Wednesday, December 31, 2008

:: Adat ::


Saya temui satu artikel yg sangat bagus dan penting utk kita ketahui, supaya kita sedar akan implikasi-implikasi daripada perbuatan 'terlalu berpegang kepada adat sehingga agama terabai'. Pelik bukan, apabila yg wajib kita berpegang dgn sekukuh-kukuhnya, sering sahaja diambil mudah, malah tidak diendah. Namun adat yang entah datang dari mana asalnya, terlalu diagungkan sehingga seolah-olah adat itulah agamanya. Na'udzubillah..


P.S: Saya tidak mengatakan perbuatan mengikut adat itu semuanya salah, akan tetapi apabila ada adat yg bertentangan dengan ajaran agama, maka utamakanlah agama. Insha ALLAH pasti selamat. Bagaimana untuk mengetahui adat itu bercanggah dengan Islam atau tidak? Belajarlah. :) Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap individu Muslim, tidak terkecuali seorang pun.

Selamat membaca dan menghayati lantas mengamalkan. ;)

Klik sini.

:: Expansion of Prophet’s Mosque ::

The expansion work at the Prophet’s Mosque in Madinah aimed at accommodating 500,000 more worshippers will start by the middle of next month, Asharq Al-Awsat daily reported yesterday.

“The proposed expansion of the mosque would be the second largest after the first expansion project launched by late King Fahd in 1986 that created space for one million worshippers at peak times,” Madinah Mayor Abdul Aziz Al-Hussein said on Thursday.

During the first expansion, the mosque’s courtyards were extended to the western side up to Manakha Street, to the east up to Abu Dharr Street and to the north up to Sahaimi Street, which increased the capacity of the mosque to 270,000 worshippers inside and 730,000 in the courtyards.

Three years ago Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah ordered several projects aimed at increasing the capacity and facilities in and around the two holy mosques.
Several billion riyals have already been spent on the projects that include the expansion of Masaa (place for walking between Safa and Marwa); construction of four levels at the Jamrat in Mina; and expansion of the courtyards of the Grand Mosque in Makkah.

The new SR4.7 billion expansion project at the Prophet’s Mosque include 182 huge umbrellas to protect worshippers from sun and rain. The automatic umbrellas will protect approximately 200,000 people. The expansion of the eastern courtyard of the mosque would create an additional capacity for 70,000 worshippers with an underneath parking area for 420 cars and 70 large buses. New toilets and boarding stations will also be built in that area. Three tunnels will also be constructed to connect the mosque with the King Faisal Road 1. The project also includes the construction of new streets and pavements and electrification of the areas around the mosque, the mayor said.

The official added that 586,624 sq. meters of land will be acquired in the area between the King Abdul Aziz Road in the south, Airport Road in the north, the Pillars Street in the east and King Faisal Road in the west for the construction of more utilities and beautification of the city.
When completed, the new project would create space for 500,000 in an area of 137,400 sq. meters.

“In order to facilitate the expansion project, the municipal authorities have already stopped issuing licenses for new buildings near the area earmarked for the project except for buildings meant for pilgrim services,” the mayor said.

(Arab News: 27th December, 2008)

Sunday, December 21, 2008

:: Saf ::

Teringat saya satu 'pemandangan' di dalam masjid ketika saya dan keluarga berhenti solat di salah sebuah masjid di Melaka. Terlalu besar dan indah masjid itu tetapi sayangnya, hanya beberapa orang yg turut hadir utk solat berjemaah. Namun yg turut menyedihkan, apabila saya melihat ada satu saf yg hanya dipenuhi oleh seorang budak. Keseorangan di belakang meski saf hadapan masih belum penuh.

Adakah menurut sunnah, saf bagi kanak-kanak perlu diasingkan? Saya temui satu artikel dari soaljawab.wordpress.com berkaitan masalah ini.

PANDUAN SAF KANAK-KANAK BERDASARKAN KEPADA HADIS-HADIS

Muhammad Hanief Awang Yahaya,

Adakah kedudukan saf kanak-kanak di belakang saf orang dewasa, atau mereka tidak perlu diletakkan di saf yang berasingan. Menjawab persoalan ini marilah kita merujuk kepada beberapa hadis Rasulullah s.a.w.

Hadis yang pertama, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 822)
عن أنس بن مالك:
أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته، فأكل منه، فقال (قوموا فلأصلي بكم). فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس، فنضحته بماء، فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم واليتيم معي، والعجوز من ورائنا، فصلى بنا ركعتين.

“Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: “Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat.”

Hadis kedua juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 823):
عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال:
أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يومئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، فنزلت وأرسلت الأتان ترتع، ودخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي أحد.

Daripada Ibn Abbas katanya: “Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya.

