17 Ramadhan.
Cuti. Namun aura hari cuti tidak berapa terasa dikeranakan saya tetap perlu menghadiri kelas Ahadith Ahkam. Pada awalnya hati terlalu berat untuk melangkah kaki. Perjalanan yg sepatutnya cuma mengambil masa 10minit dari mahallah ke kelas telah menjangkau tempoh 20minit ++ disebabkan 'gaya' malas yg diamalkan ketika berjalan bersama salwa. ;)
Intisari pembelajaran hari ini membuatkan saya & sahabat2 lain benar2 insaf. Hari ini kami belajar kitabul janaaiz dari buku Subulussalam. Hadith yg pendek namun huraian & perbincangan menjadi panjang lebar, lebih kepada isu semasa & realiti kehidupan masa kini. Tentang betapa maut itu tidak memberikan amaran sebelum ia datang. Kami dihidangkan dengan beberapa video berkaitan kematian. Satu perkara yg meninggalkan kesan kepada kami ialah apabila skop perbincangan kami melebar ke kisah2 benar yg berlaku kepada warga IIUM.
Yg agak terkini ialah tentang kematian seorang pelajar perempuan di matrik UIAPJ. Sadis. patutkah saya menceritakan kisahnya di sini??? Entahla, terlalu banyak versi, tidak pasti yg mana satu sahih. Yg pasti cara kematian itu agak mengaibkan. Moga ALLAH mengampuninya. Amin.
Ketika pertama kali mendengar kisah itu daripada seorang sahabat, hati saya benar2 sering memikirkannya. Takut, seandainya hidup saya ini bakal berakhir ketika saya terlalu berdosa & dalam keadaan melakukan maksiat kepada-NYA. A'udzubillahi min dzaalik. Kisah ini sedikit sebanyak telah menjadi peringatan buat diri saya. Agar berhati2 dalam setiap perbuatan, jangan sampai menderhakai-NYA, kerana saya benar2 tidak tahu bila saya akan mati.
Sekadar ingin berpesan sesama kita, supaya seboleh2nya elakkanlah diri daripada terlibat dgn maksiat. Saya tahu dan sedia maklum, ramai rakan2 yg sudah punya calon teman hidup sendiri. Yg sering dijadikan teman utk keluar membeli belah, makan, bersiar-siar2 & segala macam aktiviti yg dilakukan bersama, meski dalam hati menyedari ALLAH tidak redha dgn perbuatan itu. Apalagi jika di ditu terselit perbuatan2 yg haram & mengundang dosa; berpegangan tangan, bersentuhan bahu, et cetera.... Harapan hati, moga kita sedar, jika kita mati ketika melakukan kemungkaran, apakah nasib yg bakal kita terima di akhirat sana nanti? Apakah kita punya tempat pelarian? Ainal mafar??
Elakkanlah keluar bersama pasangan yg masih belum halal buat kita kerana itu antara jalan yg membawa kepada zina & maksiat kepada ALLAH. Benar, dan saya sgt faham, keinginan fitrah itu terlalu membuak2, maka kerana itu ALLAH memberi jalan keluarnya. Perkahwinan. Jika terasa jalan perkahwinan itu sukar, maka wajib ke atas kita utk tetap memelihara agama yg ada pada diri, dan yg utama berdoa & berdoa & berdoa dgn HATI YG PENUH DGN KEYAKINAN bahawa ALLAH itu Maha Kuasa & Maha Mendengar rintihan hamba2 NYA. (Menyebut soal perkahwinan, teringat soal halangan2 perkahwinan yg biasa terjadi. Nantikan entri yg akan dtg. insya ALLAH.)
Siri peringatan buat diri ini yg sering & cepat lalai.
2 comments:
sajidah! ive heard abt the story too! katanya meninggal masa berkhal***? emm..Wallahu'alam. moga Allah merahmati allahyarhamah.
you must let me know yr version. mg kt mengambil iktibar dr kisah ni
*my 18 yr old bro, group mate/classmate Allahyarhamah. i knw the story from him
ooo ye ke. ada byk versi la.
yg kita tau dia lari dari muhibbah unit, lebih kurg la. pastu dia terperangkap dlm toilet. dia tak nak keluar dari pintu besar toilet, sebab ada peronda tu n pak guard. so dia keluar ikut tingkap tandas. lepas dia terjun dari tingkap tula dia meningal.
secara terperinci kita tak sure..
Post a Comment