Tuesday, September 30, 2008

Friday, September 26, 2008

:: SabaRRR ::

سَلاَمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَىٰ ٱلدَّارِ

(Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

(ArRa'du: 24)

وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ ٱلأُمُورِ

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

(AsyShura: 43)

:: Penawar Hati ::

Penawar hati buat para pejuang agama ALLAH.


Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi
murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka
juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan
berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan
bersungguh-sungguh pada jalan ALLAH dan mereka tidak takut kepada
celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya,
lagi Meliputi PengetahuanNya.

(Almaidah:54)

Tidak pasti apakah kita mampu tergolong dalam 'kaum' yg disebutkan, namun jika mahu berjuang di jalan ALLAH, sabar itu perlu.



Wednesday, September 24, 2008

:: Ma Zannuka Billah? ::

Khabar tidak baik. Buat seketika, mata ini terasa berat... tidak tertahan menakung air mata yg sudah terlalu berombak badai di dalam.

Moga hati ini terus yakin bahawa ketetapan ALLAH itu sentiasa yg terbaik. Mohon hati ini diberi ketabahan yg tiada henti oleh-NYA.

Bersabarlah. Ujian ini terlalu & terlampau kecil jika dibandingkan dengan ujian2 umat terdahulu.

Terkenang kata2 seorang sahabat... Yakinlah dgn ALLAH. Kukuhkan dalam hatimu bahawa ALLAH pasti memakbulkan doamu. Meski seluruh dunia mengatakannya mustahil, tetapi ALLAH menetapkannya berlaku, HANYA KETETAPAN ALLAH YG PASTI BERLAKU. Fa laa yahzunka qauluhum!

Lupakah kamu pada kata2 ALLAH dalam satu hadith qudsi:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني ، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي ، وإن ذكرني في ملإ ذكرته في ملإ خير منهم ، وإن تقرب إلي بشبر تقربت إليه ذراعا ، وإن تقرب إلي ذراعا تقربت إليه باعا ، وإن أتاني يمشي أتيته هرولة

(Muttafaqun 'Alaih)

Maksudnya: "Sesungguhnya Aku ini adalah pada sangkaan hambaKu padaKu, Aku bersamanya jika dia mengingatiKu, jika dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya Aku akan mengingatinya dalam diriKu... (ila aakhir)"

Maka apakah sangkaanmu kepadaNYA...??? Fa maa zannukum birobbil 'aalamin...???

Pertolongan ALLAH itu akan tiba ketika terputusnya harapanmu kepada manusia

Friday, September 19, 2008

:: From the boX ::

Dari kotak komen saifulislam.com.

Beberapa ayat motivasi perkahwinan.

1. “People in happy marriages don’t have fewer conflicts than others, but they’ve learned how to cope with them more effectively”

2. “In marriage, being the right person is as important as finding the right person.”

3. “A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”

4. “You don’t marry one person; you marry three - the person you think they are, the person they are, and the person they are going to be as the results of being married to you.”

5. “After couples have been married for a while, spouses often get the notion that the hunt is over. They stop trying to make themselves attractive and stimulating.”

and lastly

6. “Marriage does not fail; people fail. All that marriage does is show people up.”

(quotations taken from Love & Marriage. Y. Mansoor Marican, MCMXCVIII. Orina Consultancy)

Wednesday, September 17, 2008

:: Husnul Khatimah ::

17 Ramadhan.



Cuti. Namun aura hari cuti tidak berapa terasa dikeranakan saya tetap perlu menghadiri kelas Ahadith Ahkam. Pada awalnya hati terlalu berat untuk melangkah kaki. Perjalanan yg sepatutnya cuma mengambil masa 10minit dari mahallah ke kelas telah menjangkau tempoh 20minit ++ disebabkan 'gaya' malas yg diamalkan ketika berjalan bersama salwa. ;)



Intisari pembelajaran hari ini membuatkan saya & sahabat2 lain benar2 insaf. Hari ini kami belajar kitabul janaaiz dari buku Subulussalam. Hadith yg pendek namun huraian & perbincangan menjadi panjang lebar, lebih kepada isu semasa & realiti kehidupan masa kini. Tentang betapa maut itu tidak memberikan amaran sebelum ia datang. Kami dihidangkan dengan beberapa video berkaitan kematian. Satu perkara yg meninggalkan kesan kepada kami ialah apabila skop perbincangan kami melebar ke kisah2 benar yg berlaku kepada warga IIUM.


