Keluar bersama beberapa orang rakan pada minggu sudah.. Ada satu pengajaran yg selama ini saya tidak sedari & tidak pernah terfikir.
Menaiki teksi. Meter menunjukkan RM5. Seorang rakan menghulurkan RM10 beserta kata-kata: "Keep the change"... Saya dgn seorang lagi rakan mula berpandangan sesama sendiri. Dengan pandangan yg bermaksud "Biar btol..Apa kes..Apa barang..Etc etc etc..."
Kembali menaiki teksi utk pulang. Meter menunjukkan RM4.90. Saya cepat2 menghulurkan not RM5. Supaya tangan saya mendahului tangan rakan tadi.
Turun dari teksi, saya katakan bahawa sengaja saya cepat2 menghulurkan RM5 itu, supaya rakan saya itu tidak membazirkan wangnya utk kali yg kedua. Jawab rakan itu, "takpelah bagi lebih, kesian kat pakcik tu..."
Terkedu saya sepanjang perjalanan pulang. Terasa "teroknya aku!"
Pulang ke kamar, seperti biasa, saya yg kecoh ini akan 'report' apa yg berlaku kepada kak zikriah. Kata kak zikriah, "bagusnya, dia (rakan tadi) pandang orang dgn pandangan rahmah/kasih sayang..."
Semakin diri ini mengakui kesilapan...
P/s: Fokus kisah ini bukan supaya sentiasa membayar 'lebih' kepada pemandu teksi, tetapi supaya kita memandang manusia lain dengan mata hati.. Yg penuh dengan rasa kasih & sayang kepada sesama insan + pada tempat/orang yg sepatutnya... Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment