Tuesday, May 13, 2008

...Lebuh Kebebasan...


Apa lebuh kebebasan tu...??! lebuh raya pernah la dengar.. :)


beberapa hari lepas aku ada dengar satu talk. tajuknya Tujuan Penciptaan Manusia. Antara yg sangat menarik perhatian aku ialah bila speaker tu cakap pasal lebuh kebebasan ni la. Speaker tu cakap, antara kepentingan ibadah kepada individu ialah sebagai lebuh kebebasan.


Em, kenapa ye dikatakan ibadah tu sebagai lebuh kebebasan..?? masa ibadah ni, kita bebas buat sesuka hati ke..?? bukan.. kalau kita renung & fikir, mesti kita tahu jawapannya. ibadah ni dikatakan lebuh kebebasan sebab... banyak sebab, let me list some of them..


hanya dengan ibadah, seseorang manusia itu akan:




..:: bebas dari menghambakan diri kepada dunia & segala tipu dayanya ::..


..:: bebas dari perasaan hasad dengki kerana sifat redha mengajarnya bersyukur atas segala nikmat yg dikurniakan ::..


..:: bebas dari rasa kecewa dgn takdir-Nya kerana dia yakin segalanya dtg dari ALLAH dan ALLAH tidak pernah merencanakan sesuatu yg sia-sia ::..


..:: bebas dari melebihkan cinta manusia atas cinta ALLAH kerana baginya hanya dgn iringan cinta-Nya manusia mampu bahagia di sini n di 'sana' ::..


banyak lagi la, tapi setakat ni, itu je yg terlintas di minda. fa'tabiruu ya ulil albaab.. ;)

No comments: