Monday, July 28, 2008

:: Hindu become Muslim ::

Saya temui satu artikel yg sangat2 menarik. WHY A HINDU SHOULD BECOME A MUSLIM. Luangkanlah masa utntuk membacanya. Mungkin boleh membantu kita semasa ingin berdakwah kepada mereka yg beragama hindu. InshaALLAH.

Klik untuk baca

Saturday, July 26, 2008

:: a Tip ::

Satu formula yg mudah. Jika ditimpa kesusahan, dan inginkan dipermudahkan segala urusan, perbanyakkanlah istighfar. Kerana dosa itu penyebab kesusahan. Dan Istighfar menghapus dosa2. Maka sekaligus istighfar itu menghilangkan kesusahan, inshaALLAH.




Dosa= kesusahan

(Istighfar-dosa) = (istighfar-kesusahan)

Telah pergi kesusahan, maka datanglah kesenangan. InshaALLAH. Mohon pada-Nya, kerana segalanya milik-Nya. ;)

Wednesday, July 23, 2008

:: Khairul Haadi --> Haadi Muhammad SAW::

Kita semua mahu ke syurga, bukan..?? Jika kita mencintai ALLAH, pasti kita ingin ke Syurga, kerana syurga adalah tempat orang2 yg ALLAH cinta. ;) Caranya sudah jelas diajar oleh Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda). Maka wajib ke atas kita utk beramal (ibadah khusus) mengikut jalan yg telah diajarnya 100%. Dan utk mengetahui jalan yg benar2 tsabit dari Rasulullah (selawat & salam ke atas Baginda), perlu belajar & mengkaji, bukan sekadar ikut-ikutan tanpa mengetahui sumber yg sahih.


KITA WAJIB MENGIKUT SETIAP YG DIAJARKAN RASULULLAH (selawat & salam ke atas baginda) KERANA BAGINDA (selawat & salam ke atas baginda) ADALAH MANUSIA YG PALING TAHU JALAN YG LURUS UTK KE SYURGA.

Fikirkan!

P/s: Saya pernah membaca tulisan seseorang yg agak memandang serong pada pembela2 Sunnah Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda). Maksud tulisannya lebih kurang begini: Sunnah Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda) itu adalah Islam, maka tanggungjawab utama kita adalah iqaamah kan Islam itu, bukan berpecah belah dengan mengkritik perbuatan / amalan masyarakat dengan mengatakan: ini sunnah, ini tidak sunnah etc.

Saya ingin tanyakan, jika benar2 ingin meng iqaamah kan Islam, apakah dengan menggunakan sesuatu yg bukan diajarkan Baginda (selawat & salam ke atas baginda)? Apakah sesuatu itu akan tertegak dengan sempurna jika ia 'ditampung' dengan kesilapan2 & juga elemen2 yang tidak sahih? Saya pasti anda tahu jawapannya. Fikir, fikir & fikir! Ketepikan emosi, ego & apa shj yg menjadi penghalang utk menerima KEBENARAN. Sesungguhnya kebenaran datang dari ALLAH. Dan Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda) adalah hamba-NYA yg terpilih utk menyampaikan kebenaran itu. Janji ALLAH dalam surah almujaadalah ayat 21:

Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan
Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang)"
Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.

WAJIB BETULKAN SEKIRANYA SAYA SILAP. Wallahu a'lam bissowaab.

Sunday, July 20, 2008

:: Kuliah DR.MAZA ::


Pagi tadi saya ke kuliah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Kuliah yg mantap, dan sangat penting utk kita sebagai org Islam! Juga penting utk membetulkan beberapa salah faham selama ini.


Saya tidak dengar dari awal kerana tiba lewat. Penuh. Terpaksa melukut di tangga masjid sahaja. huhu~ Untuk membaca antara isi2 penting kuliah tersebut, saya link kan anda kepada blog seorang rakan.


Perlu untuk anda tahu maksud sebenar 'FITNAH' yg disebut dalam ayat: alfitnatu asyaddu minal qatli.. Sila klik saya.

:: Marilah 3 ::

Mahu tahu rahsia orang kafir?!!

1) MEREKA SANGAT TAKUT AKAN ORANG ISLAM! Melebihi rasa takut mereka terhadap ALLAH. Firman ALLAH dalam surah al hasyr:

Sesungguhnya dalam hati mereka, kamu (muslimin) lebih ditakuti daripada ALLAH. Yang demikian itu kerana mereka orang2 yang tidak mengerti.” (59:13)

2) MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI! Firman ALLAH dalam surah yg sama:

“…Permusuhan antara sesama mereka sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu padahal hati mereka terpecah belah. Yang demikian itu kerana mereka orang2 yang tidak berfikir.” (59:14)

:: Sesungguhnya Alquran itu benar2 satu mukjizat yg agung ::


Ya ALLAH Ya RAHMAN
Alangkah besar nikmat-Mu
Buatku yang hina dina ini
Yg sering ingkar akan suruhan-Mu

Terima kasih ALLAH
Kerana masih memanjangkan umurku
Supaya aku masih berpeluang utk ‘kembali’ kepada-Mu
Dengan hati suci seputih salju
Ya ALLAH permudahkan urusanku

Terimalah cintaku ini ya ALLAH
Meski aku tahu adakala ia pudar
Kerana banyaknya dosa yg tiada tergambar

Tetapi ya ALLAH,
keinginanku untuk selamanya dicintai-Mu
tidak pernah pudar dihimpit waktu
Ampuni aku ya ALLAH
Sungguh, aku terlalu ingin merasai dicintai-Mu... :’(


Sekian daripada saya. Mata mula terasa berat. Selamat malam + wassalaam...

P/s: Pertama kali saya menulis sepanjang ini. 3 muka surat kertas A4! Moga ada manfaatnya. Terutama buat diri saya sendiri. Amin.

:: Marilah 2 ::

:: Marilah kita rasakan ALLAH itu pembela ::

Mengapa diri sering terasa berat utk menyatakan kebenaran? Malukah jika diri menyampaikan ajaran ISLAM YANG SEBENAR secara terang-terangan? Takutkan pihak atasan? Risau dipinggir rakan? Atau sengaja mahu lari dgn alasan tidak mahu campur tangan?

Mereka yang yakin dengan pembelaan ALLAH, sekali2 tidak akan pernah takut dengan ancaman manusia. Malah dengan kesedaran bahawa ALLAH itu adalah pembela, mereka terasa dikurniakan satu keberanian yg tidak disangka2. Kerana mereka punya ALLAH yg Maha Gagah Perkasa, yang tiada taranya.

Lihatlah kanak2 Palestin yg sangat berani berhadapan dengan kereta kebal Yahudi la’natullahi ‘alaihim, meski kereta kebal itu berganda2 lebih besar daripada saiz badannya, meski di tangannya hanya ada beberapa ketul batu. Dan seringkali juga kita melihat bagaimana si Yahudi merasa kecut & lari terkocoh-kocoh dek keberanian kanak2 itu. Teringat saya akan kata2 seorang kanak2 Palestin dalam satu video yg pernah saya tonton:


“Demi ALLAH, kalaulah kami punya senjata api, kami tidak akan gentar untuk
berlawan habis2an dengan mereka! Kami hanya punya kelikir2 kecil –yang pada
pandangan manusia tiada maknanya- utk mempertahankan Islam. Tetapi kami tetap
tidak akan sekali-kali berundur dari berhadapan dgn mereka!”
(Adapted by me)

Subhaanallah.. Lihatlah keberanian si kecil yang berjiwa besar itu. Hidupnya diwaqafkan utk membela agama ALLAH. Bagaimana dengan kita yang sudah lanjut usia ini? Pernah tersematkah semangat (al hamaasah) yang jitu utk menegakkan Islam? Atau masih leka dengan nikmat dunia yang pasti akan fana?
*Allahummaghfirlana dzunuubana*

Maha Suci ALLAH yang telah menganugerahkan keberanian dalam hati pejuang agama-Nya. Maha Perkasa ALLAH yang telah melemparkan rasa ketakutan yang dahsyat (ar ru’bu) dalam hati penentang agama-Nya. Firman ALLAH dalam surah al anfal:

“(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang2 yang telah beriman. Kelak Aku akan berikan rasa ketakutan ke dalam hati orang2 kafir…" (8:12)

Maasha ALLAH, nikmat yang tiada taranya. Pemilik alam ini bersama kita! Raja segala raja sentiasa ada untuk membela kita! Jangan sesekali gusar atau tersasar, kita punya ALLAH yang Maha Kuasa. Sahabat2ku, apakah kita masih punya alasan untuk tidak membela ISLAM?!

>>bersambung<<

:: Marilah 1 ::


Marilah kita rasakan ALLAH itu Pelindung
Marilah kita rasakan ALLAH itu Penjaga
Marilah kita rasakan ALLAH itu Pengawal
Marilah kita rasakan ALLAH itu Pembela


Sangat asyik mendengar lagu nasyid dendangan kumpulan Diwani ini. Terus terdetik di hati untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian beberapa cebis peringatan.

Note: Lirik asal adalah TUHAN, tetapi sengaja saya tukar kepada ALLAH kerana panggilan itu lebih disukai ALLAH. Firman ALLAH: Qulid’ullaha awid’urrahman- Serulah (Tuhanmu) ALLAH atau AR RAHMAN. (maaf, saya lupa dari surah apa).

:: Marilah kita rasakan ALLAH itu pelindung::

Andai difikirkan, seringkah terdetik dalam hati bahawa kita ini selamanya punya ALLAH yg Maha Melindungi? Jika benar, mengapa ya, hati kita selalu sahaja keluh kesah, rasa terabai dan rasa dizalimi? Astaghfirullah, semuanya salah sendiri, mungkin kerana kita masih belum miliki perasaan bahawa ALLAH itu pelindung kita. Sebagai pelindung, mustahil ALLAH akan mengabaikan & menzalimi kita. Bahkan rahmat ALLAH itu meliputi segala-galanya. Ketetapan-Nya buat kita adalah yg terbaik, *kalaulah kita mampu memahami segala yg tersirat* Walau sebesar zarah, ALLAH tidak akan pernah menzalimi hamba-Nya. Firman ALLAH ‘Azza wa Jalla dalam surah an nisaa’:

Sungguh ALLAH tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarrah), nescaya ALLAH akan melipat gandakannya dan memberinya pahala yang besar di sisi-Nya…” (4:40)

:: Marilah kita rasakan ALLAH itu penjaga & pengawal ::

Di tengah malam, kita terjaga & tiba2 terasa mahu membuang hajat. Biasanya perempuan (termasuk saya) akan mengejutkan rakan sebagai peneman. Hati terasa ‘selamat’ kerana tahu bahawa rakan kita ada di luar bilik air dan menunggu kita (meskipun adakala rakan kita tiada di situ kerana ke tempat lain seketika). Namun, entah mengapa terlalu susah untuk kita sedari kebenaran bahawa tanpa rakan, kita sememangnya ditemani Yang Maha Menjaga. Malah kita lebih memerlukan-Nya berbanding rakan yg juga hamba seperti kita. Dialah yang paling hampir dengan kita. Firman ALLAH SWT dalam surah al israa’:

“Sesungguhnya (terhadap) hamba2Ku, engkau (iblis) tidaklah dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-Mu sebagai penjaga…” (17:65)

>>bersambung<<

Saturday, July 19, 2008

...Berdoalah...



Ada orang kata, kita usaha dulu, lepas tu doa & tawakkal. Tapi, betul ke? Salah, sebabnya seperti taubat, doa juga sepatutnya 'ada' sepanjang masa.




*Ad duaa' yakuunu fil bidayah, fil wasat, wa fin nihaayah.*




Masa kuliah hadith hari tu, ukht ili pesan: NEVER EVER UNDERESTIMATE THE POWER OF DU'A. Berdoa sewajarnya dilakukan setiap waktu, bukan dikhususkan hanya selepas solat, hamba ALLAH yg baik & taat adalah yg sentiasa berkomunikasi dengan-Nya, sebagai pengakuan bahawa segalanya dalam hidup kita ini adalah bergantung kepada-Nya. Manusia derita kerana merasakan dirinya tidak memerlukan ALLAH. Manusia juga sengsara kerana sering menyalahkan ALLAH setiap kali diuji. Na'udzubillah.

Cintailah ALLAH
DIA adalah segalanya
korbankanlah apa saja kerana-Nya

Thursday, July 17, 2008

...Are You Ready?...

Semalam saya menghadiri kuliah hadith yang disampaikan oleh ukhti Ili. Subhanallah... Penyampaian yang sangat meninggalkan kesan di hati. Belajar tentang syarah hadith ke-4 dalam hadith 40.

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata:

Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam menyampaikan kepada kami dan
beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan: Sesungguhnya setiap kalian
dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setetes mani selama empat
puluh hari, kemudian berubah menjadi setetes darah selama empat puluh hari,
kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus
kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan
untuk menetapkan empat perkara: menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan celaka
atau bahagianya. Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya di
antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara
dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya
ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam
neraka. Sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka
hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah
ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah
dia ke dalam syurga.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sangat banyak pengajaran yg boleh diambil dari hadith ini tetapi cuma beberapa sahaja yg saya ingin kongsikan:

..:: WAJIB ke atas kita utk merasa takut (alkhauf wa arrahbah) tentang bagaimana pengakhiran hidup suatu masa nanti ::..

..:: Sebahagian ulama' berkata bahawa dijadikannya pertumbuhan janin manusia dalam kandungan secara beransur-ansur adalah sebagai rasa belas kasih terhadap ibu. Kerana sesungguhnya Allah mampu menciptakannya sekaligus ::..

..:: Orang yg sering membuat maksiat, tetapi di hatinya masih ada sekelumit rasa untuk berhenti, jangan pernah putus harapan daripada pengampunan-Nya. BERTAUBAT, BERTAUBAT & TERUS BERTAUBAT di samping berusaha melawan nafsu ::..

Kata Ibn Qayyim Rahimahullah:

التوبة تكون في البداية، و الوسط، و النهاية
Taubat itu adalah di permulaan, di tengah, dan di pengakhiran.

Sama ada kita ini ahli syurga atau neraka, semuanya akan ditentukan pada akhir hayat kita. Bilakah akhir hayat kita? 5 minit lagi? Sehela nafas lagi? Wallahua'lam. Al muhim bal aham, SENTIASA BERSEDIA.

Tuesday, July 15, 2008

...Our sister from North Carolina...

Mari layari blog seorang muslimah dari North Carolina. Sedikit tentangnya:


An unmarried, muslim revert college student (senior in electrical engineering) born and raised in the Bible Belt, but starting to look at a much bigger world, and make a place in it. I study engineering full-time and have two part-time jobs. The first is traffic engineering, drawing electrical wiring diagrams for signal cabinets, and the
other operating a 24-hr computer lab at school, often at night... like the middle of the night. I'm still waiting for my life to get started, but not here in Dixie, I want to travel abroad to study Islam, inshaaAllah.


*it's a brief description from her*



Blog yg sangat rugi-jika-tidak-dilawati. ;) Informative. Helpful. Terdapat isu2 tentang Islam yg dikupas dgn sangat menarik + santai & dari sudut pandangan seorang yg baru mengenali Islam tetapi sudah memiliki ilmu yg banyak tentangnya.

Entri2 nya juga sgt menyentuh perasaan. Terasa betapa kita yg dilahirkan & dibesarkan sbg Muslim seringkali tidak menghargai Islam. Malah, kita jarang sekali melihat Islam dgn pandangan seperti mana pandangan mereka yg telah kembali kepada Islam dek jatuh cinta padanya.

Melihat jadual hariannya yg penuh dgn kelas2 agama, terasa malu. Di uia, kelas2 agama terlalu banyak 'dihamparkan' di depan mata, tetapi hati ini jarang sekali bersemangat & berusaha utk menghadirinya. Sedangkan ilmu di dada hanya 'seciput'.


Ya ALLAH, moga kami juga diberi nikmat hidayah yg akan menjadikan ruh & jasad kami selamanya 'terikat' di jalan-Mu & moga kami tidak akan sekali2 mensia2kan agama-Mu yg telah memuliakan kami ini. Ya ALLAH, kami terlalu mendambakan cinta-Mu. Kami mohon dengan sesungguhnya, perkenankanlah Ya ALLAH... (":)

Do visit: ibnatalhidayah.blogspot.com

Monday, July 14, 2008

...Do we REALLY love to pray?...


*Khalifah of ALLAH loves to pray*


The phrase had made me thinking for a while just now. Yeah, it's true that vicegerents of ALLAH are those who love to pray (especially the recommended solah because the 5 times prayers are compulsory. So by hook or by crook, it's an obligatory for us to perform them).


Kita mengaku kita ini khalifah ALLAH di muka Bumi, tetapi kita seringkali lupa utk bermuhasabah, apakah sifat2 yg ada pada diri kita sudah memadai & sesuai dengan gelaran khalifah ALLAH?
Salah satunya adalah sifat yg diterangkan dalam gambar di atas, LOVES TO PRAY. Mengapa suka bersolat..? Sudah pasti kerana solat adalah waktu khusus antara seorang hamba dengan ALLAH. Juga sebagai 'sesi' untuk seseorang itu bermunajat pada-Nya, mengadu nasib, taqarrub ilaihi dan pelbagai lagi sebab & alasan yg berkaitan hubungan hamba dgn penciptanya.


Solat juga merupakan tiang kepada agama. Tanpa solat, maka runtuhlah agama seseorang itu. Maka kerana itu juga khalifah ALLAH seharusnya cintakan solat (bukan sekadar perasaan tetapi disertakan perbuatan) kerana mereka mahu agama itu setiap masa tertegak dalam dirinya.
Tidak saya nafikan, ada masanya diri kita (terutamanya saya) mengerjakan solat dengan hati yg berat, malas & lain2 lagi. Tetapi seharusnya kita segera bermuhasabah, di mana silapnya kita sehingga rasa suka & cinta utk bersolat itu hilang.


Sungguh beruntung jika kita dikurniakan perasaan yg sentiasa bersemangat utk menunaikan solat. Juga amat bahagia jika kita sentiasa punya perasaan 'tidak sabar' utk bersolat & bertemu janji dgn Kekasih Yang Maha Agung. Ma ahla! ;)



P/s: Di kelas Creative Thinking hari ini, Madam Nora J telah memberi "homework" kepada kami pelajar2nya. Homework yg bertujuan utk muhasabah diri. Kami diminta utk membuat satu kira2. Sejak kita baligh, sudah berapa jumlah solat fardhu yg telah kita tunaikan. Pasti banyak, bukan? Persoalannya, adakah solat kita itu benar2 telah mengubah diri kita kepada yg lebih baik? Atau tiada perubahan?

...A Poem for Us...

Ask HIM


Gather your hands together

And send your prayers away

Whisper your utmost love to Allah

And ask Him what you may...

Fill Him in your heart

And your eyes and your ears

And your mind, your soul

and your tears...


Saturday, July 12, 2008

...Amazing...

Are you seeing or is your brain deciding what you should see?
Read the following paragraph.

"Aoccdrnig to rscheearch at Cmabridge Uinvervtisy, it deosn’t mttaer in waht oredr the litteers in a wrod are, the olny iprmoetnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be at the rghit pclae. The rset can be a ttoal mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is besauae ocne we laren how to raed we bgien to aargnre the lteerts in our mnid to see waht we epxcet to see. The huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but preecsievs the wrod as a wlohe. We do tihs ucnsoniuscoly wuithot tuhoght."

Amazing, isn’t it?

You’re finding meaning in a mass of jumbled letters. How is this possible?
Think of your mind as a dish of jelly which has settled so that its surface is perfectly flat. When information enters the mind, it self-organizes. It is like pouring warm water on the dish of jelly with a teaspoon. Imagine the warm water being poured on the jelly dish and then gently tipped so that it runs off. After many repetitions of this process, the surface of the jelly would be full of ruts, indentations, and grooves.

to find out more, do visit:
http://www.creativethinking.net

...Nurseri...


Cuti semester yg lepas, saya berpeluang melawat 'anak-anak' saya di Nurseri Raudatul Iman. Hampir setahun tidak berjumpa, hati saya dilanda rindu yg teramat. Sayang sekali, saya pergi ketika waktu mereka tidur, tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya rindu saya terubat. Gerrrram, bayi2 comel semakin bertambah! ;)


Berbual seketika dengan umi (tuan punya nurseri) dan mama (adik ipar umi). Banyak ilmu yg saya peroleh, meski masanya belum tiba untuk saya praktikkan. Tapi rasanya saya ingin berkongsi dengan sahabat2. Tentang the Do's & Dont's dalam menjaga bayi.



..:: Jangan biasakan bayi tidur dalam buaian. (yg henjut2 tu) Sangat tidak elok kerana akan berlaku gegaran pada otak (mana2 nurseri yg masih menggunakan buaian, kemungkinan besar adalah nurseri yg tidak menghadiri kursus) ::..