Yg agak terkini ialah tentang kematian seorang pelajar perempuan di matrik UIAPJ. Sadis. patutkah saya menceritakan kisahnya di sini??? Entahla, terlalu banyak versi, tidak pasti yg mana satu sahih. Yg pasti cara kematian itu agak mengaibkan. Moga ALLAH mengampuninya. Amin.


Ketika pertama kali mendengar kisah itu daripada seorang sahabat, hati saya benar2 sering memikirkannya. Takut, seandainya hidup saya ini bakal berakhir ketika saya terlalu berdosa & dalam keadaan melakukan maksiat kepada-NYA. A'udzubillahi min dzaalik. Kisah ini sedikit sebanyak telah menjadi peringatan buat diri saya. Agar berhati2 dalam setiap perbuatan, jangan sampai menderhakai-NYA, kerana saya benar2 tidak tahu bila saya akan mati.


Sekadar ingin berpesan sesama kita, supaya seboleh2nya elakkanlah diri daripada terlibat dgn maksiat. Saya tahu dan sedia maklum, ramai rakan2 yg sudah punya calon teman hidup sendiri. Yg sering dijadikan teman utk keluar membeli belah, makan, bersiar-siar2 & segala macam aktiviti yg dilakukan bersama, meski dalam hati menyedari ALLAH tidak redha dgn perbuatan itu. Apalagi jika di ditu terselit perbuatan2 yg haram & mengundang dosa; berpegangan tangan, bersentuhan bahu, et cetera.... Harapan hati, moga kita sedar, jika kita mati ketika melakukan kemungkaran, apakah nasib yg bakal kita terima di akhirat sana nanti? Apakah kita punya tempat pelarian? Ainal mafar??

Elakkanlah keluar bersama pasangan yg masih belum halal buat kita kerana itu antara jalan yg membawa kepada zina & maksiat kepada ALLAH. Benar, dan saya sgt faham, keinginan fitrah itu terlalu membuak2, maka kerana itu ALLAH memberi jalan keluarnya. Perkahwinan. Jika terasa jalan perkahwinan itu sukar, maka wajib ke atas kita utk tetap memelihara agama yg ada pada diri, dan yg utama berdoa & berdoa & berdoa dgn HATI YG PENUH DGN KEYAKINAN bahawa ALLAH itu Maha Kuasa & Maha Mendengar rintihan hamba2 NYA. (Menyebut soal perkahwinan, teringat soal halangan2 perkahwinan yg biasa terjadi. Nantikan entri yg akan dtg. insya ALLAH.)

Siri peringatan buat diri ini yg sering & cepat lalai.

Monday, September 15, 2008

:: Fallacies ::

"Fallacies everywhere everyday"


Teringat saya tentang subjek kegemaran saya sewaktu di matrik, Critical thinking. Fallacies, satu bab yg sangat menarik & membuatkan saya + sahabat2 yg lain sering tersenyum (termasuk ketawa) kerana baru menyedari bahawa manusia ini sering bercakap & berhujjah dengan fallacious arguments. Topik ini menjadi berganda2 lebih menarik apabila diaplikasikan dalam fiqh & usul fiqh + cabang ilmu Islam yg lain. Memiliki pengetahuan tentang fallacies adalah sgt penting kerana dua perkara:

:: untuk mengelakkan diri daripada bercakap dgn menggunakan hujjah2 yg lemah @ hujjah yg tidak mencukupi ::

:: untuk mengenalpasti hujjah2 yg lemah (terutamanya dlm soal agama), dan apa prinsip kita ketika berhadapan dgn kenyataan2 yg fallacious ::

So, WHAT ARE FALLACIES?