Kedua-dua hadis ini, Imam al-Bukhari memasukkan di bawah tajuk:
باب: وضوء الصبيان، ومتى يجب عليهم الغسل والطهور، وحضورهم الجماعة والعيدين والجنائز، وصفوفهم.
Bab: Wuduk kanak-kanak, bilakah mereka wajib mandi dan bersuci, kehadiran mereka untuk sembahyang berjemaah, sembahyang hari raya dan jenazah dan bagaimana saf-saf mereka.
Daripada riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh al-Bukhari dalam bab ini tidak didapati ada saf yang khusus untuk kanak-kanak. Ini bererti Imam al-Bukhari berpendapat kanak-kanak tidak perlu diasingkan daripada saf orang dewasa.

Rasulullah s.a.w. membiarkan Anas berdiri bersama dengan kanak-kanak. Jika dengan alasan kebersihan ( atau kenajisan ) kanak-kanak itu sembahyang Anas menjadi tidak sah tentu baginda akan menyusun saf dengan meletakkan Anas di kanannya kemudian anak yatim tersebut di belakangnya.

Begitu juga dalam hadis yang kedua, sahabat-sahabat tidak menegah Ibn Abbas menyertai saf itu dengan alasan beliau masih kecil. Ini menunjukkan bahawa menjadi amalan masyarakat pada ketika itu kanak-kanak tidak diasingkan daripada saf orang dewasa.

Hadis yang pertama itu juga diriwayatkan al-Tirmizi (nombor 234) dan beliau memberikan ulasannya:
قَالَ أَبُو عِيسَى: حَدِيثُ أَنَسٍ صَحيحٌ، وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهلِ العِلمِ، قَالُوا: إِذَا كَانَ مَعَ الإِمَامِ رَجُلٌ وَامْرَأَةٌ، قَامَ الرَّجُلُ عَن يَمينِ الإِمَامِ وَالمَرْأَةُ خَلْفَهُمَا، وَقَدْ احْتَجَّ بَعْضُ النَّاسِ بِهَذَا الحَدِيثِ في إِجَازَةِ الصَّلاَةِ إِذَا كَانَ الرَّجُلُ خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ، وَقَالُوا: إِنَّ الصَّبيِّ لَمْ تَكُن لَهُ صَلاَةٌ، وَكَانَ أَنَسٌ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحْدَهُ، وَلَيْسَ الأَمرُ عَلَى مَا ذَهْبُوا إِلَيهِ لأَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقَامَهُ مَعَ اليَتيمِ خَلْفَهُ، فَلَوْلاَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ لِليَتِيمِ صَلاَة، لَمَا أَقَامَ اليَتِيمَ مَعَهُ وَلاَ أَقَامَهُ عَن يَمِينِهِ.

“Abu Isa (al-Tirmizi) berkata: Hadis Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadis ini di sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan, maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w. menempatkan Anas bersama anak yatim di belakang baginda. Andai kata baginda tidak mengira sembahyang anak yatim itu tentu baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga menempatkannya di kanannya (Anas).”

Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.

Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hal. 494)

Walaubagaimanapun, dalam keadan ramai makmun atau jemaah yang besar, kanak-kanak tidak dibenarkan berada secara langsung di belakang imam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no. 432):
عن أبي مسعود. قال:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح منا كبنا في الصلاة ويقول “استووا ولا تختلفوا. فتختلف قلوبكم. ليلني منكم أولو الأحلام والنهى. ثم الذين يلونهم. ثم الذين يلونهم” قال أبو مسعود: فأنتم اليوم أشد اختلافا.

“Luruskanlah dan janganlah kamu saling bertelingkahan lalu dengan itu hati-hati kamu tidak bersatu, hendaklah orang-orang yang cerdik pandai mengiringiku, kemudian yang mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka.”

Sudah tiba masanya masyarakat untuk berubah dan kembali kepada petunjuk hadis terutama sekali pihak pengurusan masjid. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, gangguan yang berlaku di masjid pada ketika sembahyang Jumaat. Kanak-kanak yang berada sesama mereka mengambil kesempatan untuk berbual-bual sehingga menyebabkan suasana khutbah Jumaat hingar-bingar. Apa yang menyedihkan lagi dan membimbangkan ialah dalam suasana yang tidak terkawal itu ada yang tidak bersembahyang langsung.

Kesimpulannya, dengan meletakkan kanak-kanak di dalam saf iaitu bapa berada bersama-bersama dengannya anaknya, maka anak berada di bawah jagaannya dan keadaan akan terkawal. Selain itu, secara tidak langsung akan mendidik anak-anak cara-cara hidup bermasyarakat kerana dapat berinteraksi dengan semua lapisan umur.

darulkautsar

:: Almuzakkir ::



:: Fi Laylatin ::


في ليلة من الليالي
Dalam keheningan malam
لست أدري ما اعتراني
Tiadalah kutahu apa yg menimpaku
ظلمة تغمرني يا رب
Kegelapan menyelimutiku ya Rabb

الأرض ضاقت والسماء
Langit dan bumi dirasakan menghimpit
وقلبي ما عرف الضياء
Dan hatiku tidak bertemu dgn cahaya
والدمع بات يبكي يا الهي
Airmataku mengalir sentiasa ya Ilahi

