
Petang semalam, masa tgh lepak2 kat bilik, tiba2 ma telefon.. ada berita sedih n sangat mengejutkan aku.. sampai sekarang fikiran aku masih terganggu dgn berita tu.. Anak sulung ustazah Fauziah n ustaz Husin (majikan aku masa keje tadika n ajar ngaji dulu) hilang.. nama dia nur salam. dulu sekolah starp. batch bawah aku. dia n kawan2 pegi memancing kat lombong. kat selayang kalo tak silap aku. aku tak sure apa jadi, tapi 2org hilang.maybe kena hanyut air..dalam suratkhabar tulis ada tanah jerlus. sorang dah jumpa mayatnya, tapi anak ustazah ni sampai saat aku tulis post ni, tak dijumpai lagi..ntah apa nasib dia..
aku tak tau macam mana perasaan parents dia sekarang ni. perasaan adik2 dia lagi.. kalo fikir2, rasa sayu sgt.. macam nak nangis pun ada.. sape tak sedih kan.. anak sakit pun dah susah hati.. apa lagi yg tak tau nasib samada masih hidup atau tak..isk isk.. :'( tapi aku kenal ustazah tu sbg seorang yg sgt tabah. mak aku kata, semalam ustzh cakap, dia redha atas apa shj takdir yg ALLAH tentukan. yg penting sekarang ni, mesti jumpa anak dia. Hidup atau mati, wallahu a'lam.. tapi aku yakin, jauh di sudut hati ustazah, mesti tetap harapkan anak dia masih hidup..
aku kenal salam tu.. dulu masa aku ajar iqra', dia ada jugak tolong ngajar kalau dia tgh cuti. aku tak dapat bayangkan kalau dia akan pergi dulu.. :''(
Ya ALLAH, berilah ketabahan hati kepada ahli keluarganya utk menerima apa sahaja takdir yg telah tercatat di sisiMu..
p/s: moga diri ini tidak diuji dgn apa yg tidak terdaya utk dipikul.. ameen..
No comments:
Post a Comment