Thursday, August 28, 2008

:: Pandang2, Jeling2 ::

Semester ini, untuk subjek Ayat Ahkam assignment yg diberi ialah membuat ringkasan utk kitab Almufassol oleh Dr. Karim Zaidan. Memang terlalu banyak, bukan sedikit yg perlu dibaca, tetapi Alhamdulillah. Segalanya demi kebaikan.


Satu topik yg sangat penting dan perlu saya sampaikan. Tentang hukum pandangan lelaki terhadap perempuan ajnabiy (yg halal dikahwini). Mungkin ramai yang tahu asasnya, tetapi sudah 'ter'lupa tentangnya. InshaALLAH di sini saya akan menghuraikan beberapa perkara yg penting utk kita ketahui.



Fenomena masyarakat dunia Islam hari ini; pandang-pandang, jeling-jeling. Bergaul antara lelaki dan perempuan seolah2 sudah tiada batasnya, bertepuk tampar tempeleng seolah-seolah2 tiada agama, apatah lagi utk mereka menjaga pandangan mata. Walau bagaimanapun, keadaan ini seharusnya dirawat dari akar umbi. Semuanya dari kerana mata, yang mempunyai kuasa. Benar lirik lagu itu! Mata kita sememangnya mempunyai kuasa. Kuasa utk memikat, mencairkan hati, juga utk menyebabkan penyakit. Penyakit ain. Pelik, bukan? Jika ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit ain, klik di sini.


Bab: Hukum Pandangan Lelaki kepada Perempuan Ajnabi


Fuqaha' dari mazhab Maliki, Syafi'e, Hanafi, Hanbali, Ja'fariyyah & Zaidiyyah telah bersepakat bahawa hukum memandang wajah & tangan wanita (anggota badan yg bukan aurat-tetapi ada yg berpendapat seluruh tubuh wanita adalah aurat) adalah HARAM. Tetapi diharuskan utk beberapa situasi dan dgn syarat bahawa pandangan itu adalah pandangan tanpa syahwat & tidak menyebabkan fitnah.


Pendapat Ulama' Mazhab Syafi'ie: Harus memandang jika mempunyai sebab yg syar'ie.


Kata Ibn Abidin: Sesungguhnya memandang wajah perempuan adalah haram, bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana bimbang berlakunya fitnah.


Kata Shaikhul Islam, Ibn Taimiyyah: Tidak seharusnya seseorang lelaki itu memandang wanita jika tiada sebab yg syar'ie meskipun pandangan itu tidak disertai syahwat. Larangan ini adalah sebagai saddan lidzari'ah alfasaad (mencegah dgn menutup pintu/jalan yg membawa kepada kerosakan).


Para ulama' tidak pernah mengeluarkan hukum melainkan akan disertai dgn hujjah2 & dalil. Untuk keterangan yg lebih, rujuk kitab tersebut.


Firman ALLAH dalam surah Annur:

[24:30]Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


Menyekat pandangan (ghaddul basar) bukanlah bermaksud berjalan sambil menundukkan kepala & pandangan seperti yg difahami oleh kebanyakan orang. Akan tetapi maksudnya ialah mengalihkan pandangan dengan segera bilamana mata itu tiba2 terpandang ke arah sesuatu yg tidak halal dipandang.


Moga kita (muslimun & muslimat) akan sama2 memelihara mata demi utk menjaga hati & iman. InshaALLAH.

Tuesday, August 26, 2008

:: Kuingin menghuni syurga-Mu ::

Assalamualaikum.
Lamanye tak update blog. ;)

Sekadar ingin berkongsi satu kata2, untuk sama2 kita renungkan. Adaptasi daripada kata2 kak Ili.

"Para sahabat2 Rasulullah (selawat & salam ke atas Baginda), pada setiap masa, satu perkara yg mereka fikirkan ialah, kaifa nasilu ilal Jannah : Bagaimana untuk sampai ke syurga."



Terdetik dalam hati
tersedar dari mimpi
Apakah selama ini
hidupku punya tujuan yg hakiki?
tujuan yg kerananya aku diciptakan di bumi ini?

Ya Rabbi,
Diri ini seringkali bermimpi
Dalam kealpaan yang kusangka bererti
Mujur peringatan dari-Mu mengetuk pintu hati

Lantas kutanya pada hati
Inginkan jawapan pada persoalan tadi
Sepi...

Insaflah wahai diri. . . .

Friday, August 22, 2008

:: Carilah hatimu ketika berdoa ::

'Laporan' kuliah kak Ili. Sebenarnya tajuk kuliah semalam ialah Petunjuk Salafussoleh dalam bulan Ramadhan. Tapi sekarang ni just nak citer sikit pasal bab doa yg diselitkan. Subhaanallah. Sangat menyentuh hati. Firman ALLAH:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Albaqarah:186)

Berdoalah, nescaya ALLAH kabulkan. Itu janji ALLAH, dan kita ketahui bahawa ALLAH tidak akan pernah sekali2 memungkiri janji-NYA. Tapi, ramai orang kata selalu kata,

"aku dah mintak dgn ALLAH, dah doa setiap hari... tapi ALLAH tak kabulkan pun lagi doa aku..."