عصيت والذنب كبير
Aku telah ingkar dan sungguh besar dosaku
وإني في حزني أسي
Sesungguhnya aku sangat gundah gulana
مقيد بذنبي يا رب
Dibelenggu dosaku ya Rabb

فهل أستحق يا الهي العفو مجرما
Maka layakkah keampunan itu kepada diriku yg berdosa ini?
مقر بالذنوب يا الهي
Aku ini bergelumang bersama dosa-dosa ya Ilahi

أنت الذي خلقتني
Engkaulah yg menciptaku,
رحمتني ورزقتني
mengasihiku dan mengurniakanku rezeki
دوما يا ربي قد كنت معي
Selalu Engkau bersamaku
لكنني نأيت عنك
Namun seringkali aku menjauh dariMu
ونسيت ما قد كان لك
Aku lupa segala yg milikMu
وسرت في طريقي يا الهي
Dan aku kembali melalui jalanku ya Ilahi

واليوم ربي أعود
Dan hari ini wahai Tuhan aku kembali
من ظلمة خلف الحدود
dari kegelapan di sebalik batasan-batasan
وقلبي منكسر وطرفي حائر
Hatiku hancur dan terasa bingung

وأنا الغريق
Dan aku yang semakin tenggelam ini
فلا أرى إلا سواك لي منقذا
Tidakku ketahui sesiapa pun selain Engkau yg akan menjadi penyelamatku
لا منجى ولا منجى إلا أنت
Tiadalah penyelamat, tiadalah penyelamat, melainkan Engkau


Fi laylatin by Muhamad Al Husayyan

Saturday, December 20, 2008

:: Muqaddimahnya ::

Entah bagaimana hendak saya gambarkan perasaan di hati kala ini.. Beberapa orang rakan sebaya saya telah bergelar janda. Kasihan. Besar sungguh ujian itu. Namun hati tetap perlu yakin bahawa setiap yg ditakdirkan itu adalah yg terbaik. Apalah daya kita sebagai manusia untuk menolaknya. Bukankah setiap detik hidup manusia itu dipagari takdir?

Mendengarkan berita-berita tidak enak seperti itu adakala menyebabkan hati saya menjadi sangat takut untuk menghadapi perkahwinan. Risau andai menemui kegagalan disebabkan salah faham yg tidak henti-henti dan campur tangan terlalu banyak pihak.

Saya tidak berada 'di dalam kasut' mereka, jadi tidaklah saya ketahui apa yg sebenarnya berlaku. Yang pastinya, hati mereka cukup tabah dan dikeranakan itu, ALLAH menguji mereka sedemikian. Hanya DIA yg Maha Tahu apakah sebenarnya yg tersirat. Mata manusia hanya mampu melihat lantas bibir mula menafsirkan dengan pelbagai andaian, tetapi hati yg menanggung, entah siapa peduli. Ya ALLAH, moga mereka sabar dan redha dengan takdir perjalanan hidup yg telah tercatat meski terasa berat. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong dan tempat kembali.


Cuma kata ibu saya, tahun-tahun awal perkahwinan itu ibarat tahun 'pengujian' buat pasangan suami isteri. Itulah waktu untuk benar2 saling mengenali, segala yg baik dan buruk tentang diri masing-masing pasti akan terbongkar. Maka di sinilah pentingnya kata-kata 'AKU MENERIMA KAMU SEADANYA'. Kesabaran yg tinggi amat amat diperlukan untuk membantu mengemudi bahtera perkahwinan.



2 insan yg berpuluh tahun tidak pernah hidup bersama, tiba-tiba disatukan kerana satu aqad yg sama-sama telah dipersetujui, bisa sahaja ia membawa ketidaksefahaman atau sebaliknya. Yang penting masing-masing perlu lebih mementingkan peranan diri sendiri berbanding sibuk menanyakan hak yg selayaknya bagi mereka. Sungguh, jika kesabaran dan toleransi tiada dalam atmosfera rumahtangga itu, pasti akan berlaku kepincangan jika tidak segera diatasi.



Seandainya bahtera perkahwinanmu masih belum berlabuh, persiapkanlah diri dengan ilmu agama yg sebanyak-banyaknya. Kerana hanya dengan agama, manusia akan terpandu ke jalan yg selamat. Dan hanya dengan agama manusia mampu termasuk di dalam golongan yg benar-benar berjaya. Seandainya manusia sendiri membenci agamanya, tiadalah apa lagi yg tersisa.

