Thursday, February 5, 2009

:: Macam mana ::


Assalamualaikum...

Ke hadapan annur. chewah..

Annur, ingat tak dulu awak pernah cakap pada kita yg ada sorang kawan awak tanya, "Macam mana kita nak dapat cinta ALLAH..?" Kita tak tahulah apa yg kita membebel kat awak masa tu, tapi yang penting, jawapan kita tu tak memuaskan hati kan. *-*

Kita sekarang ni tengah buat term paper tajuk "Alhubbu baynALLAH wal 'abdi fil Quran" atau dalam bahasa Melayu, "Cinta antara ALLAH dan hamba di dalam alQuran"...

Dari situ baru kita tersedar yang sebenarnya jawapan pada persoalan tu straightforwardly dah diberitahu dalam alQuran. ALLAH kata, DIA cintakan hambaNYA yang:

1. Berjuang di jalan ALLAH dalam keadaan yang berbaris [teguh]

2. Muhsinun (yang jika dia buat sesuatu perkara, dia akan buat yang terbaik, seolah2 dia melihat ALLAH dan dia sangat merasakan ALLAH memerhati & mengawasi dia)

3. Tawwaabun (yang menyesal dgn kesilapannya dan sering bertaubat pada ALLAH)

4. Mutatohharun (yang menyucikan diri dari najis zahir & batin seperti akhlak yg buruk, penyakit hati, syirik, dll. )

5. Sobirun (yang menerima dengan redha setiap ketentuan ALLAH ke atas dirinya)

6. Mutawakkilun (yang apabila dia melakukan sesuatu perkara, dia menyerahkan seratus
peratus kepada ALLAH utk menentukan, dia bertawakkal pada awal+semasa+pada akhir proses usaha tu)

7. Muqsitun (yang adil, memberi hak kepada yg sepatutnya)

8. Muttaqun (yang takut kepada ALLAH, dan yang jika dia beramal, dia beramal semata2 kerana ALLAH)

Ni 8 golongan yang ALLAH sebut dalam alquran bahawa ALLAH cintakan mereka. Penjelasan tentang golongan tersebut sebenarnya panjang lagi, tapi kita cuma buat khulasah je. Selain berusaha jadi golongan di atas tu, ALLAH ada jugak beritahu tentang orang2 yang ALLAH tak cintai. Antaranya, yg zalim, khianat, membazir, bangga dengan kekayaan, kafir, yang melampaui batas, yang berdosa dan banyak lagi.

ALLAH beritahu semua ni bukan sekadar nak beritahu, tapi beri petunjuk kepada kita tentang cara untuk jadi manusia yang dicintai ALLAH. :)

Jadi, inilah jawapan yang sebetulnya buat persoalan hari tu. :) Malu sebab tak melazimi diri dgn alQuran, & tak mampu bercakap di bawah naungan alQuran.. :(
Moga ALLAH beri hidayah kepada kita.. Amin.
Yang benar,
sajidah

My love may not be perfect, but it's true.. picture by barca

2 comments:

Raihah Rosli said...

Salam sajied...
kite bru je tak smpai sejam balik dr forum yg mana panelny us hasrizal n us mohamad. Temanya tentang cinta.... Dan antara pesan terakhir td... "berdoalah utk dapat cinta Allah".
Dan n3 awk ni menjawab persoalan dlm hati kita.... " takkan aku nk doa je, mesti ada sesuatu yg kena ak buat"
Thanks sajid...
Heheh .... kebetulan sgguh... mcm ade ksinambungan dr ceramah td....

Anonymous said...

itulah perancangan ALLAH. :)