Kata kak Ili, apabila ini terjadi, maka jangan sesekali salahkan ALLAH. Masalahnya pasti berpunca dari diri kita sendiri. Cuba tanya diri kita,

:: APAKAH KITA TELAH MENGAGUNGKAN ALLAH SEBAGAIMANA SEPATUTNYA DIA DIAGUNGKAN??? ::

:: APAKAH KITA MENGAGUMI KEKUASAAN ALLAH SEBAGAIMANA SEPATUTNYA DIA DIKAGUMI??? ::

:: BERAPA PERATUSKAH KEYAKINAN KITA KEPADA ALLAH TATKALA KITA MEMOHON SESUATU DARIPADA-NYA??? ::

:: DI MANA HATI KAMU KETIKA BERDOA??? ::



Pesrsoalan yg terkahir itu benar2 menikam jiwa saya...


Pesan kak Ili, carilah hati kamu ketika berdoa.

Termenung seketika.

Semuanya salah saya sendiri... ;(

:: Ta'lim Sunnah ::

Assalamualaikum WBT.

Ta'lim Sunnah Siri 2

Tajuk:
"Golongan-Golongan Yang Menyimpang Dari Sunnah"

Isu:

a) Bahaya Syiah

b) Khawarij Moden

Speaker:

Ustaz Hussein Yee Abdullah

Dr. Azwira Bin Abdul Aziz

Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah

Tarikh/Hari: Sabtu, 20 Ramadhan 1429 Hijrah/ 20 September 2008

Masa: 800 Pagi- 10 Malam

Lokasi: Surau al-Muhajirin, Taman Sri Ukay

Penyertaan: TERBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR IPT SAHAJA

Yuran: RM 5 sahaja

Urusan Pendaftaran/Persoalan, Hubungi:

Muslimin: Mohd Masri 0132506391 atau Syarief 0176678139

Muslimah: Naimah 0179054237 atau Sajida 0199577685



[posterTa'lim-amended.jpg]

Thursday, August 21, 2008

:: Ramadhan Kareem ::

"Korang nak pegi mana ni...?"

"Kuliah Hadith. Jomla.. "

"Tajuk apa??"

"Petunjuk salafussoleh dalam bulan Ramadhan.."

"Wah, cepatnya dah bincang pasal Ramadhan! "


Terkesan seketika. Sedih. Melihatkan realiti sesetengah manusia yg tidak/belum merasakan bahawa Ramadhan itu sebagai 'tetamu' yg terlalu istimewa. Tetamu yg hanya datang sekali utk setiap tahun. Tetamu yg kita tidak pasti apakah selepas ini kita akan masih berpeluang utk menemuinya..

Kata kak Ili, LA YAJUUZU LI AYYI MUKMININ AN YADKHULA RAMADHAN BIDUUNI ISTI'DAAD. Maksudnya, TIDAK SEPATUTNYA BAGI MANA2 MUKMIN UTK MEMASUKI RAMADHAN TANPA PERSEDIAAN.

Tanpa persediaan, nescaya kita akan mengabaikan kelebihan2 yg ada pada Ramadhan. Tanpa persediaan jugalah kita akan menyedari bahawa kita berada dalam bulan Ramadhan setelah 10 hari Ramadhan berlalu!

Astaghfirullah.

Wednesday, August 20, 2008

:: Diri Sendiri ::

Saya sering mendengar nasihat yg mengatakan, JADILAH DIRI KAMU SENDIRI. Jika diteliti dari satu sudut, mungkin nampak sebagai nasihat yg sangat bagus. Namun bagi saya, dari satu sudut yg lain, ada yg perlu dinilai semula.



Mungkin bagi sesetengah individu, nasihat itu amat berguna untuknya, supaya tidak mudah goyah dari pegangan. Tetapi bagaimana pula dgn mereka yg DIRI MEREKA SENDIRI adalah yg 'kurang' baik & tepat pada pandangan Islam? Sebagai contoh, seorang perempuan yg tidak bertudung & menutup aurat dengan sempurna telah menjadikan moto JADILAH DIRI KAMU SENDIRI itu sebagai falsafah hidup, semenjak kecil sehingga dewasa. Bagaimana jika dia tetap teguh dgn keputusannya bahawa menjadi DIRI SENDIRI itu adalah yg terbaik? Pasti bermasalah kerana baginya dia tidak langsung memerlukan perubahan.


Boleh jadi kerana falsafah hidup sebegini yg telah menjadikan sesetengah individu itu tidak mahu berhijrah kepada yg lebih baik, kerana dia tetap mahu menjadi DIRINYA SENDIRI, tanpa melakukan apa2 perubahan. Kerana perubahan itu baginya seolah2 suatu penipuan & sekadar topeng seandainya tidak berjaya disusuli dgn keikhlasan.


Banyakkan berdoa, membaca alQuran, mengkaji hadith2, berdzikir... Moga2 hati kita mudah lunak utk melaksanakan kebaikan. Moga hati kita cepat tersentuh apabila diajak ke arah kema'rufan. Moga hati kita tiada pernah luntur dgn ujian2 & kata2 yg menyakitkan. Demi cinta pada-NYA, bersedialah utk sentiasa menghalakan jasad & nyawa ke arah mencari sebuah keredhaan.


Berkorbanlah kerana ALLAH. Jangan pernah putus asa utk berdoa diberi kekuatan supaya berubah menjadi Muslim yg jauh lebih baik & 'bererti'. Ujian itu tetap akan menemani, kerana tanpanya kita mungkin akan lupa diri. Lupa pada yang Maha Memberi.


Wallahua'lam. Ini sekadar pendapat peribadi. Boleh diterima, ditolak atau disangkal.

P/s: jadi diri sendiri mmg perlu. supaya kita tak hidup dlm kepura2an. cuma bila pada 'diri sendiri' itu ada yg tak sejajar dengan islam, itu yg perlu dibaiki. :)


[2:186] Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu
tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka
itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar
mereka selalu berada dalam kebenaran.

Saturday, August 16, 2008

:: 3 in 1 ::

Ujian hati. Merisaukan!



-------

Tadi masa post mortem, Abu Hafiz (PC) kata, syeikh dia (semasa dia belajar sebulan di Makkah) pernah beritahu bahawa, bagi pelajar jurusan agama, ketidakpandaian dalam berbahasa Arab adalah satu keaiban!



Buat sahabat2 IRK terutamanya, jom kita tingkatkan kemahiran berbahasa arab. Bukan sekadar menulis tetapi bercakap. Cara paling efektif ialah dengan bergaul dgn mereka yg 'ahli' dalam bahasa Arab.


My dear geng2 IRK, sem ni mesti ada punye subjek yg sekelas dgn international students kan.. Boraklah dgn diorang bil lughotil arabiyyah, not in English. ;) grab that chance!

-------

Ummah, khususnya di Malaysia dilanda badai fitnah.


Seharusnya kita berdiam diri sehinggalah kebenaran terbukti.


Risau kalau2 kata2 kita itu fitnah semata2.


Assumption is always invalid. No guarantees. Till it is being proven.


Ambil pengajaran daripada kisah Saidatina A'isyah RA difitnah (dituduh berzina dgn sahabat, Safuan bin Mu'atthal). Rujuk dalam sahih bukhari & Muslim. Satu hadith yg panjang.


Pengajaran daripada hadith:


:: Peranan suami (Rasulullah SAW) :

1) Beri nasihat pada isteri, "Jika kamu berdosa, maka bertaubatlah kepada ALLAH. Tetapi jika kamu tidak melakukannya, maka ALLAH akan menyucikan kamu daripada tuduhan ini." Rasulullah mengeluarkan kata2 ini kepada Aisyah ketika wahyu tentang kesucian A'isyah (drpd perbuatan itu) masih tidak turun meski sebulan berlalu. Rasulullah tidak mempertahankan bahawa A'isyah tidak bersalah, kerana hanya ALLAH, kemudian Aisyah sendiri, yg tahu apa sebenarnya yg berlaku.

2) Bertanya pendapat kenalan2 lain. Rasulullah ada bertanya kepada org gaji A'isyah (dikatakan namanya Barira) bagaimana pendapatnya tentang A'isyah. Baginda juga ada bertanyakan sahabat2 yg lain tentang Safuan bin Mu'atthal. Antara jawapan yg Baginda terima, "aku tidak tahu apa2 tentangnya melainkan kebaikan."

:: Peranan ibu & ayah mangsa tuduhan (Abu Bakar RA & Ummu Ruman) :
Juga tidak mempertahankan bahawa anak tidak bersalah kerana kebenaran masih belum terbukti. A'isyah meminta ayah & ibunya mengatakan sesuatu kepada Rasulullah bagi pihaknya, tetapi mereka tidak mempertahankan dgn mengatakan bhw A'isyah tidak bersalah, kerana kama huwal ma'lum, bukti masih belum terzahir. ::

:: Tidak menyebarkan cerita yg masih tidak terbukti sama ada ia fitnah atau satu kebenaran. Pada ketika fitnah ke atas A'isyah melanda, A'isyah yg ketika itu sakit selama sebulan & terlantar di rumah, sedikit pun tidak mengetahui bahawa dia telah difitnah. ::

Semoga kita mengambil pengajaran daripada petunjuk Muslimin: Alquran & Assunnah. Dua perkara yg tidak akan pernah membiarkan kita tersesat selama mana kita berpegang teguh dengannya. InshaALLAH.

:: Nisfu Sya'ban ::

Jom baca! Ubah persepsi, betulkan konfusi.
Nifsu Sya'ban : Fadhilatnya Sahih TETAPI tiada amalan khusus pada hari tersebut.

:: Bukti komprehensifnya Hadith Rasulullah SAW (2) ::

Akan tiba suatu zaman di mana orang tidak mempedulikan sumber halal atau haram dalam pencarian rezeki mereka.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ مَا يُبَالِي
الرَّجُلُ مِنْ أَيْنَ أَصَابَ الْمَالَ مِنْ حَلَالٍ أَوْ حَرَامٍ
Sunan An Nasaie Juzuk 13/ Mukasurat 468
Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) bersabda: Akan tiba kepada manusia satu zaman di mana seseorang itu tidak mempedulikan dari mana datang hartanya, samada dari sumber halal atau haram.
Terbukti. Inilah zamannya.

