1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.
Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Demi meraikan adat:
Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
P.S: DO READ THE COMMENTS OF THIS ENTRY TO KNOW MORE & maybe CLEARER
12 comments:
rasanya ada ruang yg lebih besar dalam membahaskan isu "bersanding atau tidak" ini.
bukan sekadar membataskan kepada;
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
kerana lebih banyak mafsadah di dalam nya daripada manfaat. ini cuma pendapat. wallahua3lam.
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
-----------
apakah dengan tanpa niat untuk menghalau roh jahat etc. ia akan jadi halal? dalil umum untuk tidak tasyabbuh dengan kafiir adalah lebih jelas untuk menolak berlakunya adat menepung tawar; dan lebih besar untuk menolak adat persandingan. walaupun ada yang menolak dalil tasyabbuh demi meraikan 3uruf dengan meletakkan syarat yang ketat. tapi masih banyak lompang2. wallahua3lam.
Thanks for the opinion.
Ini artikel yg bulat2 di copy & paste.
Saya pun tak berapa tahu jadi terima kasih kerana memberitahu. :)
Jadi adakah maksudnya bersanding diharamkan secara total?
Terima kasih jugak sbb beritahu tentang dalil tepung tawar tu. Mmg selama ni tu aje yg saya pnah dengar & alasan yg selalu diberi kebanyakan orang -tak ada niat yg boleh bawa syirik- tapi mungkin diharamkan tanpa pengecualian kerana bahaya yg ada padanya & dalil ttg tasyabuh tu.
kalau kita kembali kepada kaedah usul, asal kepada muamalah adalah mubah sehingga ada dalil yang mengharamkannya.
namun dalam konteks persandingan. kita dapati bahawa persandingan itu sendiri diambil bulat-bulat dari kaedah hindu.
sekarang kalau dinilai dalil umum haramnya menyerupai orang kafir. automatik kita kata ianya dilarang.
rasanya akan ramai tak setuju dengan saya sebab kata macam ini, dan pasti akan kaitkan dengan 3uruf.
namun jika dinilai semula, 3uruf ataupun tidak 3uruf. jika tidak membawa manfaat, bahkan ada bawa keburukan. kita akan tolak. 3uruf bukan faktor kita membenarkan persandingan. letak lah syarat yang ketat sekalipun. at the end of the day, berbagai persoalan tetap akan timbul .
jika mampu dielak. maka lebih baik mengelak.
maaf kerana dilihat berlaku kontradik. namun agak skeptikal.
Jadi apa cara sebaiknya utk memperkenalkan pengantin kepada orang ramai? Adakah maksud membuat walimah adalah utk memberitahu ada org yg berkahwin tetapi tidak diketahui siapa yg berkahwin itu?
Tiba-tiba makin pening..
"rasanya akan ramai tak setuju dengan saya sebab kata macam ini, dan pasti akan kaitkan dengan
3uruf"
Saya pun rasa macam tu. Mmg akhir zaman ni bila kita betol2 nak ikut alquran & sunnah, kita akan dianggap pelik & termasuk golongan minoriti malah adakala diperangi.
Moga ALLAH beri kekuatan utk tetap teguh berpegang dgn alquran & assunnah. Amin.
Assalamualaikum wbt.
I got same view with Ariff.
To introduce the couples to people.
Senang je, dalam Adab z-Zifaf ada hadith, di mana menunjukkan pengantin perempuan turut bersama suami melayan tetamu.
Tapi dengan syarat pakaian, hiasan pengantin itu menepati syara'. Alah senang je, zaman sekarang ada ke penganti perempuan tak pakai perfum yang baunya jelas orang bau jelas-jelas haram? Jawapannya tidak. Minah tudung labuh pun gugur juga di hari perkahwinan, lalu sahaja bau semerbak harum macam kat kedai minyak wangi.
Maka sudah pastilah, ia tak sama dengan situasi di mana sahabiah dan suaminya melayan tetamu di zaman Nabi.
Jadi tak ada masalah nak layan tetamu dan perkenalkan pasangan, macam zaman sekarang, kan pegantin akan ke khemah makan, sambil senyum-senyum, bertanya khabar bersalaman.
Kadang kala pengantin akan berdiri di pintu masuk, sambut atau hantar tetamu pulang.
Jadi banyak caranya, api malangnya pakaian pengantin zaman sekarang telah menyebabkan pergerakan pengantin terutama perempuan terbatas kerana ia akan menyebabkan hal-hal haram yang lain.
