Saturday, November 29, 2008

:: Yoga diharamkan, silat bagaimana? ::

Klik di sini utk baca artikel tentangnya.

:: He's the one & only ::

Satu luahan yg biasa terluah:

"Hanya ALLAH dan kamu yang benar2 memahami isi hati saya sekarang ini..."

ataupun,

"Sekarang saya hanya ada ALLAH dan kamu sebagai tempat untuk saya mengadu & meluahkan rasa hati..."

Persoalannya, bolehkah kata2 seperti itu terucap? Mungkin nampak sempurna, tiada pincangnya, malah nampak puitis & gramatis. Namun jika dikaji hingga ke hati sang penutur, sangat besar silapnya. Di mana silapnya? Pastilah pada aqidahnya.

Sebelum ini saya juga tidak pernah 'perasan' atau lebih tepat, tidak tahu bahawa kata2 itu ada silapnya. Namun setelah mendengar kuliah aqidah oleh Ustaz Roesfan, barulah saya mula faham dan tahu hakikatnya & apa yg tersirat.

Apabila kita mengatakan sedemikian (seperti dialog di atas), kita seolah2 telah menyamatarafkan ALLAH dengan manusia. Na'udzubillah.. Jika tidak silap, yg sepatutnya disebut ialah "hanya ALLAH, kemudian kamu yg memahami isi hati saya"

Maaf, maaf, maaf, saya lupa dalil2 berkaitan persoalan ini. Bagi yg mengetahui, minta berkongsi ilmu di sini. Ia sangat bermanfaat & bisa membantu membetulkan pemahaman sesetengah muslim. Insha ALLAH.

p.s.: Juga minta sahabat2 betulkan andai ada kesilapan dalam entri ini.

Tuesday, November 25, 2008

:: Suspending Our Judgement ::

Saya pernah dengar orang kata:


"Eii.. apalah dia tu, kalau nak pakai niqab, pakailah betul2. Ni kejap bukak, kejap pakai. Tak elokla..."


Dan saya juga pernah ditanya dengan soalan ini:


"Kenapa ek dia tu tak istiqamah pakai purdah? Boleh ke macam tu? Kalau orang tengok kan nanti jadi fitnah. Better tak payah la pakai terus. Kan?"




Dan yang seumpamanya.. Pada hakikatnya, benarkah 'tak elok' kalau tidak konsisten dalam memakai niqab? Mari kita kaji apa kata ulama. Klik sini.



Kesimpulannya,

:: Ulama' berbeza pendapat tentang hukum menutup muka & tangan. Terutama dalam soal memakai niqab, ada yg mengatakan ianya wajib (dengan besertakan dalil2) dan ada yg menghukumkannya sekadar mustahab (sangat digalakkan) kerana muka tidak termasuk aurat wanita. Dan dalil yg mengatakan wajah bukan aurat adalah lebih kuat. ::






:: Terserah kepada masing2 untuk berpegang dgn salah satu hukum asalkan bersandar pada dalil. Maka jika seseorang wanita itu menganggap berniqab itu wajib & wajah itu aurat, maka wajiblah baginya utk tidak menanggalkan niqab. Sama seperti hukum tudung yg dipakai. Manakala bagi mana2 wanita yg berpegang pada pendapat bahawa wajah bukan aurat & berniqab tidak sampai tahap wajib, tidaklah hukum berniqab itu seperti tudung yg wajib dipakai setiap masa (di hadapan ajnabi @ bukan mahram) ::





:: Meski berniqab tidak wajib, tetapi ia sangat digalakkan, apa lagi dalam dunia sekarang yg terlalu terdedah kepada fitnah. Tetapi jika dirasakan tempat itu aman dari fitnah & gangguan lelaki, maka memadai dgn menutup aurat sepenuhnya tanpa menutup muka. Namun berniqab itu tetap lebih baik baginya. ;) ::


THUS,

sebelum mengkaji apakah ilmu kita tentang sesuatu itu sudah benar2 di bawah pedoman alquran & sunnah, please, do suspend your judgement first. :)




Artikel lain berkaitan hukum niqab/hijab/purdah/cadar:

Hukum hijab
Hukum menutup muka bagi wanita



p/s: gambar2 di atas tiada kaitan dengan saya. moga tiada silap faham lagi!

:: A quote ::

Teringat satu kata2, dari Pahrol Md Juoi kalau tak silap.

KALAU KITA TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA, KITA SUKALAH APA YG KITA DAPAT.

Ringkas tetapi membuatkan saya termenung panjang..

Monday, November 24, 2008

:: in HIS love ::

Malam ni kami di rumah tidur lewat. Pukul 3pagi baru beransur naik bilik. Macam2 aktiviti kami buat. Melompat, berborak, membaca, merakam etc3… Tu yang sampai tak sedar dah pagi. Orang bangun tahajjud kita baru nak tido. (~_~)



Tadi saya tanya Ma, macam mana ye perasaan kalau mengandung & dalam masa yg sama kena tinggal dengan suami…? (Tak habis2 saya terfikirkan soal ini) Saya bukanlah inginkan jawapannya kerana sudah sedia maklum, pasti itu ujian yg sangat hebat & memeritkan jiwa. Saya sekadar ingin mendengar pandangan orang yg berpengalaman (yg pernah mengandung).



Kata Ma, masa mengandung adalah masa yg paling dirasakan bahawa ALLAH itu sangat2 diperlukan pada setiap detik nafas. Benar, setiap saat ALLAH itu amat diperlukan tetapi paling terasa (bagi ibu saya) adalah ketika tempoh kehamilan. Waktu inilah baru tersedar betapa pergantungan diri kepada ALLAH itu amat penting, buat bekalan semangat & motivasi terunggul.



Meski tidak berpisah dengan suami (abah saya) terlalu jauh, tetapi perkara yg paling menyedihkan ialah, ibu saya sudah tidak punya siapa2 untuk menumpang kasih & bergantung harap. Tiada adik beradik, tiada ibu semenjak bayi lagi… Sungguh beratnya dugaan itu. Sekadar memohon pertolongan dari saudara jauh utk meminjamkan bilik rumahnya & menjaga ibu saya buat beberapa ketika kerana abah outstation.



To make a long story short, hakikatnya ALLAH lah yg menjaga ibu saya.. Meski manusia kelilingnya berjuta, tanpa pertolongan dari Yang Maha Pengasih, tiadalah makna apapun pada jumlah yg ramai itu. Maha Pemurahnya ALLAH kepada hamba-hamba-NYA. Namun mengapa diri ini tidak pernah mengambil iktibar dari segala pedoman yg setiap saat terbentang di hadapan mata. Sungguh dosa bertimbun itu telah mengabui mata ini…



“Usah ditanya bagaimana peritnya ujian itu, tetapi tanyalah sebesar mana pergantunganmu kepada Tuhanmu…”



Saturday, November 1, 2008

:: To be chewed over ::

Beberapa soalan yang hanya ada satu jawapan dan pasti setiap jiwa punya jawapan yg sama..

Siapakah sesungguhnya yang paling menyayangimu di dunia ini?

Siapa yang memberikan segala-galanya kepadamu?

Siapa yang mengasihimu walaupun kamu menderhakai-Nya?

Siapa yang memaafkanmu ketika kamu lalai & lupa?


(Dari buku JOM Aqidah oleh Dr. Juanda Jaya)