Thursday, August 14, 2008

:: Bukti komprehensifnya Hadith Rasulullah SAW ::

Ingin berkongsi dgn sahabat2 tentang komprehensifnya hadith2 Rasulullah (selawat & salam ke atas Baginda) berkaitan dengan perkara2 yg berlaku sesudah kewafatan Baginda hingga kiamat. Suatu ilmu baru yg saya perolehi ketika menghadiri Seminar Metodologi Pengajian Ilmu Hadith pada awal Julai lepas.


Terlalu banyak yg saya pelajari tetapi tidak mampu utk saya huraikan semuanya di sini. Sekadar ingin berkongsi beberapa info yg selama ini saya tidak pernah tahu. Terdapat hadith yg akhir2 zaman ini baru disedari bahawa ia sgt bertepatan dgn beberapa aspek kehidupan seperti sains & teknologi, perniagaan, perubatan, kemasyarakatan dan pelbagai lagi. Kebenaran isi hadith2 itu sesetengahnya terbukti selepas kewafatan baginda.


Sebagai contoh, hadith berkaitan amaran Rasulullah tentang penyakit taun. Hadithnya adalah seperti berikut:



قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا هَامَةَ وَلَا صَفَرَ وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ.
Sahih Bukhari, juzuk17, m/surat 476.



Di dalam hadith ini Rasulullah memberi amaran kepada kita supaya 'lari' atau menghidarkan diri daripada penyakit 'majzum' (kalau tidak silap penyakit taun, sesiapa yg tahu minta betulkan ye) seperti mana kamu lari daripada singa. Mengapa Rasulullah menyamakan singa dgn penyakit ini? Mengapa tidak harimau atau gajah?




Di dalam bidang perubatan, terdapat satu kuman yg rupanya benar2 seperti singa (apabila dilihat menggunakan mikroskop). Saya juga ada terdengar (curi-curi dengar :p) perbualan seorang sahabat yg belajar dalam jurusan perubatan bahawa terdapat satu jenis penyakit yg apabila seseorang dijangkitinya, muka akan berubah sedikit demi sedikit seperti singa. Kalau tidak silap, katanya penyakit ini dinamakan lion-like-face disease (Klik sini: Leontiasis ossea). Subhanallah, jika kita benar2 mengkaji hadith, akan tersingkap terlalu banyak ilmu yg sgt berharga. Yg telah dipelihara oleh para sahabat baginda & juga ulama'2 hadith, utk umat2 yg datang selepasnya.


Benarlah, jika kita ingin berjaya, syarat utama adalah kembali kepada alQuran & as Sunnah. Tidak pernah ada di dalam sejarah bahawa mereka yg benar2 berpegang teguh dgn Islam akan gagal dalam hidup. Bahkan merekalah orang2 yg berjaya. Bukan seperti agama Kristian. Umatnya pernah gagal dan hidup dalam kegelapan apabila terlalu menumpukan kepada agama & gereja.


Usah takut utk kembali kepada kebenaran (Islam), kerana selamanya kebenaran akan tetap mengalahkan kebatilan. Wallahu a'lam.


Sesiapa yg inginkan kertas kerja penuh ttg yg saya perkatakan di atas, sila maklumkan kepada saya & bagi email anda. InsyaALLAH sgt bermanfaat & menarik. RUGI TAK BACA! ;)



p/s: Mohon mereka yg lebih arif dlm ilmu perubatan utk betulkan jika ada kesilapan atau tambah apa yg perlu. Syukran.

Tuesday, August 12, 2008

:: Berubah ::

Alhamdulillah, dari friendster juga, seandainya diteliti (bagi saya) terselindung tazkirah buat diri saya.

Satu perkara yg sangat meninggalkan kesan dalam diri saya: Manusia itu berubah, dan ada ketikanya perubahan itu adalah sesuatu yg tidak disangka2.

Saya terharu, melihat gambar sahabat2 yg dipaparkan di profil friendster mereka, bertudung dgn sempurna, sering berpesan kepada kebenaran, dan segala macam kebaikan dapat dilihat. Mengapa saya terharu? Kerana insan2 tersebut, pada tahun-tahun sebelum ini adalah insan2 yg sangat berbeza dgn diri mereka sekarang. Suatu nikmat yg sungguh maksimum keindahannya. Alangkah bahagia, seandainya kita adalah antara insan yg di'pimpin' ALLAH utk kembali ke jalan yg diredhai-NYA.

Namun, saya juga bersedih... Melihat 'perkembangan' terbaru sesetengah sahabat saya, juga melalui profil friendster. Sahabat2 saya sudah berubah. Mereka bukan lagi insan2 yg saya kenali sebelum ini, malah seolah2 telah wujud satu jurang antara kami. Moga hanya utk sementara waktu.

Saya tidak tahu, apakah sajidah yg sekarang adalah sajidah yg lebih baik dari semalam atau sebaliknya. Terserah pada penilaian sahabat2 di luar sana. Yang paling saya risaukan, bagaimanakah pandangan ALLAH terhadap saya. Ya ALLAH kurniakanlah kami hidayah-MU, kami memohon dgn sangat, meski kami tahu harganya terlalu tinggi & tidak mampu kami capai, melainkan dgn izin-MU...

*Jangan KAU palingkan hati ini setelah KAU beri hidayah*

Saturday, August 9, 2008

:: Ibumu, ibumu, ibumu ::


"Menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk berkasihan
Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu"

Sudah berkali2 saya mendengar lagu ini: Azimat Ibunda. Namun baru hari ini saya menyedari ‘kewujudan’ beberapa baris ayat ini. Dada ini sebak, terlalu. Teringatkan ibu yg sudah lama tidak saya ketemu. Saya terlalu ingin pulang menjengah ibu & ayah. Ingin menemani ibu, berkongsi cerita dengan ibu, menggembirakan hati ibu yg kesepian dan yg paling utama, saya ingin memohon maaf dari ibu. Entah berapa besar dosa saya kepada ibu. Akan tetapi, kerja2 yg terpikul di bahu ini benar2 telah menyekat niat saya. Maafkan diri ini... (“:)


Betapa indah hidup ini, seandainya hari2 saya ditemani ibu. Saya sedar, hakikatnya saya sudah melalui episod indah itu, sebelum saya tiba di dunia ini lagi. Tapi sayang, tika itu saya belum dikurniakan ingatan seperti sekarang. Entah bagaimana rasanya berada di dalam rahim ibu, setiap saat, detik, masa... Hampir dengan degupan jantung ibu, mendengar setiap bisikan hati ibu, berkongsi suka, duka, dan juga makanan dgn ibu. Subhaanallah!


Maha suci ALLAH yg telah mengukirkan sebuah rasa cinta yg teramat antara seorang ibu & anaknya, cinta yg tidak dapat digambarkan dengan kata2, kerana ia bukan utk didengari atau dibaca, tetapi utk dirasai. Maha Pengasih ALLAH yg telah memberi peluang kepada setiap insan untuk singgah sebentar di satu alam yg sangat mulia, dalam daerah yg terlalu istimewa, rahim ibu.


Melihat kepada lirik tadi, saya jadi sayu dan insaf. Menyedarkan saya sebuah hakikat bahawa hidup ini sekadar tumpangan. Mula menumpang di dalam rahim ibu, kemudian menumpang sebentar di bumi ALLAH sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yg seterusnya. Sahabat2, kita ini penumpang, lantaran itu, tiadalah layak utk kita berasa sombong atau megah diri hatta sekelumit cuma. Kerana kesombongan kita itu tidak akan pernah mampu utk meretakkan bumi Tuhan, apatah lagi utk menggapai langit Tuhan.


Sebagai hamba, janganlah sombong untuk:


:: Setiap masa memohon bantuan dari-NYA ::


:: Mengharapkan cinta & pengampunan-NYA ::


:: Melaksanakan perintah-NYA ::


:: Memohon agar dijauhkan dari seksaan-NYA ::


Sungguh, manusia itu sudah melampaui batas! Apabila dia memandang dirinya memiliki segala-galanya. (Al-‘Alaq: 6-7)

Friday, August 8, 2008

:: Ghibah itu HARAM ::

Ini post saya yg hampir dua puluh hari tersimpan di draft. Saya perlu mencari2 sumber hadith sebelum mengemukakannya di sini. Insha ALLAH akan bermanfaat.



*Bismillah*


Hari ni nak bercerita serba sedikit tentang ghibah (mengumpat). Satu perbuatan yg kita rasakan bukan haram kerana sudah menjadi suatu kebiasaan. Sedangkan pengharaman ghibah tsabit dari alQuran, Sunnah & juga Ijma' ulama.

Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda) bertanya kepada para sahabat:


Tahukah kalian apa itu ghibah? Jawab sahabat: ALLAH & Rasul-Nya lebih mengetahui. Jawab Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda): iaitu apa sahaja yg kamu sebut tentang saudara kamu & (jika dia mendengarnya) dia tidak menyukainya. (ada sambungan lagi selepasnya)


(Sahih Muslim & Sunan Abi Daud, kitabul adab: fil ghibah)


Boleh difahami di sini bahawa mengumpat itu adalah tentang sesuatu perkara yg benar, tetapi dibicarakan tanpa didengari oleh 'mangsa' umpatan itu. Jika tentang perkara yg tidak benar, maka ia sudah dikategorikan sebagai fitnah.


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kondisi yg membolehkan utk mengumpat iaitu; jika diyakini bahawa maslahat (daripada kata2 itu) adalah lebih besar daripada mafsadah (kerosakan). Sebagai contoh, di dalam ilmu hadith, terdapat satu ilmu yg diberi nama al jarhu wa at taa'dil. Ilmu ini adalah salah satu cabang ilmu rijal (perawi2) hadis. Ia merupakan neraca untuk menimbang perawi-perawi hadis. Siapakah di kalangan mereka yang boleh diterima hadisnya atau ditolak. Ia adalah satu disiplin yang menjadi tiang dan tonggak kepada al-Sunnah.


Al-jarh atau tajrih merupakan kecaman terhadap seseorang perawi yang menyebabkan keadilan dan penjagaannya (dhabt) hilang atau cacat. Keadilan seseorang perawi hilang sama sekali seperti apabila dia keluar Islam. Manakala keadilannya boleh menjadi cacat atau rendah disebabkan fasiq, melakukan maksiat dan dhabtnya menjadi cacat kerana sering kali melakukan kesilapan dalam periwayatan hadis.


Dari sini, jelas bahawa ulama' hadith yg pakar dalam ilmu ini akan menerangkan 'keburukan2' perawi yg menyebabkan hadith yg diriwayatkan oleh mereka tertolak. Akan tetapi, hal ini tidaklah termasuk dalam kategori ghibah yg diharamkan, bahkan menjadi suatu keperluan bagi umat Islam keseluruhannya.


Terdapat satu hadith daripada Aisyah R.A tentang ghibah. Penjelasan daripada ukhti Ili tentang hadith ini benar2 meresap ke dalam jiwa. :: cara penyampaian Ukhti Ili benar2 sgt menginsafkan, tidak mampu utk saya gambarkan melainkan sahabat2 sendiri pergi meluangkan masa sekadar 1jam utk ke kuliah yg disampaikannya. Honestly, it really 'attacks' your heart, bi iznillah ::


Hadithnya berbunyi begini:


قلت للنبي صلى الله عليه وسلم حسبك من صفية كذا وكذا قال غير مسدد تعني قصيرة فقال لقد قلت كلمة لو مزجت بماء البحر لمزجته قالت وحكيت له إنسانا فقال ما أحب أني حكيت إنسانا وأن لي كذا وكذا


Hadith riwayat Abu Daud, Kitabul Adab: Fil Ghibah.


Saya masih belum menemui terjemahan hadith ini ke dalam bahasa Melayu, tetapi saya akan menerangkan mafhumnya sebagaimana yg diterangkan oleh ukhti Ili. Suatu hari Aisyah RA telah menunjukkan isyarat tangan (mungkin di paras bahu) yg ditujukan kepada Safiyyah. Isyarat ini bermaksud utk mengatakan bahawa Safiyyah adalah seorang yg rendah. Kemudian Rasulullah (selawat & salam ke atas Baginda) menegur Aisyah dgn berkata: Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu yg seandainya ia diterjemahkan ke dalam bentuk perkataan, kemudian perkataan itu dibaling ke dalam laut, ia akan menyebabkan seluruh laut itu menjadi hitam pekat.


Betapa kotornya kata2 ghibah itu! Sekadar satu perkataan (yg asalnya hanyalah isyarat tangan) sahaja bisa mengotorkan selautan air, apatah lagi dgn beberapa ribu perkataan yg sering kita keluarkan tentang sahabat2 kita di belakang mereka. Benar2 menginsafkan. Saya akui, adakala saya tidak terlepas daripada melakukan perbuatan haram ini. Astaghfirullah.


Semasa kuliah tersebut, ada seorang sister yg mengajukan soalan: bagaimana dgn kebanyakan halaqah2 -yg kebiasaannya- akan membincangkan tentang masalah yg dihadapi oleh ahli2 halaqah. Sebagai cth, setiap kali selepas selesai sesi halaqah, akan ada suatu sesi seperti berikut:


Naqibah: Ada apa2 masalah yg ingin dikongsikan? Pasal diri sendiri ke, kawan2 ke..


Ahli: Ni, ada sorang roommate saya ni suka keluar dating dgn pakwe, tak pernah solat etc... So, apa yg patut saya buat?


So, boleh tak utk berkongsi masalah macam ni?


Jawapan Ukhti Ili lebih kurang begini:


Sekilas pandang, seolah2 tiada masalah dgnnya, tetapi hakikatnya ia bermasalah. Cuba bayangkan, suatu hari, kawan2 'pencerita' tadi ditakdirkan berziarah ke bilik pencerita & mengenali roommate nya. Maka akan lahir satu persepsi yg buruk drpd rakan2 pencerita terhadap roommate itu tadi lantaran kisahnya yg terbongkar sebelum ini. Maka hal ini juga adalah ghibah, meski pada awalnya nama org yg diceritakan itu tidak disebut.


Hal ini juga haram, kecuali jika ia diceritakan kepada seseorang yg benar2 diyakini mampu membantu utk memberi solusi kepada masalahnya, dan bukan dibicarakan hadapan rakan2 lain. Jika sekadar utk bercerita, perlu elakkan.

Renungkan kembali, ketika kita beria2 menceritakan keaiban sahabat kita kepada orang lain, apakah niat dalam hati kita? Apakah perasaan yg hadir dalam diri kita ketika itu? Insaf? Riya'? Menyampah? Wallahua'lam.

:: Wanita & Minyak Wangi ::

Untuk perkongsian bersama, juga sebagai respon kepada soalan akh masri tentang hukum perempuan memakai minyak wangi (mungkin soalannya bukan menginginkan jawapan -kerana dia sendiri sgt arif tentang perkara ini- tetapi utk menyuruh saya mencari & mengkaji tentang hukumnya).

Selama ini, yg sering saya dengar+ tanpa ada dalil, 'kata orang', boleh kalau sikit n sekadar utk hilangkan bau badan. Tetapi sejauh mana kebenaran 'kata orang' itu? Mari kita semak & kaji tentang perkara ini daripada fatwa yg dikeluarkan oleh Syeikh Atiyyah Saqr:

Every committed Muslim woman should avoid anything that might trigger temptation. In public, there is no need for the Muslim woman to wear perfumes whether light or strong ones in order to remove the smell of sweat as such smell can be removed by bathing or washing the places in which sweat is usually found.