Buat yg baru berkahwin dan akan berkahwin, kudoakan moga muqaddimah rumahtanggamu penuh dengan mawaddah dan rahmah. Dan moga sebagaimana muqaddimah, begitulah pertengahan dan khatimahnya. Apa lagi jika bukan di jannah. Insha ALLAH!


p.s.: Entri ini sekadar beberapa baris pendapat dari dimensi seorang saya yg masih belum berkahwin. Tidaklah saya ketahui bagaimana entri ini akan tersiar seandainya ia datang dari tangan seorang yg sudah mengalami hidup berumahtangga. Seandainya ada kekurangan moga difahami. :)

Wednesday, December 17, 2008

:: Pengampunan Sepenuh Bumi ::

Daripada Anas R.A katanya, Aku mendengar Rasulullah (selawat & salam atas Baginda) bersabda,

Allah Ta'ala berfirman:

"Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu, nescaya Aku ampunkanMu, walau apa pun keadaanMu, Aku tidak ambil kisah.

Wahai anak Adam! Andaikata dosamu menggunung setinggi langit, kemudian engkau memohon keampunanKu, nescaya Aku ampunkanmu.

Wahai anak Adam! Andaikata engkau datang kepadaKu dengan dosa yang memenuhi bumi, kemudian engkau menemuiKu tanpa mensyirikkanKu dengan apapun, Aku akan datang kepadamu dengan keampunan yang memenuhi bumi pula.

Satu hadith dari Riwayat at-Tirmidzi, katanya hadith hasan sahih. (hadith ke 42 dalam hadith 40).



Subhaanallah.. Satu hadith qudsi yg amat memotivasikan diri, agar sentiasa optimis dgn hidup ini. Agar tidak putus asa dgn pengampunanNYA. Agar tidak henti2 memohon maghfirah (pengampunan) meski dosa yg dilakukan sudah tidak terhitung banyaknya...

Yakinlah dengan segenap jiwamu bahawa ALLAH itu Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat.

Dengarlah, ALLAH sedang berbicara denganmu..

:: Job Hunting? ::

Tidak kira samada majikan anda gulung tikar atau tidak ada duit atau atas sebab-sebab lain, yang penting anda diberhentikan dan sedang mencari kerja. Barangkali lelaman web berikut amat berguna untuk anda. Di samping menyenaraikan iklan jawatan kosong, ada juga dinyatakan tips-tips berguna ketika mencari kerja dan sewaktu temuduga.

http://www.jawatankosong.biz/

http://www.jawatankosong.com.my/

http://www.gov.my/MYGOV/BI/Misc/JobVacancy

http://malaysiancareer.com/

http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces

http://my.jobstreet.com/

http://jawatankosong2u.com/

http://www.khidmatnegara.gov.my/jawatanbaru.htm

http://www.jawatankosong.net/

http://iklan-jawatan-kosong.com/

http://www.jawatankosongdimalaysia.com/

Sumber: Al-ahkam.net

:: Jihad Lawan Nafsu ::

Satu silap faham yg pernah berlaku pada diri & rasanya ramai yg seperti saya. Kerana dari kecil (sejak sekolah rendah hingga menengah) memang diajar begitu. Malah topik ini juga sering menjadi topik perbualan dgn rakan2. Ustazah ketika di sekolah pernah menerangkan mengapa jihad melawan hawa nafsu itu dianggap jihad paling besar, sehinggakan saya benar2 terasa yakin bahawa mujahadatun nafsi itu benar2 jihad kubra.

Namun sejak diri 'diajar' agar mengambil agama itu dgn dalil, saya mula sedar kebanyakan apa yg saya fahami tentang agama selama ini adalah sebuah salah faham. Alangkah bagus seandainya dari kecil kita semua dididik utk memahami bahawa setiap 'dakwaan' tentang agama itu adalah berhajatkan kepada dalil & hujjah. Semoga tidak termasuk di dalam golongan yg taqlid semata-mata, iaitu menerima kata2 seseorang (tentang perkara agama) tanpa mengetahui hujjahnya (dari alquran & sunnah).

Tentang jihad melawan nafsu:

Diambil dari al-ahkam.net

Soalan:

Ana pernah dengar tentang hadis jihad melawan hawa nafsu adalah jihad paling besar dan utama, minta jasa baik Panelis hurai dan jelaskan statusnya.. Jkk..

Jawapan:

Dalam hadis Jabir, sekumpulan sahabat pulang dari satu peperangan, lalu Nabi SAW bersabada: Kamu pulang dari jihad kecil kepada jihad yg lebih besar, iaitu: Mujahadah seseorang hamba terhadap nafsunya. HR: Dailami, dan dinilai DHAIF oleh muhadditheen dan muhaqqiqeen. (Silsilah Dhaifah 5/478).

Kata Ibn Taimiyyah: Tiada asal baginya, tidak diriwayatkan oleh seorang pun dari kalangan mereka yang arif dalam percakapan dan perbuatan Rasulullah SAW. Jihad menentang orang kafir itulah yang paling besar, bahkan amalan sunat yang paling afdhal. (Majmuk Fatawa 11/197).

Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa jihad melawan hawa nafsu juga adalah suatu yang dituntut oleh syarak. Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW: "Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya" HR Tirmizi (no: 1621). Katanya: Hadis Hasan Sahih.