..:: Jika bayi masih belum pandai berjalan, jangan gopoh untuk meletakkannya dalam baby walker. Biarkan dia merangkak & belajar berjalan sendiri, mengikut tahapnya. Jika seseorang bayi kekurangan satu tahap dalam fasa hidupnya, kemungkinan besar dia akan kekurangan 'sesuatu' (dari segi spiritual) apabila dewasa. Utk pengetahuan, merangkak amat bagus utk tumbesaran otak bayi ::..


..:: Untuk kulit bayi yg lembut, jangan letakkan bedak (terutama ketika bayi selsema), tetapi lazimkanlah mengurut seluruh badannya dengan minyak zaitun, termasuk di rambut ::..


..:: Pakaikan bengkung pada bayi perempuan utk jangka masa yg agak lama jika mahu pinggangnya ramping ;) ::..


..:: Untuk tumbesaran yg lebih sempurna, JANGAN HANTAR ANAK KE NURSERI. JAGA SENDIRI. ;) ::..


Setakat itu dahulu. Semoga bermanfaat! ;]

...Thinking like TRUMP...

Dear blog.



Went to a gathering for Quran Sunnah's students yesterday. There was an exciting slot with GABEM. (Gagasan Badan Ekonomi Melayu). Commonly, a talk around 3pm-5pm is a very dull one and is a very 'suitable' time to doze off. ;) However, the exciting talk given had helped my eyes lid to remain awake & fresh. ;]




Just wanna share something with visitors. About 'Thinking Like TRUMP'. We are not being asked to follow all of his doings or thinkings, but as long as it good for us as Muslims, Islam doesn't forbid it. Read them, they're worthful.



..:: Don't take vacations. What's the point? If you're not enjoying your work, you're in the wrong job. Even when I'm playing golf, I'm doing business. ::..



..:: Don't sleep anymore than you have to. No matter how brilliant you are, there's not enough time in the day ::..



..:: Don't depend on technology. A lot of it is unnecessary and expensive ::..



..:: Think of yourself as one-man army. You're not the only commander in chief, you're the soldier as well. You must plan and execute your plan alone ::..



..:: Success breeds success. The best way to impress people is through results. It's easier for me to do deals now because I've had so many triumphs ::.



..:: Be curious. A successful person is always going to be curious. I don't know why this is true, but it's definitely the case. You have to be alive to your surroundings and hungry to understand your immediate world ::..



I wonder what will he answer if i were to have the chance to ask him, "despite of your triumphs and glory, deep in your heart, are you REALLY2 & TRULY happy + satisfied..?"



I don't think so. His heart is actually misses 'something'. ;)

Thursday, July 10, 2008

...Anak Muda = Pejuang Agama...

Di hujung kelas intro to history tengahari tadi, saya amat tertarik dengan kata2 Prof Ghassan Thaha. Meremang bulu roma ketika mendengar sepotong ayat yg dilaungkannya. Katanya, 'the ummah is looking for you! Not for me, i'm already old...! '



Apakah anak muda masa kini, benar2 menepati apa yg diinginkan, atau lebih tepat lagi, yg diperlukan oleh ummah? Lihatlah di sekeliling, dan kalian akan menemui jawapannya. Di seminar yg saya hadiri baru2 ini, pada majlis penutup, ada satu2 kata2 yg turut menarik perhatian saya. Si penutur terharu melihat usaha komiti2 seminar yg terdiri daripada anak muda. Katanya,


"jika sebelum ini, apabila menyebut anak muda, kita akan terbayang Mat Rempit,
Bohsia, Bohjan, masalah sosial & segala macam keburukan. Tapi kini saya
berbangga, kerana anak muda yg saya lihat ini ialah anak muda yg berjuang demi
agamanya!"

Alangkah indah seandainya kita mampu mewujudkan satu fenomena yg akan membuat manusia terfikir bahawa sinonim bagi ANAK MUDA adalah PEJUANG AGAMA. Moga saat itu akan tiba secepat mungkin. Kerana ummah kita kian parah.

Monday, July 7, 2008

...Dari Sahabat...

Sebuah puisi daripada seorang sahabat, sewaktu saya di kelas darjah 6 Pintar. Sajak ini hadir sebagai pemujuk hati ketika saya dilanda konflik dgn seorang teman.


KHAS BUAT SAJIDAH

Teman
Hidup ini bagai bahtera di lautan
Perlu melawan gelora yg datang
Tanpa ketabahan hati
Impian ‘kan binasa

Teman
Sabarlah menempuhi dugaan
Sesungguhnya ia mengajar insan
Erti kehidupan hakiki

Walaupun kita sedih kerana seorang insan
Namun
Ia kerana satu persahabatan
Ingatlah
Hidup ini pasti ada cabaran
Lebih-lebih lagi dalam persahabatan
Ia akan bertemu dan berpisah
Pada akhirnya.....

Yang Simpati
-----
(RAIHAH)

Puisi daripada seorang Raihah yg 12 tahun. Sudah 9 tahun berlalu, namun mesej sajak tersebut tetap relevan hingga bila2 selama mana kita bergelar insan yg masih mengemudi bahtera kehidupan.

Hebat. Baru berumur 12 tahun, tetapi sudah punya bakat sebagai penyajak. Sekarang pasti lebih hebat, kan Raihah..? ;) Terima kasih banyak2. Minni lakii jazeelan syukra. ‘Asallahu an yudeema lakii khairan. InsyaALLAH.



P/s: To Raihah --> lepas ni harapnya ada sajak utk kita dari Raihah yg 21 tahun pulak! ;p

...Lawatan sambil belajar...

Alhamdulillah.

‘Lawatan’ ke blog sahabat-sahabat seringkali memberi keuntungan kepada saya. Sarat dengan peringatan, sebagai pelengkap kepada sebuah pakej untuk saya berubah kepada hamba yg lebih baik. Terima kasih. ;)


Baru-baru ini saya melawat blog Izzah. Entri nya yg bertajuk "Jalan2 Cari Wanita" sangat menginsafkan saya. Menyedarkan saya akan sebuah tanggungjawab yg tidak pernah saya hiraukan, apatah lagi untuk dilaksanakan.


Entri itu mengajak kita menegur sahabat-sahabat seaqidah yg kadangkala ‘hanyut’ dalam dosa. Terutama sekali dosa yg dirasakan biasa disebabkan ia sering berlaku di hadapan mata kita iaitu; berdua-duaan antara lelaki & perempuan yg bukan mahram. Hakikatnya, patutkah dosa dianggap suatu kebiasaan? Saya teringat kata2 seorang sahabat, “apabila maksiat dikatakan biasa, maka tunggulah azab ALLAH...”


Cara yg disarankan utk menegur sangat menarik, dengan menghantar ‘surat layang’. Surat yg berintikan tazkirah, teguran. Berkesan atau tidak, terserah kepada Pemegang Hati kita: ALLAH. Kita selamanya tidak akan pernah mampu utk memberi hidayah kepada sesama manusia. Namun itu bukan alasan utk kita tidak memberi peringatan kepada sahabat muslim yg lain. Benar sungguh kata-kata dalam entri tersebut, “Sampai bila kita sekadar ingin merubah kemungkaran dengan hati…”


Entri ini telah mengingatkan saya akan satu analogi yg diberi oleh ayah saya ketika di rumah. Tentang tanggungjawab seorang hamba kepada hamba yg lain. Kata ayah saya:


“Bayangkan seorang kaya mengupah seorang pekerja utk melayannya & memujinya setiap masa. *Tuan baik, tuan kaya, tuan hebat, tuan kacak, tuan gagah, dll.* Suatu hari, sedang pekerja ini memuji2 tuannya, anak tuan tadi jatuh ke dalam kolam air & lemas. Pekerja itu sekadar melihat dan meneruskan memuji tuannya. Dengan fikiran yg rasional, pasti kita tahu bahawa tuan tadi akan memarahi pekerjanya kerana tidak berusaha menyelamatkan anaknya.”

Begitu juga kehidupan kita di dunia ini. Memang benar ALLAH menciptakan kita utk beribadat kepada-Nya. Tetapi beribadat bukan sekadar dgn mengambil kisah & menyempurnakan ibadat diri sendiri, malah perlu juga cakna dgn hal saudara-saudara Muslim yg lain. Jika terlihat bahawa ada saudara kita yg sedang menempah tiket ke Neraka, segeralah menegurnya agar ‘membatalkan’ tempahan yg sangat merugikan itu. Dan seandainya kita tahu bahawa sebelah kaki saudara kita sudah berada di neraka, cepat-cepatlah menariknya kembali agar tidak terus terjerumus ke dalamnya.


P/s: Buat yg ingin melihat contoh surat layang tersebut, silalah berziarah ke lailatulmawardah.blogspot.com ;)