It is reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said, “If a woman wears a perfume and then passes by people who smelled her perfume, she is then considered an adulteress. And every eye is liable to commit adultery.” This hadith was reported by An-Nasa’i, Ibn Khuzaymah, and Ibn Hibban in their compilations of authentic hadiths. It was also reported by Al-Hakim who regarded it as authentic.


The same hadith was reported by Abu Dawud and At-Tirmidhi with the following wording: “Every eye is liable to commit adultery; and the woman who wears perfume and then passes by a gathering is such and such.” (i.e., she is an adulteress). At-Tirmidhi regarded the same hadith as an authentic hadith. We learn from reported traditions that the best perfume for women is that whose color is apparent and scent is hidden.


From the above hadiths, describing such a woman as an adulteress means that she is like an adulteress because she wears perfume with the intention of tempting men, which is undoubtedly an abominable behavior. Temptation and seduction are not accomplished unless the used perfume is strong. However, if the perfume is light, so its smell does not spread beyond its place except for a limited range, and if it is not used with the intention of seduction but rather for removing the smell of sweat, for example, the woman in such case is not like an adulteress because she is not intending seduction.


Nevertheless, I believe that it is disliked at least, for even if the smell of the perfume is light, there is still a risk that men will smell it due to the congestion in streets, markets, and means of transport. Thus, it is more appropriate for the righteous woman to avoid anything that might trigger temptation.


Furthermore, the smell of sweat can be removed by bathing or washing the places in which sweat is usually found [and by wearing deodorant]. It does not need wearing any perfume, because wearing light perfumes might lead to wearing strong ones.



Such prohibition is applicable only in the presence of non-mahram men, whether inside or outside a woman’s house. However, in the presence of mahram men, her husband, or other women, there is no restriction on wearing perfume, due to the absence of temptation in the presence of mahram men, or to please the husband or to avoid being criticized by other women.


Original article can be found here.


Demikianlah hukumnya. Jika ingin dapatkan fatwa tentang minyak wangi & berbahasa Melayu, sila klik di sini (daripada blog akh Masri).


Wallahu ta'ala a'lam.


P/s: Bagi mereka yg keliru tentang perfume & deodoran, bolehlah merujuk di blog akh Masri (seperti yg telah tertera di atas).

Thursday, August 7, 2008

:: feMALE sport complex ::

Entri yg pendek shj. Ingin mengemukakan ketidakpuasan hati saya terhadap MALE2x IIUM di luar sana yg 'raaaaajin' bersukan di sport complex FEMALE.

Saya mendengar terlalu byk keluhan ttg perkara ini. Kehadiran mereka yg terlalu ramai seringkali menyebabkan kami (FEMALE) berasa tidak selesa -saya tak nafikan ada yg 'selesa' malah suka- lebih2 lagi apabila kami ingin bersukan yg perlu terlompat2 & terjerit2. Jika tidak bersukan pun (seperti saya ;p) tetap tidak selesa kerana ia berhampiran dgn mahallah kami. Perjalanan pulang kami menuju ke mahallah sgt 'terganggu' terutama apabila kedengaran suara sumbang yg ditujukan kepada kami, seperti: kiri kanan kiri kanan kiri kanan.. Ish.

Buat yg mengetahui, apakah perkara ini disebabkan MALE sport complex sudah full...? Atau kerana mendapat 'jemputan' daripada sisters? (Alasan kedua memang benar, daripada pengakuan seorang lelaki).

Mungkin tidak salah, tetapi apabila terlalu ramai lelaki + perempuan bercampur dgn lelaki dalam certain games + sisters diganggu, saya rasa sangat tidak selesa. Harap memahami. Terima kasih.

*ALLAHumma sahhil umuurana*

Wednesday, August 6, 2008

:: Pak Suyatno ::


Selesai membaca satu cerpen dari majalah I Ogos 2008- m/surat: 49, adaptasi dari sebuah kisah benar. Subhanallah.. Besarnya pengorbanan seorang suami dalam kisah ini. Sangat menyentuh hati.


Secara ringkasnya, cerita ini berkisar tentang pengorbanan seorang suami (Pak Suyatno) utk menjaga isteri yg sakit selama 25 tahun (bermula selepas si isteri melahirkan anak yg ke-4). Tanggungjawab merawat & menjaga isteri tidak pernah diserah ke pundak orang lain, hatta anak2nya.


Suatu hari anak yg sulung meluahkan isi hati kepada ayahnya. Antara kata2nya:


sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibu pun
akan mengizinkannya.Bila bapak akan menikmati masa tua bapak seperti ini..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini...

Lantas si ayah memberi jawapan yg sama sekali tidak diduga oleh anak2nya:


Anak anakku, jikalau hidup di dunia ini hanya utk nafsu, mungkin bapak akan
berkahwin lagi. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, itu sudah
lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian.

Sejenak kerongkongnya tersekat,


Kalian yg sering kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yg tidak dapat
dinilai dgn apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya
seperti ini? Kalian menginginkan bapak bahagia, apakah batin bapak dapat bahagia
meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?


