Thursday, August 28, 2008

:: Pandang2, Jeling2 ::

Semester ini, untuk subjek Ayat Ahkam assignment yg diberi ialah membuat ringkasan utk kitab Almufassol oleh Dr. Karim Zaidan. Memang terlalu banyak, bukan sedikit yg perlu dibaca, tetapi Alhamdulillah. Segalanya demi kebaikan.


Satu topik yg sangat penting dan perlu saya sampaikan. Tentang hukum pandangan lelaki terhadap perempuan ajnabiy (yg halal dikahwini). Mungkin ramai yang tahu asasnya, tetapi sudah 'ter'lupa tentangnya. InshaALLAH di sini saya akan menghuraikan beberapa perkara yg penting utk kita ketahui.



Fenomena masyarakat dunia Islam hari ini; pandang-pandang, jeling-jeling. Bergaul antara lelaki dan perempuan seolah2 sudah tiada batasnya, bertepuk tampar tempeleng seolah-seolah2 tiada agama, apatah lagi utk mereka menjaga pandangan mata. Walau bagaimanapun, keadaan ini seharusnya dirawat dari akar umbi. Semuanya dari kerana mata, yang mempunyai kuasa. Benar lirik lagu itu! Mata kita sememangnya mempunyai kuasa. Kuasa utk memikat, mencairkan hati, juga utk menyebabkan penyakit. Penyakit ain. Pelik, bukan? Jika ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit ain, klik di sini.


Bab: Hukum Pandangan Lelaki kepada Perempuan Ajnabi


Fuqaha' dari mazhab Maliki, Syafi'e, Hanafi, Hanbali, Ja'fariyyah & Zaidiyyah telah bersepakat bahawa hukum memandang wajah & tangan wanita (anggota badan yg bukan aurat-tetapi ada yg berpendapat seluruh tubuh wanita adalah aurat) adalah HARAM. Tetapi diharuskan utk beberapa situasi dan dgn syarat bahawa pandangan itu adalah pandangan tanpa syahwat & tidak menyebabkan fitnah.


Pendapat Ulama' Mazhab Syafi'ie: Harus memandang jika mempunyai sebab yg syar'ie.


Kata Ibn Abidin: Sesungguhnya memandang wajah perempuan adalah haram, bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana bimbang berlakunya fitnah.


Kata Shaikhul Islam, Ibn Taimiyyah: Tidak seharusnya seseorang lelaki itu memandang wanita jika tiada sebab yg syar'ie meskipun pandangan itu tidak disertai syahwat. Larangan ini adalah sebagai saddan lidzari'ah alfasaad (mencegah dgn menutup pintu/jalan yg membawa kepada kerosakan).


Para ulama' tidak pernah mengeluarkan hukum melainkan akan disertai dgn hujjah2 & dalil. Untuk keterangan yg lebih, rujuk kitab tersebut.


Firman ALLAH dalam surah Annur:

[24:30]Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


Menyekat pandangan (ghaddul basar) bukanlah bermaksud berjalan sambil menundukkan kepala & pandangan seperti yg difahami oleh kebanyakan orang. Akan tetapi maksudnya ialah mengalihkan pandangan dengan segera bilamana mata itu tiba2 terpandang ke arah sesuatu yg tidak halal dipandang.


Moga kita (muslimun & muslimat) akan sama2 memelihara mata demi utk menjaga hati & iman. InshaALLAH.

Tuesday, August 26, 2008

:: Kuingin menghuni syurga-Mu ::

Assalamualaikum.
Lamanye tak update blog. ;)

Sekadar ingin berkongsi satu kata2, untuk sama2 kita renungkan. Adaptasi daripada kata2 kak Ili.

"Para sahabat2 Rasulullah (selawat & salam ke atas Baginda), pada setiap masa, satu perkara yg mereka fikirkan ialah, kaifa nasilu ilal Jannah : Bagaimana untuk sampai ke syurga."



Terdetik dalam hati
tersedar dari mimpi
Apakah selama ini
hidupku punya tujuan yg hakiki?
tujuan yg kerananya aku diciptakan di bumi ini?

Ya Rabbi,
Diri ini seringkali bermimpi
Dalam kealpaan yang kusangka bererti
Mujur peringatan dari-Mu mengetuk pintu hati

Lantas kutanya pada hati
Inginkan jawapan pada persoalan tadi
Sepi...

Insaflah wahai diri. . . .

Friday, August 22, 2008

:: Carilah hatimu ketika berdoa ::

'Laporan' kuliah kak Ili. Sebenarnya tajuk kuliah semalam ialah Petunjuk Salafussoleh dalam bulan Ramadhan. Tapi sekarang ni just nak citer sikit pasal bab doa yg diselitkan. Subhaanallah. Sangat menyentuh hati. Firman ALLAH:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Albaqarah:186)

Berdoalah, nescaya ALLAH kabulkan. Itu janji ALLAH, dan kita ketahui bahawa ALLAH tidak akan pernah sekali2 memungkiri janji-NYA. Tapi, ramai orang kata selalu kata,

"aku dah mintak dgn ALLAH, dah doa setiap hari... tapi ALLAH tak kabulkan pun lagi doa aku..."

Kata kak Ili, apabila ini terjadi, maka jangan sesekali salahkan ALLAH. Masalahnya pasti berpunca dari diri kita sendiri. Cuba tanya diri kita,

:: APAKAH KITA TELAH MENGAGUNGKAN ALLAH SEBAGAIMANA SEPATUTNYA DIA DIAGUNGKAN??? ::

:: APAKAH KITA MENGAGUMI KEKUASAAN ALLAH SEBAGAIMANA SEPATUTNYA DIA DIKAGUMI??? ::

:: BERAPA PERATUSKAH KEYAKINAN KITA KEPADA ALLAH TATKALA KITA MEMOHON SESUATU DARIPADA-NYA??? ::

:: DI MANA HATI KAMU KETIKA BERDOA??? ::



Pesrsoalan yg terkahir itu benar2 menikam jiwa saya...


Pesan kak Ili, carilah hati kamu ketika berdoa.

Termenung seketika.

Semuanya salah saya sendiri... ;(

:: Ta'lim Sunnah ::

Assalamualaikum WBT.

Ta'lim Sunnah Siri 2

Tajuk:
"Golongan-Golongan Yang Menyimpang Dari Sunnah"

Isu:

a) Bahaya Syiah

b) Khawarij Moden

Speaker:

Ustaz Hussein Yee Abdullah

Dr. Azwira Bin Abdul Aziz

Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah

Tarikh/Hari: Sabtu, 20 Ramadhan 1429 Hijrah/ 20 September 2008

Masa: 800 Pagi- 10 Malam

Lokasi: Surau al-Muhajirin, Taman Sri Ukay

Penyertaan: TERBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR IPT SAHAJA

Yuran: RM 5 sahaja

Urusan Pendaftaran/Persoalan, Hubungi:

Muslimin: Mohd Masri 0132506391 atau Syarief 0176678139

Muslimah: Naimah 0179054237 atau Sajida 0199577685



[posterTa'lim-amended.jpg]