Thursday, December 11, 2008

:: Sebutlah Namaku ::

Dari komputer riba seseorang ke blog seseorang..


Ya ALLAH... Mengapa tiba-tiba hatiku terpaut pada dunia.. Hingga adakalanya aku terlalu payah untuk berpaling daripadanya. Tidak ya ALLAH, aku tidak lupa pada larangan-laranganMU, tetapi... aku mungkin lupa bahawa seksaMU nanti terlalu dahsyat dan keras, sehingga aku masih leka berterusan di pengembaraan hawa nafsu ini.

Ya ALLAH... Sayangkah Kau padaku? Kerana aku sendiri sudah membenci diriku sendiri.. Aku benci diriku yang selalu lupa akan kehadiranMu. Aku benci diriku yang sering memejamkan mata dari peringatan-peringatanMu.. Aku benci diriku yang sengaja lupa bahawa setiap hari aku memerlukanMU.. Aku benci diriku yang terasa insaf ketika kelam malam, tetapi kembali alpa apabila siang bertandang..


Ya ALLAH... Seandainya mata insan mampu melihat dosa, pasti jijiklah mereka melihat diriku ini.. Kerana seluruh tubuhku sudah terpalit dosa.. Hatiku penuh dengan penyakit yang sengaja aku cari. Tanganku kotor diselaputi maksiat yang terlalu menggunung terhadapMU.. Namun ya ALLAH, dengan tanganku ini jugalah aku memohon kepadaMU..

Aku mohon...

Padamkan cinta dunia yang telah lama bermukim di hatiku

Sirami ladang hatiku dengan pengampunanMU, agar ia kembali segar dengan bunga-bunga ingatan terhadapMU

Hujani diriku dengan cintaMU, agar aku bisa pulang kepadaMU dengan disambut oleh sebuah keredhaan.

Anugerahkanku sebuah kesedaran, supaya aku tetap yakin bahawa nikmat akhirat itu -meski belum tiba- adalah selamanya jauh lebih indah dan memukau berbanding nikmat dunia yg hadir sekejap cuma

Dan aku mohon ya ALLAH... Sebutlah namaku... Sebutlah namaku kepada penghuni di langit sana, tanda cintanya Engkau kepadaku. Jika itu yang aku dapat, aku kira itulah nikmat terindah dalam hidupku...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika Allah (SWT) mencintai seorang hamba maka Ia berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)


P.S. Kata Dr. Juanda, sentiasalah detikkan di dalam hati: “Aku tahu bila Allah (SWT) mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”

:: QS ::

Sekadar memetik potongan ayat daripada kuliah Dr. Asri:

"Ucapan golongan ulama' berhajatkan Alquran & Sunnah untuk dibuktikan, tetapi Alquran & Sunnah tidak berhajatkan golongan ulama' untuk menguatkannya. Golongan agama hilang nilainya apabila dia bercakap tidak bersandarkan Alquran & Sunnah. Namun Alquran & Sunnah itu, meskipun ulama' tidak menyebutnya, ia tetap kekal menjadi rujukan kita..."

Wednesday, December 10, 2008

:: Saya Rasa Tak Tercabar ::


Akhir-akhir ini blog saya dilanda entri yg berunsur praperkahwinan. So nak beralih angin pulak kepada pascaperkahwinan. Hee.. Masih tak lari dari topik kahwin rupanya...

Lucu, pelik pun ada bila saya terbaca satu artikel dalam majalah ANIS keluaran Disember 2008, mukasurat terakhir. Tajuk corat-coret pada helaian itu berbunyi: Saya Rasa Tak Tercabar. Ingatkan apalah yg tak tercabar tu. Rupa-rupanya itulah alasan seorang suami utk 'buka cawangan' baru.


Dipendekkan cerita, seorang kaunselor bertanyakan sebab si suami ini ingin menikah lagi. Maka jawab si suami tadi:



"Isteri saya ini seorang yg sangat baik. Dia jaga saya sangat sempurna.
Makan, minum, pakaian, layanan batin dan semua keperluan saya dia urus dengan
baik. Walaupun dia kerja tapi balik rumah dia tak diam bekerja. Urus
macam-macam. Saya di rumah umpama raja. Tak bagi buat apa pun. Saya ditatang
macam minyak yg penuh. Urusan bayar bil letrik, bil air, bil telefon dan
persekolahan anak-anak semua dia yang buat. Saya duduk goyang kaki di
rumah."

"Baguslah tu. Bukan senang nak dapat isteri taat macam ni." tingkah
kaunselor.

"Masalahnya saya rasa tak tercabar. Tujuan saya nak berkahwin lagi dengan
ibu tunggal adalah untuk membantu uruskan kerja-kerja dia. Nak bantu uruskan
anak-anaknya sebab selama hari ini saya tak buat apa di rumah, jadi rasanya
biarlah masa yang kosong tu saya isikan dengan bantu orang lain pula," jawab si
suami tersenyum lebar.

