Saturday, December 20, 2008

:: Muqaddimahnya ::

Entah bagaimana hendak saya gambarkan perasaan di hati kala ini.. Beberapa orang rakan sebaya saya telah bergelar janda. Kasihan. Besar sungguh ujian itu. Namun hati tetap perlu yakin bahawa setiap yg ditakdirkan itu adalah yg terbaik. Apalah daya kita sebagai manusia untuk menolaknya. Bukankah setiap detik hidup manusia itu dipagari takdir?

Mendengarkan berita-berita tidak enak seperti itu adakala menyebabkan hati saya menjadi sangat takut untuk menghadapi perkahwinan. Risau andai menemui kegagalan disebabkan salah faham yg tidak henti-henti dan campur tangan terlalu banyak pihak.

Saya tidak berada 'di dalam kasut' mereka, jadi tidaklah saya ketahui apa yg sebenarnya berlaku. Yang pastinya, hati mereka cukup tabah dan dikeranakan itu, ALLAH menguji mereka sedemikian. Hanya DIA yg Maha Tahu apakah sebenarnya yg tersirat. Mata manusia hanya mampu melihat lantas bibir mula menafsirkan dengan pelbagai andaian, tetapi hati yg menanggung, entah siapa peduli. Ya ALLAH, moga mereka sabar dan redha dengan takdir perjalanan hidup yg telah tercatat meski terasa berat. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong dan tempat kembali.


Cuma kata ibu saya, tahun-tahun awal perkahwinan itu ibarat tahun 'pengujian' buat pasangan suami isteri. Itulah waktu untuk benar2 saling mengenali, segala yg baik dan buruk tentang diri masing-masing pasti akan terbongkar. Maka di sinilah pentingnya kata-kata 'AKU MENERIMA KAMU SEADANYA'. Kesabaran yg tinggi amat amat diperlukan untuk membantu mengemudi bahtera perkahwinan.



2 insan yg berpuluh tahun tidak pernah hidup bersama, tiba-tiba disatukan kerana satu aqad yg sama-sama telah dipersetujui, bisa sahaja ia membawa ketidaksefahaman atau sebaliknya. Yang penting masing-masing perlu lebih mementingkan peranan diri sendiri berbanding sibuk menanyakan hak yg selayaknya bagi mereka. Sungguh, jika kesabaran dan toleransi tiada dalam atmosfera rumahtangga itu, pasti akan berlaku kepincangan jika tidak segera diatasi.



Seandainya bahtera perkahwinanmu masih belum berlabuh, persiapkanlah diri dengan ilmu agama yg sebanyak-banyaknya. Kerana hanya dengan agama, manusia akan terpandu ke jalan yg selamat. Dan hanya dengan agama manusia mampu termasuk di dalam golongan yg benar-benar berjaya. Seandainya manusia sendiri membenci agamanya, tiadalah apa lagi yg tersisa.

Buat yg baru berkahwin dan akan berkahwin, kudoakan moga muqaddimah rumahtanggamu penuh dengan mawaddah dan rahmah. Dan moga sebagaimana muqaddimah, begitulah pertengahan dan khatimahnya. Apa lagi jika bukan di jannah. Insha ALLAH!


p.s.: Entri ini sekadar beberapa baris pendapat dari dimensi seorang saya yg masih belum berkahwin. Tidaklah saya ketahui bagaimana entri ini akan tersiar seandainya ia datang dari tangan seorang yg sudah mengalami hidup berumahtangga. Seandainya ada kekurangan moga difahami. :)

3 comments:

wanie sk said...

SY utk kwn anda itu bila anda bgtau sy smlm..huhu..menambahkan lg con's dlm list sy..huhu

neway...sarawak!!!

Anonymous said...

what do u mean by con's? disadvantage???

Anonymous said...

sarawak masih di dalam malaysia la wanie.. eheh