Tuesday, November 25, 2008

:: Suspending Our Judgement ::

Saya pernah dengar orang kata:


"Eii.. apalah dia tu, kalau nak pakai niqab, pakailah betul2. Ni kejap bukak, kejap pakai. Tak elokla..."


Dan saya juga pernah ditanya dengan soalan ini:


"Kenapa ek dia tu tak istiqamah pakai purdah? Boleh ke macam tu? Kalau orang tengok kan nanti jadi fitnah. Better tak payah la pakai terus. Kan?"




Dan yang seumpamanya.. Pada hakikatnya, benarkah 'tak elok' kalau tidak konsisten dalam memakai niqab? Mari kita kaji apa kata ulama. Klik sini.



Kesimpulannya,

:: Ulama' berbeza pendapat tentang hukum menutup muka & tangan. Terutama dalam soal memakai niqab, ada yg mengatakan ianya wajib (dengan besertakan dalil2) dan ada yg menghukumkannya sekadar mustahab (sangat digalakkan) kerana muka tidak termasuk aurat wanita. Dan dalil yg mengatakan wajah bukan aurat adalah lebih kuat. ::






:: Terserah kepada masing2 untuk berpegang dgn salah satu hukum asalkan bersandar pada dalil. Maka jika seseorang wanita itu menganggap berniqab itu wajib & wajah itu aurat, maka wajiblah baginya utk tidak menanggalkan niqab. Sama seperti hukum tudung yg dipakai. Manakala bagi mana2 wanita yg berpegang pada pendapat bahawa wajah bukan aurat & berniqab tidak sampai tahap wajib, tidaklah hukum berniqab itu seperti tudung yg wajib dipakai setiap masa (di hadapan ajnabi @ bukan mahram) ::





:: Meski berniqab tidak wajib, tetapi ia sangat digalakkan, apa lagi dalam dunia sekarang yg terlalu terdedah kepada fitnah. Tetapi jika dirasakan tempat itu aman dari fitnah & gangguan lelaki, maka memadai dgn menutup aurat sepenuhnya tanpa menutup muka. Namun berniqab itu tetap lebih baik baginya. ;) ::


THUS,

sebelum mengkaji apakah ilmu kita tentang sesuatu itu sudah benar2 di bawah pedoman alquran & sunnah, please, do suspend your judgement first. :)




Artikel lain berkaitan hukum niqab/hijab/purdah/cadar:

Hukum hijab
Hukum menutup muka bagi wanita



p/s: gambar2 di atas tiada kaitan dengan saya. moga tiada silap faham lagi!

2 comments:

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Betullah apa kamu cakap, siapa yang pegang ia sunat, ada hak nak pakai atau tak nak pakai, nak bukak dan tak bukak.

Macam solat sunat.

Anonymous said...

wsalam..

ooo..ok, terima kasih!