Sejenak meledaklah tangisan anak2nya. Mereka pun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya. Dengan pilu ditatapnya mata suami yg sangat dicintainya itu.


Saya tersentuh kerana benar2 tidak menyangka lelaki sebegini wujud pada realiti dunia sekarang. Sungguh, andai ditakdirkan saya akan punya suami, saya mahu lelaki yg hatinya sangat sarat dgn cinta terhadap isteri-selamanya-, seperti Pak Suyatno!

:: Puasa Syaaban ::

Oleh : Sheikh Muhammad b Salih al-‘Uthaymin

Diriwayatkan oleh A’ishah:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa keseluruhan bulan kecuali pada bulan Ramadhan. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa dengan kerap di dalam bulan-bulan lain melainkan bulan Sha’ban.”
[Sahih al-BUkhari (1969) dan Sahih Muslim (1156)]

Hadith ini menekankan bahawa adalah Sunnah untuk kerap berpuasa di dalam bulan Sha’ban. Sha’ban adalah satu bulan yang perlu kita pilih untuk melakukan lebih banyak puasa sunat.Berpuasa pada hari-hari di dalam bulan Sha’ban adalah Sunnah.

A’ishah juga berkata: “Baginda sering berpuasa keseluruhan bulan Sha’ban”
[Sahih al-Bukhari (1970)]

Dia juga berkata: “Baginda sering berpuasa di dalam Bulan Sha’ban kecuali beberapa hari di dalamnya.”
[Sahih Muslim]

Usamah b Zayd berkata : Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa dengan lebih kerap seperti yang baginda lakukan di dalam bulan Sha’ban.
Aku bertanya mengapa Baginda berbuat demikian, dan Baginda menjawab: “Ini adalah bulan yang orang tinggalkan di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Sedangkan inilah bulan dimana amalan diangkat kepada Tuhan seluruh Alam, dan aku suka supaya amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa.”
[Musnad Ahmad (21735) dan Sunan al-Nasa’i (2357). Ibn Muflih berkata tentangnya di dalam al-Furu’ (3/120): “Ia mempunyai sanad yang baik”]

:: Menentukan 15 Sha’ban untuk berpuasa ::
Bukti yang dibawakan di atas adalah benar untuk keseluruhan bulan. Tidak ada hari atau-hari-hari tertentu di dalam bulan Sha’ban yang digalakkan secara khusus untuk berpuasa. Tidak ada kelebihan tertentu untuk berpuasa pada hari yang ke-15 bulan Sha’ban.

Terdapat satu hadith yang lemah berbunyi:
“Apabila pertengahan Sha’ban tiba, dirikanlah solat keseluruhan malam dan berpuasa keesokan harinya, kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut dan pada waktu terbenam matahari mengumumkan: ‘Adakah sesiapa yang memohon keampunanKu supaya Aku ampunkan? Adakah sesiapa yang memohon kecukupan dariKu supaya Aku cukupkan? Adakah sesiapa yang menghadapi kesukaran agar Aku dapat ringankan?? ...’ dan Dia terus bertanya sehingga terbit fajar.” [Sunan Ibn Majah (1388)]

Penulis al-Manar telah memastikan bahawa hadith ini bukan sahaja lemah, malah direka.

Beliau berkata:
Yang benar adalah hadith ini rekaan. Pada isnadnya terdapat Abu Bakr b ‘Abd Allah b. Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Ibn Abi Sabrah.
Ahmad b Hanbal dan Yahya b Ma’in telah mendedahkan bahawa beliau adalah pereka hadith
. [Juga rujuk: Majmu’ al-Fatawa (5/266)]

Oleh kerana amalan mengkhususkan 15 Sha’ban untuk berpuasa tidak dapat dibuktikan dari mana-mana hadith yang sohih, maka ia adalah amalan yang tiada asasnya. Semua ulama’ sepakat bahawa hadith yang lemah dan direka-cipta tidak boleh dijadikan hujjah untuk amalan Ibadah.

Satu pengecualian kepada keadaan ini adalah apabila terdapat kes di mana hadith yang lemah mempunyai sokongan dari banyak jalan periwayatan yang lain sehingga menguatkannya ke tahap yang lebih baik. Dalam kes ini, ia boleh digunakan sebagai hujjah untuk melakukan amalan Ibadah asalkan ia tidak bercanggah dengan hadith yang lebih kuat.

Maka, menjadi suatu innovasi didalam beribadah (bid’ah) apabila mengkhususkan hari tertentu untuk berpuasa, kerana mana-mana perbuatan ibadah yang tidak mempunyai hujjah dari Sunnah adalah bid’ah didalam agama.

Ini tidak bermakna kita perlu mengelakkan diri dari berpuasa pada 15 Sha’ban. Ia seperti hari-hari lain di dalam bulan Sha’ban dan keumuman hadith yang menggalakkan berpuasa di dalam bulan Sha’ban adalah untuk kesemua hari di dalamnya. Apa yang salah adalah mempunyai niat untuk mengkhususkan hari tersebut (15 Sha’ban) untuk berpuasa.

Wallahu’alam.
Sumber asal : http://www.islamtoday.com/