Monday, November 24, 2008

:: in HIS love ::

Malam ni kami di rumah tidur lewat. Pukul 3pagi baru beransur naik bilik. Macam2 aktiviti kami buat. Melompat, berborak, membaca, merakam etc3… Tu yang sampai tak sedar dah pagi. Orang bangun tahajjud kita baru nak tido. (~_~)



Tadi saya tanya Ma, macam mana ye perasaan kalau mengandung & dalam masa yg sama kena tinggal dengan suami…? (Tak habis2 saya terfikirkan soal ini) Saya bukanlah inginkan jawapannya kerana sudah sedia maklum, pasti itu ujian yg sangat hebat & memeritkan jiwa. Saya sekadar ingin mendengar pandangan orang yg berpengalaman (yg pernah mengandung).



Kata Ma, masa mengandung adalah masa yg paling dirasakan bahawa ALLAH itu sangat2 diperlukan pada setiap detik nafas. Benar, setiap saat ALLAH itu amat diperlukan tetapi paling terasa (bagi ibu saya) adalah ketika tempoh kehamilan. Waktu inilah baru tersedar betapa pergantungan diri kepada ALLAH itu amat penting, buat bekalan semangat & motivasi terunggul.



Meski tidak berpisah dengan suami (abah saya) terlalu jauh, tetapi perkara yg paling menyedihkan ialah, ibu saya sudah tidak punya siapa2 untuk menumpang kasih & bergantung harap. Tiada adik beradik, tiada ibu semenjak bayi lagi… Sungguh beratnya dugaan itu. Sekadar memohon pertolongan dari saudara jauh utk meminjamkan bilik rumahnya & menjaga ibu saya buat beberapa ketika kerana abah outstation.



To make a long story short, hakikatnya ALLAH lah yg menjaga ibu saya.. Meski manusia kelilingnya berjuta, tanpa pertolongan dari Yang Maha Pengasih, tiadalah makna apapun pada jumlah yg ramai itu. Maha Pemurahnya ALLAH kepada hamba-hamba-NYA. Namun mengapa diri ini tidak pernah mengambil iktibar dari segala pedoman yg setiap saat terbentang di hadapan mata. Sungguh dosa bertimbun itu telah mengabui mata ini…



“Usah ditanya bagaimana peritnya ujian itu, tetapi tanyalah sebesar mana pergantunganmu kepada Tuhanmu…”



No comments: