Satu silap faham yg pernah berlaku pada diri & rasanya ramai yg seperti saya. Kerana dari kecil (sejak sekolah rendah hingga menengah) memang diajar begitu. Malah topik ini juga sering menjadi topik perbualan dgn rakan2. Ustazah ketika di sekolah pernah menerangkan mengapa jihad melawan hawa nafsu itu dianggap jihad paling besar, sehinggakan saya benar2 terasa yakin bahawa mujahadatun nafsi itu benar2 jihad kubra.
Namun sejak diri 'diajar' agar mengambil agama itu dgn dalil, saya mula sedar kebanyakan apa yg saya fahami tentang agama selama ini adalah sebuah salah faham. Alangkah bagus seandainya dari kecil kita semua dididik utk memahami bahawa setiap 'dakwaan' tentang agama itu adalah berhajatkan kepada dalil & hujjah. Semoga tidak termasuk di dalam golongan yg taqlid semata-mata, iaitu menerima kata2 seseorang (tentang perkara agama) tanpa mengetahui hujjahnya (dari alquran & sunnah).
Tentang jihad melawan nafsu:
Diambil dari al-ahkam.net
Soalan:
Ana pernah dengar tentang hadis jihad melawan hawa nafsu adalah jihad paling besar dan utama, minta jasa baik Panelis hurai dan jelaskan statusnya.. Jkk..
Jawapan:
Dalam hadis Jabir, sekumpulan sahabat pulang dari satu peperangan, lalu Nabi SAW bersabada: Kamu pulang dari jihad kecil kepada jihad yg lebih besar, iaitu: Mujahadah seseorang hamba terhadap nafsunya. HR: Dailami, dan dinilai DHAIF oleh muhadditheen dan muhaqqiqeen. (Silsilah Dhaifah 5/478).
Kata Ibn Taimiyyah: Tiada asal baginya, tidak diriwayatkan oleh seorang pun dari kalangan mereka yang arif dalam percakapan dan perbuatan Rasulullah SAW. Jihad menentang orang kafir itulah yang paling besar, bahkan amalan sunat yang paling afdhal. (Majmuk Fatawa 11/197).
Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa jihad melawan hawa nafsu juga adalah suatu yang dituntut oleh syarak. Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW: "Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya" HR Tirmizi (no: 1621). Katanya: Hadis Hasan Sahih.
No comments:
Post a Comment