Saturday, October 11, 2008

:: Jawapan Istikharah ::

Kata seseorang.... "Aku tak boleh nak kahwin dengan dia lagi sebab sampai sekarang aku tak nampak lagi dia dalam mimpi lepas istikharah.. Aku takut bukan dia jodoh aku..."


Kata orang kedua...."Saya harap dgn sepenuh hati supaya kamu boleh terima saya sebagai teman hidup kamu, kerana saya pernah bermimpi bahawa kamu datang dalam mimpi saya, sebagai jawapan istikharah saya..."


Kata seorang kawan pula... "Lepas istikharah kena terus tidur, tak boleh cakap apa2, kalau tak solat tadi tu tak jadi, mimpi pun akan tak betul..."

------

Persoalannya, benarkah jawapan istikharah itu perlu melalui mimpi semata-mata??? Di sini saya bawakan sedikit huraian tentang perkara ini daripada laman web pengantin.com.my:

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.


Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)




Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar.

(Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

------

Dari zaharuddin.net/:


Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin).

Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).


Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.

------

Pertaining to this matter also, Imam An Nawawi had once said:


"after making istikharah, a person must do what he is wholeheartedly inclined to do and feels good about doing and should not insist on doing what he had desired to do before making the istikharah. And if his feelings change, he should leave what he had intended to do, for otherwise he is not leaving the choice to Allah, and would not be honest in seeking aid from Allah's power and knowledge. Sincerity in seeking Allah's choice, means that one should completely abandon what one desired oneself." (muttaqun.com/)


------
Doa istikharah:
(Malay)

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

(Arabic)
"Allahumma inni astakhiruka bi'ilmika. wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azimfa-innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta'lamu wala a ' lamu, wa anta 'allamu-l-ghuyub.
Allahumma, in kunta ta' lamu anna hadhaI-amra khairun lifi dini wa ma'ashi wa aqibati amri (or 'ajili amri wa'ajilihi) f aqdirhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi, wa in kunta ta'llamu anna hadha-l-amra sharrun lifi dini wa ma'ashi wa-aqibati amri (or fi'ajili amri wa ajilihi) fasrifhu anni was-rifni'anhu. Wa aqdir li al-khaira haithu kana thumma ardini bihi"

(English)
"O Allah ! I ask guidance from Your knowledge, and Power from Your Might and I ask for Your great blessings. You are capable and I am not. You know and I do not and You know the unseen. O Allah! If You know that this thing is good for my din and my subsistence and for my Hereafter - (or say, If it is better for my present and later needs) - then ordain it for me and make it easy for me to obtain, and then bless me in it. If You know that this thing is harmful to me in my din and subsistence and in the Hereafter--(or say, If it is worse for my present and later needs)--then keep it away from me, and keep me away from it. And ordain for me whatever is good for me, and make me satisfied with it"

------

Jika tidak hafaz tidak mengapa, boleh juga menggunakan gaya bahasa sendiri yg mafhumnya lebih kurang dengan yg telah Rasulullah (selawat & salam ke atas Baginda) ajarkan kepada kita.

Semalam, semasa bersembang dgn kak Ili tentang Istikharah, katanya: Petunjuk itu tidak semestinya dgn mimpi atau insyirahus sadri (ketenangan hati) tetapi, selepas istikharah, teruskan dgn pilihan kita, jika terasa jalan yg kita pilih itu terlalu sukar, maka dari situ kita akan memahami apakah sebenarnya jawapan kepada istikharah kita.


------

The importance of Istikharah:

One of the most important benefits of Istikharah is that it strengthens a person's connection with Allah. Through excessive Istikharah, one learns to take directly from the treasures of our Creator, the Being in whose hands lies all good and bad, benefit and harm. May Allah grant the writer, the reader and the rest of the ummah the understanding of this great and noble Sunnah.

From the above, it is apparent how easy Din has been made by Allah, and actually we are the ones who have made Din difficult. Consequently, the lifestyle that we follow causes us, as well as others, to believe that Islam is a difficult way of life. However, Allah has kept comfort, contentment, peace of mind and ease only in following His commands and the Sunnah of His Rasul (Sallallaahu Alayhi Wasallam).

Now that we have learnt the importance of this great Sunnah, it remains our responsibility to search for every other Sunnah, bring it into our lives and take it to the rest of mankind. This was indeed the way of the Honourable Companions of Rasulullah (Sallallaahu Alayhi Wasallam) and our pious predecessors. May Allah grant us the towfiq to follow their noble footsteps, Aameen. (beautifulislam.net/)


P/s: Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa. (zaharuddin.net/)

1 comment:

SOFA said...

Assalam..

Jawapan Istikharah ada 4 tanda dalam mimpi dan satu luar mimpi. Kenapa ada mimpi tak boleh dipercayai? Sebab ada gangguan saka jin, syaitan dan seangkatannya. Kenapa tak dapat mimpi nyata? Sebab pada diri kita dosa bertimbun. Jika seumur hidup tak pernah beristikharah, jangan harap jawapan dari ALLAH diberi segera dengan hari sembahyang istikharah sehari, 3 hari atau 7 hari.....sebaik-baiknya hari hari hingga jawapan yang ALLAH beri itu sama setiap hari. Inilah kaedah yang dibuat oleh ulamak muhaqqiqin.

Seandainya ada bloggers di sini pernah melakukannya, sebenarnya ALLAH dah beri jawapan namun kita tak tahu menafsirkan sebab tak semua orang boleh menafsir mimpi. Cuba baca buku MUHAMAD BIN SIRIN atau Ibnu Sirin. Beliau pernah menafsir mimpi Ibnu Abbas sedangkan Ibnu Abbas itu memang sahabat rapat Nabi Muhammad S.A.W. Jika bloggers ingin tahu jawapan, boleh lah kita berbincang lanjut.

Sekian