Terlampau rajin susah, terlampau malas pun susah. Huhu. Serba salah juga jadinya. Untuk diringkaskan, seorang Pak Haji menasihati agar pasangan itu pulang dan berbincang tentang pembahagian tugasan agar si suami tidak punya banyak masa lapang sehingga merasakan hidupnya terlalu bosan. Maka, automatiknya niat si suami untuk berkahwin lagi satu terbatal.

Pada akhir coretan, penulis ruangan itu menasihatkan kepada para isteri agar jangan mengambil alih sepenuhnya tugas suami, agar jiwa mereka tidak sepi. Lagi pula, tidak sesuai utk wanita melakukan kerja-kerja berat yg selayaknya dilakukan kaum lelaki.

Lain orang lain ragamnya. That's life. ;)

:: Walimah (2) ::

Setakat ini saya belum menemui artikel yg memfokuskan tatacara pakaian pengantin mengikut alquran & assunnah. Tetapi saya yakin ramai sudah sedia maklum bahawa pemakaian pengantin sama sahaja syaratnya dengan pemakaian ketika waktu-waktu lain, terutamanya di hadapan ajnabi, iaitu:

Menutup aurat dengan sempurna, termasuk:

-Tidak berpakaian jarang/nipis, kerana kebanyakan baju pengantin perempuan sekarang sesetengah bahagiannya sengaja dijarangkan

-Tidak berpakaian yg ketat sehingga menampakkan bentuk badan

-Tidak bertabarruj

*Maksud tabarruj menurut ulama':

Mujahid- keluarnya wanita dan berjalannya di hadapan banyak laki-laki
Qotadah- jalannya wanita yang genit serta membuat-buat jalannya supaya tampak baik
Al Farraa'- bahwa pakaian yang tipis dan membentuk tubuh (mensifati lekuk-lekuk tubuh) inilah yang disebut tabarruj
Taqiyuddin- tabarruj adalah setiap perhiasan yang tidak biasa yang membuat laki-laki selalu memandangnya, dan perhiasan itu menampakkan keindahan-keindahan wanita

Sumber: Taqiyuddin An Nabhani, Nidhom Al Ijtima', hal. 104

Kesimpulan maksud tabarruj daripada pandangan2 ulama':
Tabarruj iaitu penampakan perhiasan wanita yang diharamkan oleh Allah, dengan demikian penampakan keindahan-keindahan dari perhiasan tersebut jelas akan menjadi haram pula.

Sebenarnya perbahasan tentang perkara ini lebih luas & panjang. Terutamanya tentang pembahagian jenis-jenis perhiasan wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut, rajin-rajinkan diri utk membaca tentangnya di web-web atau buku-buku yg berkaitan. :)

Cuma yg masih menjadi persoalan saya, bolehkah para tetamu melihat pengantin wanita? Atau sekadar kaum kerabat sahaja yg dibenarkan??? Saya baru menemui artikel tentang hukum menyandingkan kedua-dua pengantin di hadapan kaum perempuan. Bagaimana dengan yg sebaliknya? Berdasarkan artikel tersebut, hukumnya haram utk pengantin lelaki disandingkan di hadapan kaum perempuan (kerana mafsadah yg ada padanya), jadi mungkin lebih bahaya jika pengantin perempuan disandingkan di hadapan kaum lelaki. Mungkin. Belum mendapat kepastian. Masih tercari-cari jawapannya. Yang tahu harap membantu.

:: Boleh ke Bersanding? ::

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat:
Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

P.S: DO READ THE COMMENTS OF THIS ENTRY TO KNOW MORE & maybe CLEARER

:: Walimah (1) ::

Rasa terpanggil untuk menulis entri ini setelah membaca beberapa komen teman-teman di chat box.

Setelah melakukan sedikit pembacaan di web-web tertentu tentang beberapa perkara tentang walimah (berlandaskan alquran & sunnah), ingin saya buat beberapa ringkasan.

Tatacara Walimah:

(Untuk yang mengundang)

:: Tidak menjemput orang2 kaya sahaja ::

Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya [1]

:: Dilakukan sesederhana mungkin ::

Selenggarakanlah walimah meskipun hanya dengan menyembelih seekor kambing [2]

:: Mengundang orang-orang salih tanpa mengira pangkat ::

Janganlah engkau bergaul melainkan dengan orang-orang mukmin dan jangan makan makananmu melainkan orang-orang yang bertaqwa [3]


(Untuk yang diundang)

:: Wajib menghadiri meski berpuasa,

Apabila seseorang dari kalian diundang makan, maka penuhilah undangan itu. Apabila ia tidak berpuasa, maka makanlah (hidangannya), tetapi jika ia sedang berpuasa, maka hendaklah ia men-do’akan (orang yang mengundangnya) [4]

kecuali jika benar-benar tidak dapat datang dgn alasan yang kukuh seperti perjalanan jauh dan menyukarkan ::