Fallacies are defects that weaken arguments. By learning to look for them in your own and others' writing, you can strengthen your ability to evaluate the arguments you make, read, and hear. It is important to realize two things about fallacies: First, fallacious arguments are very, very common and can be quite persuasive, at least to the causal reader or listener. You can find dozens of examples of fallacious reasoning in newspapers, advertisements, and other sources. Second, it is sometimes hard to evaluate whether an argument is fallacious.

source: http://www.unc.edu/depts/wcweb/handouts/fallacies.html

Berikut adalah antara jenis2 fallacy & contoh:

1. Hasty generalization.
Contoh, JKL ialah pelajar UIA. Dia seorang yg pemalas. Maka semua pelajar UIA adalah pemalas.
Keterangan: Kesimpulan yg dibuat adalah terlalu tidak berasas. Seorang tidak melambangkan berpuluh2 ribu yg lain.

2. Appeal to authority.
Contoh, ISA adalah sangat penting di negara kita kerana Tan Sri XXXXX sendiri yg cakap macam tu.
Keterangan: Hujjah utk mengatakan ISA itu penting langsung tidak diberikan. Baginya sesuatu perkara itu boleh diterima apabila perkara itu dikeluarkan & dilakukan oleh golongan yg berpengaruh besar @ fofular.

Contoh2, Amalan membaca yasin & tahlil utk orang mati adalah boleh kerana Masjid Kampung saya sendiri mengamalkannya @ ustaz dlm tv tu yg cakap boleh.
Keterangan: Sama seperti di atas. Dalil2 Quran & Sunnah yg mengatakan amalan tersebut dibenarkan & ada asalnya dalam Islam langsung tidak diberi.



this picture shows an example of 'weak analogy' type of fallacy


3. Ad hominem. (Meng'hentam' si pemberitahu)
Contoh, A: Merokok tu tak baik utk kesihatan tau.
B: Eleh, kau ingat aku nak dengar nasihat kau? kau tu sendiri pun merokok.

Keterangan: Meskipun A merokok, tidak bermakna kata2nya salah. Benar merokok itu membahayakan kesihatan. Hujjah B utk tidak menerima kata2 A kerana A merokok adalah invalid.

Contoh2, C sgt membenci @ anti dgn seseorang tokoh agama, dan kebenciannya itu menyebabkannya langsung tidak mahu menerima apa shj nasihat @ keterangan yg dikeluarkan oleh tokoh itu meski tentang perkara yg sudah tsabit kesahihannya & disertakan hujjah yg mencukupi.

4. Appeal to pity
Contoh, Pensyarah: Ini markah awak utk ujian dua hari lepas (Markah yg diperoleh-gagal).
Pelajar: Sir, tolonglah saya. Masa periksa hari tu, saya bangun tidur lambat, tak sempat sarapan, kucing saya sakit, pen pun saya lupa bawak, kena pinjam kawan. Kasihanilah saya, sir. Beri saya peluang kedua.
Keterangan: Contoh yg jelas. Alasan yg diberi langsung tiada kena mengena dgn ujian. Meraih simpati bukan cara terbaik.

5. Appeal to ignorance
Contoh, X: Kau tau tak, alien sebenarnya ada.
Y: Pandai2 je engkau ni, kau ada bukti ke..
X: Memangla takde, tapi kau pun takde bukti kan utk cakap alien tu takde. So, disebabkan kau takde bukti utk ckp alien tu takde, maka alien ada lah!
Keterangan: Hujjah X langsung tidak boleh diterima akal. Sepatutnya yg mendakwa tentang sesuatu lah yg perlu mendatangkan bukti.