Pendek kata, kalau lihat zaman Nabi ada contohnya, tapi realiti, pakaian pengantin zaman sekarang dah banyak langgar syara'. So, jika nak buat macam pasangan yang layan tetamu zaman Nabi, pakailah pakaian yang sesuai dengan syara'.
Wallahua'lam
sunnah dalam perkahwinan adalah menabuh duff atau rebana. ini diamalkan pada zaman Rasululullah SAW sendiri masih hidup.
فصل ما بين الحلال والحرام الدف والصوت في النكاح
"pemisah antara halal dan haram adalah duff dan suara dalam pernikahan"
{riwayat nasaa2ie dan ibnu majah. al-albani dalam irwa2 menyatakan bahawa hadith diatas adalah riwayat al-khamsah kecuali abu dawud. al-hakim menyatakan bahawa sanad hadith tersebut adalah shahih, dipersetujui oleh adz-dzahabi. tapi al-albani menilainya sebagai hasan dalam al-misykat, wallahua3lam.)
jelas, kalau nak mengiklankan perkahwinan, cukup dengan mengetuk rebana, dan menguatkan suara; yakni mengumumkan perkahwinan.
kalau orang kata, "itu adalah adat 3arabi, adat kita bersanding."
kita katakan, apabila Nabi sendiri MENYURUH, maka ia dah jadi sebahagian dari agama. tak ada kompromi.
-----------------
"Jadi apa cara sebaiknya utk memperkenalkan pengantin kepada orang ramai? Adakah maksud membuat walimah adalah utk memberitahu ada org yg berkahwin tetapi tidak diketahui siapa yg berkahwin itu?"
bila masuk bab memperkenalkan pengantin. ramai orang buat dalil nak 'halalkan' bersanding. mudah sahaja sebenarnya. Islam dah wujud lebih 1400 tahun. dan bukan seorang dua menikah sepanjang tempoh tu. Nabi SAW, salaf sendiri pun berkahwin, namun perkenalkan pengantin tak jadi isu. tak masuk dalam kitab fiqh.
cuma kalau diminta solusi. bagi saya, cukup dengan guna suara sahaja untuk perkenalkan pengantin. umum nama pengantin dan sebagainya.
kalau nak jugak tengok. wallahua3lam. bridegroom maybe tak ada masalah. sebab biasanya dia akan duduk di khalayak ramai. semua boleh nampak. pengantin perempuan (kalau yang tak berniqob), biasanya dia akan expose diri dia waktu hari pernikahan. cuma kena tutup aurat dan tidak ikhtilat. duduk di kalangan makcik-makcik dan para muslimat sahaja. (pakcik-pakcik, dan lelaki lain, tak perlulah tengok. nak tengok zaujah orang buat apa kan?)
jadi senangnya, dan lebih selesanya, pengantin perempuan duduk dalam bilik. yang nak tengok pengantin perempuan macam mana, boleh lah masuk dalam bilik (WANITA SAHAJA). tengok lah puas-puas. tak ada yang nak marah. yang berniqob pun selesa kalau nak expose muka. sebab yg masuk adalah makcik-makcik dan perempuan sahaja.
di terengganu buat macam ni, (and kelantanese too, if i'm not mistaken).
wallahua3lam.
Oooo... bagus2.. terima kasih atas info yg sgt2 penting ni. syukur dapat tau b4 kahwin. moga dapat peluang utk ikut sunnah n tak langgar syariat.
Yg penting kat sini pengantin perempuan kena jaga aurat & elakkan fitnah la ye. Cuma kalau nak kena berniqob depan tetamu tu, macam payah pulak sebab takut family tak berapa faham.
Kena mula amalkan walimah (yg terlalu penuh dgn adat) yg benar2 jaga batasan syariat supaya sunnah akan jadi adat kita & generasi2 yg datang selepas kita. Dan juga utk menghapuskan adat2 Melayu yg -secara tak disedari- bertentangan dgn Islam.
terima kasih di ats posting anda..
entri beserta komenr tlh bnyk mmbantu dlm memahami isu ini..
kt terlalu terikat dgn adat yg kdg2 melanggar/menyalahi batasan2 sebenar dlm Islam..
sama2. moga semakin ramai yg akan mengamalkan walimah yg benar2 mengikut sunnah. walimah sbg pembuka bahtera perkahwinan. Ia punya kesan yg besar pada seluruh perkahwinan itu.
moga disebar2kan.
Post a Comment