Hal ini berdasarkan riwayat dari ‘Atha' bahwa Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhu pernah diundang acara walimah, sementara dia sendiri sibuk membereskan urusan pengairan. Dia berkata kepada orang-orang, “Datangilah undangan saudara kalian, sampaikanlah salamku kepadanya dan kabarkanlah bahwa aku sedang sibuk” [5]

:: Tidak mengajak orang lain yang tidak diundang oleh tuan rumah ::

Hal ini berdasarkan riwayat dari Abu Mas’ud al-Anshari, ia berkata, “Ada seorang pria yang baru saja menetap di Madinah bernama Syu’aib, ia punya seorang anak penjual daging. Ia berkata kepada anaknya, ‘Buatlah makanan karena aku akan mengundang Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam.’ Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam datang bersama empat orang disertai seseorang yang tidak diundang. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Engkau mengundang aku bersama empat orang lainnya. Dan orang ini ikut bersama kami. Jika engkau izinkan biarlah ia ikut makan, jika tidak maka aku suruh pulang.’ Syu’aib menjawab, ‘Tentu, saya mengizinkannya" [6]

:: Mendoakan tuan rumah selepas makan ::

(Klik utk melihat antara doa-doa yg disunnahkan)

:: Mendoakan kedua-dua pengantin ::

(Klik utk melihat doa yg disunnahkan)


[1] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5177), Muslim (no. 1432), Abu Dawud (no. 3742), Ibnu Majah (no. 1913) dan al-Baihaqi (VII/262), dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Lafazh ini milik Muslim.

[2] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 2049 dan 5155), Muslim (no. 1427), Abu Dawud (no. 2109), an-Nasa'i (VI/119-120), at-Tirmidzi (no. 1094), Ahmad (III/190, 271), ath-Thayalisi (no. 2242) dan lainnya, dari Shahabat Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu.

[3] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 4832), at-Tir-midzi (no. 2395), al-Hakim (IV/128) dan Ahmad (III/38), dari Shahabat Abu Sa’id al-Khudri radhiyallaahu ‘anhu.

[4] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1431 (106)), Ahmad (II/507), al-Baihaqi (VII/263) dan lafazh ini miliknya, dari Abu Hurairah

[5] Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaq dalam Mushannaf (no. 19664). Al-Hafizh berkata, “Sanadnya shahih.” (Fat-hul Baari IX/247)

[6] Hadits shahih: Diriwayatkan al-Bukhari (no. 2081, 2456, 5434, 5461), Muslim (no. 2036 (138)), Ahmad (IV/120, 121) dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (IX/145, no. 2320)


P.S : Ringkasan daripada artikel tatacara walimah dari almanhaj.or.id

Monday, December 8, 2008

:: Sebelum atau Selepas ::

Baru beberapa jam pulang dari Kuala Lumpur. (Tiba-tiba abah offer nak guna broadband tak.. hehe..) Menjenguk kakak & abang. Juga menjengah bakal keluarga mertua abang di Melaka. Betul-betul banyak urusan yg perlu diselesaikan sebelum menikah. Hm.. Harap-harap giliran saya nanti simple sahaja, dan yg penting tidak menyusahkan.

Kasihan.

Ramai yang mengumpul duit sebelum perkahwinan semata-mata untuk membiayai kos 1 atau 2 hari perkahwinan. Bagi saya sepatutnya duit yg terkumpul perlu lebih difokuskan & dikhususkan untuk hari-hari selepas majlis perkahwinan. Hari-hari itu yang lebih memerlukan wang. Bukan sekadar 100 atau 200 hari sahaja malah lebih banyak jumlah hari yg akan ditempuhi. Bahkan semakin ramai insan yg akan 'menyertai' famili. Bagi yang diberi kecukupan dalam rezeki, Alhamdulillah. Bagi yang sebaliknya, juga Alhamdulillah. Kecukupan & kekurangan, kedua-duanya tetap ujian dari ALLAH. The thing that really matters here is what do you do in dealing with this life of test.

Teringat sewaktu saya belajar madah Aayat Ahkam. Tentang hukum-hakam yg terdapat dalam surah AnNur. Satu bab yg ingin saya bawakan serba sedikit dalam entri kali ini; AtTargheebu Fiz Zawaaj - Galakan utk menikah. Firman ALLAH dalam surah annur, ayat 32 yg bermaksud:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Sebahagian ulama' berpendapat bahawa ayat ini ditujukan kepada wali kerana merekalah yg bertanggungjawab mengahwinkan anak-anak mereka. Namun perkataan kahwinkanlah di sini bukan sekadar membawa maksud menjalankan proses akad nikah, akan tetapi termasuk juga memudahkan perkahwinan. Memudahkan perkahwinan bererti tidak menjadikan perkahwinan itu sebagai sesuatu yg menyusahkan. Antaranya, tidak menetapkan mahar yg terlalu tinggi, prosedur yg menyusahkan, juga tidak menetapkan umur tertentu barulah dibenarkan anak itu berkahwin.