Contoh2, UV: Kau curi duit aku!
MN: Mana ada!
UV: Kalau kau takde bukti yg kau tak curi, maka betolla kau yg curi!

Keterangan: UV yg sepatutnya memberi bukti, kerana dia yg mengeluarkan kenyataan pertama (kau curi duit aku), bukannya MN.

6. Begging the question
Contoh, Fulanah: Kenapa awak cintakan saya?
Fulan: Saya cintakan kamu kerana saya benar2 mengasihi kamu.
Keterangan: Fulan tidak menjawab soalan tetapi mengulang soalan.

7. Equivocation
Contoh, Fulan & Fulanah (bukan suami isteri) 'tidur' bersama semalam. Mereka melakukan satu perkara yg baik kerana tidur merehatkan minda & badan.
Keterangan: Tidur pada kenyataan pertama & kedua membawa maksud yg berbeza meski sama ejaan. Kenyataan bhw mereka melakukan perkara yg baik adalah tertolak.

8. Contradiction
Contoh, (kenyataan pada papan tanda kedai)- Sebarang kerosakan? Kami handal membaiki apa shj kerosakan! Sila beri salam & ketuk pintu sebelum masuk kerana loceng di luar tidak berfungsi.
Keterangan: Obviously fallacious!

Contoh ke2, seorang lelaki membeli sepaket kad (mengandungi 5kad yg sama), pada setiap kad, tertera i love you ONLY.
Keterangan: Semestinya kad itu akan diberi kepada wanita yg berbeza2, jadi i love you ONLY adalah tertolak & invalid.

Funny. ;)

Demikianlah antara contoh2 fallacies. Maka berhati2lah apabila mempercayai sesuatu & berkata tentang sesuatu terutama yg berkaitan agama Islam. Beramal tanpa dalil & bercakap tanpa hujjah yg mencukupi + kuat adalah sgt2 perlu dihindarkan.

Wallahu a'lam.

Sunday, September 14, 2008

:: Blog-Medium dakwah ::

Beberapa hari lepas, sedang saya berborak dengan seorang sahabat tentang blog di kalangan remaja, tiba2 satu suara mencelah,


“Sister, what do you think about those who have blog? They are wasting their time, isn’t it? Spending minutes, and mostly HOURS in front of the computer, ‘surviving’ the minds and eyes, just for typing, and babbling about something which doesn’t give lots of benefits to the ummah...”

Kata saya, “Sorry sister, but I think the other way round. Let’s look it from the bright side. In today’s world of technology, blogging is a really good and suitable way for us to convey Islam. I can say here that it is the matter of the content, not the ‘activity’ itself. If a person uses his/her blog to tell readers about Islam, and how wonderful Islam is, can we say that it is a waste of time? People are different, and they are being blessed with different ‘gift’, some are very good in ‘dakwah bil lisaan’, some are not, and instead they are very good in ‘dakwah bil kitaabah’. So with the ability, people are trying to use it, to spread Islam, for the sake of ALLAH, nice right? Moreover, for me, our writings via the internet are far more accessible to anyone, from any fraction of the world.”

(Note: Dialogue has been adapted)


Namun hakikatnya saya sendiri tidak menggunakan blog ini secara optimum sebagai medium dakwah. Blog ini terlalu sarat dengan repekan kerepek yg merepek. ;) Saya pernah terbaca satu artikel dalam majalah Anis, di situ terdapat satu kata2 yang berbunyi, ‘manusia berfikiran rendah/cetek sering bercerita tentang diri sendiri..’



Saya akui. Bercerita tentang diri sendiri seringkali membawa manusia sedikit demi sedikit ke daerah riya’ dan takabbur. Tetapi ia bukanlah bererti bahawa sedikit pun kita dilarang bercerita tentang diri sendiri, pokoknya sebelum ‘bercerita’, tanyalah pada hati, “Hati oh hati, apakah niatmu di sebalik penceritaan/penulisan ini…?” Jika cerita diri sendiri itu memberi pengajaran, peringatan dan kesedaran kepada manusia lain, tafaddhal.


