عن ابن مسعود قال،كان النبي صلى الله عليه وسلم يتخولنا بالموعظة في الأيام
كراهة السآمة علينا
(Sahih Bukhari, Hadith no: 66, Bab Ma Kaana An Nabiy Sollallahu 'alaihi Wasallam, 1/121)
عن أبي وائل قال كان عبد اللهيذكر الناس في كل خميس فقال له رجل يا أبا عبد الرحمن لوددت أنك ذكرتنا كل يوم قال أما إنه يمنعني من ذلك أني أكره أن أملكم وإني أتخولكم بالموعظة كما كان النبي صلى الله عليه وسلم يتخولنا بها مخافة السآمة علينا
(Sahih Bukhari, Hadith no: 68, Bab Man Ja'ala li Ahlil 'Ilmiy Ayyaaman Ma'luuman, 1/124)

Terjemahan hadith 1:
Daripada Ibn Mas'ud r.a katanya, Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) mengambil berat tentang kami dan telah menyediakan hari-hari yang tertentu untuk memberi peringatan & tadzkirah kepada kami, kerana takut kami berasa bosan (seandainya dilakukan setiap hari).
Terjemahan hadith 2:
Daripada Abi Waa'il katanya, Abdullah (ibn mas'ud) memberi tadzkirah/peringatan kepada orang ramai pada setiap hari khamis (sahaja), maka berkatalah seorang lelaki: "Wahai Abu Abd Rahman (Ibn Mas'ud), aku suka sekiranya kamu memberi kami peringatan pada setiap hari." (Kata Ibn Mas'ud), "Sesungguhnya apa yg menghalang aku daripada berbuat perkara itu (memberi peringatan setiap hari) adalah aku tidak suka untuk membuat kamu berasa bosan (oleh itu) aku memilih hari tertentu sahaja utk memberi peringatan, sebagaimana Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) memilih hari tertentu utk kami, (kerana) takut kami berasa bosan."
Pengajaran daripada dua hadith di atas:
1) Antara cara Rasulullah mentarbiyah sahabat, dengan tidak memberi peringatan (mengulang sesuatu -hal agama- yang sudah sedia diketahui) setiap hari kepada mereka kerana Baginda (selawat dan salam ke atas Baginda) amat memahami bahawa antara fitrah manusia adalah cepat bosan apabila sering diberi peringatan. Yang disampaikan oleh Rasulullah setiap hari adalah ilmu, iaitu sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini.
2) Betapa sahabat amat syadid dalam mengikut sunnah & perbuatan Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda).
3) Memberi peringatan itu tetap perlu, meski bukan setiap hari.
Kita sebagai ummat Muhammad (selawat dan salam ke atas Baginda), marilah mencontohi apa yang telah diajarkan kepada kita. Confirmed selamat dunia akhirat. :)