Moga hati ini terus yakin bahawa ketetapan ALLAH itu sentiasa yg terbaik. Mohon hati ini diberi ketabahan yg tiada henti oleh-NYA.
Bersabarlah. Ujian ini terlalu & terlampau kecil jika dibandingkan dengan ujian2 umat terdahulu.
Terkenang kata2 seorang sahabat... Yakinlah dgn ALLAH. Kukuhkan dalam hatimu bahawa ALLAH pasti memakbulkan doamu. Meski seluruh dunia mengatakannya mustahil, tetapi ALLAH menetapkannya berlaku, HANYA KETETAPAN ALLAH YG PASTI BERLAKU. Fa laa yahzunka qauluhum!
Lupakah kamu pada kata2 ALLAH dalam satu hadith qudsi:
أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني ، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي ، وإن ذكرني في ملإ ذكرته في ملإ خير منهم ، وإن تقرب إلي بشبر تقربت إليه ذراعا ، وإن تقرب إلي ذراعا تقربت إليه باعا ، وإن أتاني يمشي أتيته هرولة
(Muttafaqun 'Alaih)
Maksudnya: "Sesungguhnya Aku ini adalah pada sangkaan hambaKu padaKu, Aku bersamanya jika dia mengingatiKu, jika dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya Aku akan mengingatinya dalam diriKu... (ila aakhir)"
Maka apakah sangkaanmu kepadaNYA...??? Fa maa zannukum birobbil 'aalamin...???
Pertolongan ALLAH itu akan tiba ketika terputusnya harapanmu kepada manusia
3 comments:
jika tidak mampu berlari, maka berjalanlah kepada Allah. nescaya Allah akan datang lebih dekat dan dekat.
kalau rasa diri berat menahan taqdir, maka lepaskanlah keduniaan yang lain. sekurang-kurangnya, berat yang ditanggung, tidak terlalu menekan.
wallahua3lam.
ما أصاب من مصيبة في الأرض ولا في أنفسكم إلا في كتاب من قبل أن نبرأها
again???sbr2..nnt wat re-u k=)
to bro ariff- terima kasih atas nasihat.
setiap kata sarat dgn nasihat bguna.
to wanie- again & again. it's a life of test. :)
Post a Comment