Kerana pada setiap kita ini, niat dan usaha utk menyampaikan ajaran Islam itu perlu ada, bukan semata2 disandarkan pada mereka yg belajar agama. Kerana kita ini semua beragama Islam. Tanggungjawab kita sama, beribadah kepada yg mencipta kita. Tidakkah sering kita mendengar luahan mereka yg baru memeluk Islam, “Syukur pada ALLAH yg telah mengenalkan saya kepada islam sebelum saya mengenali muslim.” Boleh jadi hatinya tidak akan terdetik utk kembali ke pangkuan Islam jika sering ‘dipaparkan’ dengan perbuatan2 & perangai2 jelik daripada mereka yg mendakwa diri sebagai muslim.


Seruan buat diri sendiri & sahabat2 sepencarian (mencari redha ALLAH) sekalian, moga kita sama2 menggunakan blog sebagai wasilah untuk mengajak manusia semakin dekat dgn ALLAH. Kita tidak tahu, siapa yg akan menziarahi dan membaca entri2 pada blog kita. Kita juga langsung tidak tahu, hati siapa yg akan dilunakkan oleh ALLAH untuk pulang kepada-NYA setelah membaca ayat2 yg ada pada entri2 blog kita. Copied & Pasted artikel juga penting, sebagai menyampaikan maklumat yg belum pasti semua orang sudah maklum tentangnya.


Suka saya di sini untuk memetik kata2 Dr. Asri tentang nasihat yg disebutnya ketika Majlis Ramah Mesra bersamanya, kata2 yg pernah ditujukan kepada penerbit2 filem Malaysia. “Jika kamu tidak mampu menerbitkan filem yg mampu mengajak orang agar lebih dekat dengan agama ALLAH, maka cukuplah dengan menerbitkan filem yg tiada ciri2 menderhakai ALLAH.” Kata2 yg amat memberi pengajaran. Juga sesuai utk para blogger sekalian, jika tidak mampu menulis sesuatu yg mampu mengajak org lain merapatkan diri dengan ALLAH, cukuplah jika entri2, atau gambar2 yg dipaparkan itu tiada unsur2 penderhakaan kepada ALLAH Wallahu a’lam.


Moga kita ini manusia yg menggunakan nikmat aqal & hati yg diberikan.


Mudah-mudahan usaha kita yg kecil ini akan mendapat perhatian & ganjaran yg besar darinya. Amin.

Saturday, September 6, 2008

Wednesday, September 3, 2008

:: Buat Muslimat ::


Entri yg sangat penting utk muslimat2 sekalian. Berkisar tentang keuzuran & Ramadhan.


Klik di sini.

:: Risalah Ramadhan ::

Dari blog Masri.

Assalamualaikum WBT.

INTIS Consultant telah mengeluarkan risalah Momentum. Sudah dua edisi di keluarkan, edisi pertama berkisar kepada Sunnah-Sunnah di bulan Sya'ban. Edisi kedua pula ialah berkisar tentang Ramadhan.Isi kandungan MOMENTUM 2 ialah:

1) Menyambut Ramadhan Mengikut Sunnah
2) Pelik Tapi Benar Di Dalam Puasa
3) Sunnah-Sunnah Ketika Berbuka Puasa

Selain daripada itu wujud jua kolum tetap aqidah yang membicarakan tentang Tathoyyur (sial dan tuah) dan jua kolum kata-kata ulama yang kali ini memetik satu kata-kata hikmah daripada Shaikh Abdul Aziz Bin Baz Rahimahullah.

Download Momentum 2 (pdf)- http://uploads.bizhat.com/file/312166

Ini pula link untuk mendownload Momentum 1 (jpg)- http://uploads.bizhat.com/file/311644

Para pembaca boleh mendownload risalah ini dan sebarkan di kawasan masing-masing. Amatlah digalakkan untuk menyebarkannya.Untuk Momentum 1, saiznya ialah saiz A3, untuk Momentum 2 saiznya A4, dan jika mahu jadikan A3, ketika fotostat, suruh sahaja pekedai itu besarkan jadi A3.Selamat Sebar Momentum.