Perkara-perkara seperti ini adakalanya menjadi penyebab kepada berleluasanya masalah zina & maksiat yg semakin tidak terkawal. Teringat saya akan artikel yg mengatakan implikasi apabila yg haram (zina) itu lebih mudah daripada yg halal (nikah).

Sewaktu belajar topik ini di dalam kelas, saya benar-benar terasa sedih. Teringatkan pengalaman teman-teman yg terlalu susah untuk bernikah sedangkan hati sudah merasakan diri itu perlukan pernikahan. Ada yang bercucuran airmata ketika meluahkan rasa sedihnya; si ibu mahukan jumlah mahar yg tinggi, sehingga tidak mampu untuk dibiayai oleh lelaki yg ingin menikahinya itu. Ada juga yang hampir setiap hari mengalirkan airmata, mengenangkan bantahan ibubapa terhadap keinginan hatinya untuk menjadi sayap kiri seorang jundullah.. Alasan yg biasa, tunggu selepas tamat ijazah.

Entah bagaimana caranya utk menyelesaikan masalah ini.. Namun pada saya, setiap jalan menuju perkahwinan itu tidaklah semudah yg dilihat. Setiap jalan punya mehnah yg berbeza-beza & cara penyelesaian yg tidak sama meski nampak serupa.

-------

Pernah saya mengajukan soalan kepada kak Islah, 'kenapa ye orang lain nampak senaaaang sangat dapat kawin..' (sekarang saya rasa berdosa bertanyakan soalan itu. Seolah-olah tidak redha dgn ketetapanNYA. Malah mencemburui takdir insan lain. Maafkan diri ini..) kata kak Islah, 'ALLAH kan akan menguji hamba-hambanya, untuk lihat samada kita ini ikhlas dalam menerima takdirnya atau tidak. Jika kita sabar, itulah yg terbaik bagi kita. ' Rasa sebak mendengarkan jawapan kak Islah.

Rasulullah SAW bersabda;

"Ajaban li amril mu’min,inna amrahu kullahu lahu khairun
(Aku takjub akan keadaan orang beriman, sungguh segala persoalan adalah baik baginya)

Walaisa dzalika li ahadin illa lil mu’min
(Semua itu tidak terdapat kecuali pada diri seorang mukmin)

In ashabat-ku sarraa-u syakara fakaana khairan lahu
(Jika ia mendapatkan kelapangan ia bersyukur, maka itulah kebaikan baginya)

Wa in ashabat-hu dharra-u shabara fakaana khairan lahu
(Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itulah kebaikan baginya)"

(HR Muslim).

Sabar oh sabar, adakala aku menemuimu, tetapi mengapa terlalu cepat engkau berlalu... khabarkanku bagaimanakah caranya untuk mengekalkanmu dalam diriku...



Tuesday, December 2, 2008

:: A future plan (2) ::


:: A future plan ::

Thinking about my examination result... Reading friends' entries about the feeling-good-and-relief after checking their results... I FEEL LIKE CRYING!!!

------

:: HOME SCHOOLING :: More often than not, what is the word that might cross our minds when we heard about it? In one word, how can we express our judgments or understandings on it? Impossible? Apalling? Sufiah? whatever.. As for me, i'll simply say; d.r.e.a.m :)

Yup, it's one of my dreams or i can say, a future plan for my children. People might say that it is not a well-known methods of teaching in most household in our country, or some other irony & sarcasm thinking will probably say; it is unrealistic or unworkable.

I admit that there are possibilities for bad consequences (e.g.: low ability in mingling with others) to occur but that's normal, almost everything & every action has its both bad and bright side. And in deed, i really can't say much about it since it is yet to be practiced. Still have to wait for about 5-6 years, maybe. The sooner the better, the more the merrier.

Got lots more to be done before making sure that it is a succesful method. It's very vital to make an 'experiment' on it. How many years of homeschooling, how many hours a day, how's the syllabus, who's the 'principal'/'vice principal'/'class monitor', the language.. Oh, still a long way to go!

More importantly, a meeting and so called discussion with my children's daddy have to be held first... Meaning to say that, at this point in time, i am to do nothing about the plan yet. :) Maybe just a few readings and observations.

Praying that ALLAH will help 'us' to teach our children, for the sake of serving the Ummah. InshaALLAH.

p.s:
Appendix 1

A link to a page where you can have a quick glance (if you have not much interest in homeschooling your child) or a methodically view (in case you are thinking of homeschooling your child) about the teaching syllabus. Note: the contents are free to be changed, especially in islamizing them. ;) Click here.

Appendix 2

Anyway, here are some of the homeschoolers reasons (according to U.S Dept. of Edu):

8.2% say: Child has special needs or disability
9.0% say: Student behaviour problems at school
11.5% say: Other problems which available with school
11.6% say: School doesn't challenge child
12.1% say: Object to what school teaches
15.1% say: To develop characters and morality
16.8% say: Family reasons
25.6% say: Poor learning environment at school
38.4% say: Religious reasons
48.9% say: Can give child better education at home