulah mangsa 'keganasan' gadis sunti yang lemah dan cuba mempertahankan dirinya!


4-Jumlah kematian meningkat kepada 345 orang setakat ini manakala beribu2 orang masih tercedera. Bantuan kemanusian pula di sekat utk di bawa masuk ? apa pandangan saudara dengan keadaan ini ?

Putuskan hubungan ekonomi dengan Mesir dan tarik kesemua pelajar2 Muslim yang berada di Univ al-Azhar. Mesir adalah dalang utamanya! Mubarak adalah penjenayah utama sama seperti Olmert, Livni, Barak dan lain-lain. Jikalaulah si diktator Mubarak membenarkan pintu sempadan Refah dibuka, sudah tentu hal ini tidak timbul.


5-Obama di perhatikan tidak dapat melakukan apa2 dengan serangan terbaru Israel ini ? apa pandangan saudara ? atau saudara mempunyai pandangan optimistik tersendiri ? Apakah yang diharapkan dari Obama?

bila masa pula beliau bersimpati dengan nasib rakyat Palestin? beliau hanyalah seorang warga AS berkulit hitam dari parti Demokrat...beliau hanya akan meneruskan polisi2 luar AS berkaitan Israel.

6-Setakat ini , dengan kematian beratus2 orang ini , apakah tindakan terkini pihak Hamas ?

HAMAS seperti juga fraksi2 perjuangan yang lain telah bersumpah untuk mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka. Kita telah pun melihat serangan balas mereka, dan saya menjangkakan serangan yang lebih hebat akan mereka semua lakukan demi mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka.

7-Israel di laporkan akan melebarkan serangan udara kepada serangan darat. adakah ini merupakan serangan nekad Israel bagi melenyapkan Hamas dalam persada politik Palestin ?

Sasaran mereka bukan hanya HAMAS, tetapi rakyat Gaza, rakyat Palestin kesemuanya. HAMAS adalah suara rakyat Palestin. Melenyapkan HAMAS bererti melenyapkan rakyat Palestin keseluruhannya.

8- apa saranan saudara kepada masyarakat di Malaysia tentangan serangan terbaru rejim Zionis ini ?

Rakyat Malaysia perlu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap2 hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan.

Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat a'bangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat2 negara Eropah agar mempengaruhi wakil2 mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan.

Begitu juga dengan ASEAN dan OIC...Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak2 di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat a'bangsa telah dilakukan oleh kumpulan2 ini untuk membela nasib wanita dan kanak2 di Gaza...

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian 5 kanak2 perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara2 Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis.

:: To all Muslims ::

Oh , man ..
Wherever you are , and however you are ..
You are a HUMAN , having eyes , heart and mind ..

Look what happened , going on and will be to happened ..
Look at the blood being shed ..
Look at the tears being shed ..
Look at the body parts scattered ..

It is the remains people like you ..
Do you see your hand ?? there are who lost it ..
Do you see your eyes ?? there are who disappearnce it ..
Do you understand what I say in your mind ??
there is who lost his head which has a mind like you ..

Yes , man ..
That is what happened in Gaza and is still happened for a moment ..
That is happened for Gaza people ..
No house .. No Family .. No life ..
Did you see that ??

Is this HUMANITY ???
Please , just answer me .. don't think too much ..
All religions DENY that ..
Why you are looking for reasons , is there any justifications for this massacre ??
Is there any justifications to bomb an unarmed people with aircraft ??
Is there any justifications to kill babies ??

My brother .. My sister ..
Now , while you reading my words , there are who dead .. distort .. blooding ..
any more things you can't imagine it .
Maybe in this moment who lost his parents .. her husband , their children .
May be there are many houses destroyed ..

All that happened and the world have been silent ..
No one doing any thing to stop this massacre ..
So , have you accept this ??
Do you want to continue in silence??
I believe in your strong .. I believe in your word ..
Any idea from your humanity can change the situation ,
and the history will tell that about you .

Let's go ,
Go and EXPRESS your refusal ..

HELP people in GAZA

Copied from facebook inbox msg.