Untuk maklumat2 yg lebih banyak tentang Ramadhan, sila ke blog Masri.

:: Hidup ini Satu Doa ::

Sewaktu menghadiri ceramah KPP beberapa minggu sudah, terlalu banyak pengajaran yg saya peroleh. Tentang perangai kebanyakan rakyat Malaysia, pengalaman-pengalaman penceramah berkaitan kebiadapan sesetengah pemandu dan pelbagai lagi. Namun satu perkara yang membuat hati saya tertarik ialah perkara terakhir yg disebut oleh penceramah. Katanya, hidup ini adalah satu doa.

Putaran hidup ini pada hakikatnya dipenuhi dengan doa, cita-cita, impian dan juga pengharapan yang tidak pernah putus. Pengharapan yg adakalanya entah pada siapa kita tujukan. Bermula fajar menyinsing, hidupan keseluruhannya bertasbih memuji-NYA dengan bahasa yang tidak kita fahami, kita manusia mencelikkan mata dan akal mula dipenuhi dengan berbagai-bagai harapan terutamanya untuk hari yang bakal dilalui.

“Sarapan hari ni aku nak makan roti canai mamak la…” satu hati kecil terdetik. Minta didengari oleh diri.

“Aku tak nak pergi kelas pukul 8 pagi ni. Ngantuk tak habis lagi…” hati yang dihinggapi bisikan syaitan juga meluahkan keinginannya pada pagi itu.

“Ya ALLAH, moga-moga aku akan melalui hari ini dengan diiringi rahmat & petunjuk-Mu. Aku ingin nafasku seluruhnya dihembus semata-mata untuk-Mu, aku tidak ingin nikmat hidup yg Kau berikan padaku hari ini disia-siakan dengan penuh dosa & maksiat kepada-Mu…” suara hati yg mendayu-dayu terhadap Tuhannya turut kedengaran.

Begitulah seterusnya. Pada waktu dhuha, tengah hari, petang dan seterusnya malam, diri kita tetap berterusan memasang angan-angan dan memanjatkan doa. Kita makan dengan harapan diberi kekuatan, untuk meneruskan hidup mengikut garis panduan yg telah diwahyukan. Kita tidur dengan harapan diberi kerehatan yg cukup, supaya hari esok dapat dilalui dengan sempurna & penuh kesegaran.

Persoalannya, pada siapakah kita ‘menghantar’ doa & pengharapan itu? Pada manusia? Tuhan manusia?? Jawapannya ada pada diri sendiri. Jika seluruhnya ditujukan kepada ALLAH, maka Alhamdulillah. Tanda kita mengiktiraf kelemahan diri, yang tidak akan pernah mampu untuk menjalani hidup dengan sempurna jika tiada pertolongan dan izin-NYA.

Kita mengaku kita ini lemah, kita sedar diri kita ini berhajat kepada-NYA. Namun layakkah bagi kita untuk menderhakai Tuhan Alam ini, setelah hajat kita dipenuhi oleh-NYA? Setelah memperoleh kegembiraan & ketenangan yg telah DIA kurniakan? Celakalah wahai diri.. Jika kamu telah melakukan maksiat kepada-NYA, bertaubatlah segera. Sesungguhnya ALLAH MAHA MENERIMA TAUBAT. Mudah-mudahan kamu Berjaya.

Cubalah renungkan untuk beberapa ketika, semasa kita berbuat maksiat & dosa kepada Yang Maha Pengasih, apakah sebenarnya harapan yg terselit dalam hati kita ketika itu? Inginkan kasih sayang-NYA? Ataupun murka-NYA? Na’udzubillahi min dzaalik.

Moga selamanya kita dihujani pengampunan ALLAH … Amin.