Kasihan.
Ramai yang mengumpul duit sebelum perkahwinan semata-mata untuk membiayai kos 1 atau 2 hari perkahwinan. Bagi saya sepatutnya duit yg terkumpul perlu lebih difokuskan & dikhususkan untuk hari-hari selepas majlis perkahwinan. Hari-hari itu yang lebih memerlukan wang. Bukan sekadar 100 atau 200 hari sahaja malah lebih banyak jumlah hari yg akan ditempuhi. Bahkan semakin ramai insan yg akan 'menyertai' famili. Bagi yang diberi kecukupan dalam rezeki, Alhamdulillah. Bagi yang sebaliknya, juga Alhamdulillah. Kecukupan & kekurangan, kedua-duanya tetap ujian dari ALLAH. The thing that really matters here is what do you do in dealing with this life of test.
Teringat sewaktu saya belajar madah Aayat Ahkam. Tentang hukum-hakam yg terdapat dalam surah AnNur. Satu bab yg ingin saya bawakan serba sedikit dalam entri kali ini; AtTargheebu Fiz Zawaaj - Galakan utk menikah. Firman ALLAH dalam surah annur, ayat 32 yg bermaksud:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Sebahagian ulama' berpendapat bahawa ayat ini ditujukan kepada wali kerana merekalah yg bertanggungjawab mengahwinkan anak-anak mereka. Namun perkataan kahwinkanlah di sini bukan sekadar membawa maksud menjalankan proses akad nikah, akan tetapi termasuk juga memudahkan perkahwinan. Memudahkan perkahwinan bererti tidak menjadikan perkahwinan itu sebagai sesuatu yg menyusahkan. Antaranya, tidak menetapkan mahar yg terlalu tinggi, prosedur yg menyusahkan, juga tidak menetapkan umur tertentu barulah dibenarkan anak itu berkahwin.
Perkara-perkara seperti ini adakalanya menjadi penyebab kepada berleluasanya masalah zina & maksiat yg semakin tidak terkawal. Teringat saya akan artikel yg mengatakan implikasi apabila yg haram (zina) itu lebih mudah daripada yg halal (nikah).
Sewaktu belajar topik ini di dalam kelas, saya benar-benar terasa sedih. Teringatkan pengalaman teman-teman yg terlalu susah untuk bernikah sedangkan hati sudah merasakan diri itu perlukan pernikahan. Ada yang bercucuran airmata ketika meluahkan rasa sedihnya; si ibu mahukan jumlah mahar yg tinggi, sehingga tidak mampu untuk dibiayai oleh lelaki yg ingin menikahinya itu. Ada juga yang hampir setiap hari mengalirkan airmata, mengenangkan bantahan ibubapa terhadap keinginan hatinya untuk menjadi sayap kiri seorang jundullah.. Alasan yg biasa, tunggu selepas tamat ijazah.
Entah bagaimana caranya utk menyelesaikan masalah ini.. Namun pada saya, setiap jalan menuju perkahwinan itu tidaklah semudah yg dilihat. Setiap jalan punya mehnah yg berbeza-beza & cara penyelesaian yg tidak sama meski nampak serupa.
-------
Pernah saya mengajukan soalan kepada kak Islah, 'kenapa ye orang lain nampak senaaaang sangat dapat kawin..' (sekarang saya rasa berdosa bertanyakan soalan itu. Seolah-olah tidak redha dgn ketetapanNYA. Malah mencemburui takdir insan lain. Maafkan diri ini..) kata kak Islah, 'ALLAH kan akan menguji hamba-hambanya, untuk lihat samada kita ini ikhlas dalam menerima takdirnya atau tidak. Jika kita sabar, itulah yg terbaik bagi kita. ' Rasa sebak mendengarkan jawapan kak Islah.
Rasulullah SAW bersabda;
"Ajaban li amril mu’min,inna amrahu kullahu lahu khairun
(Aku takjub akan keadaan orang beriman, sungguh segala persoalan adalah baik baginya)
Walaisa dzalika li ahadin illa lil mu’min
(Semua itu tidak terdapat kecuali pada diri seorang mukmin)
In ashabat-ku sarraa-u syakara fakaana khairan lahu
(Jika ia mendapatkan kelapangan ia bersyukur, maka itulah kebaikan baginya)
Wa in ashabat-hu dharra-u shabara fakaana khairan lahu
(Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itulah kebaikan baginya)"
(HR Muslim).
Sabar oh sabar, adakala aku menemuimu, tetapi mengapa terlalu cepat engkau berlalu... khabarkanku bagaimanakah caranya untuk mengekalkanmu dalam diriku...
2 comments:
Salam..
Saya kawan Raihah.. terpanggil utk nak komen tentang entri ni.. saya stuju dengan apa yg awak cakap tu.. tapi ape pun, restu ibu bapa penting.. saya pernah mengalaminya dulu, dan kini Allah membuka hati mereka dan Allah mempermudahkan segala urusan perkahwinan kami..Alhamdulillah.. ibu bapa tak bagi kebenaran bukan bermakna mereka tak sayang pada kita, tetapi mungkin mereka kurang yakin.. ape pun, bersabar lah setiap dugaan Allah.. sepanjang saya melalui tempoh2 dugaan itu, saya hanya berpegang pd satu ayat :
"jika Allah memakbulkan doa kita, DIA sayang pada kita. Jika Allah lambat memakbulkannya, DIA mahu menguji kita.. Jika Allah tidak memakbulkan doa kita, Allah merancangkan sesuatu yang lebih baik utk kita.. Bersangka baik lah kepada Allah kerana sayangNYA pada kita mengatasi kemurkaanNYA.."
Jika kita menghayati makna tersirat ayat ni, kita akan redha setiap dugaan dari Allah..
Salam perkenalan..
salam perkenalan.;]
btul2, restu ibu bapa sgt penting.. saya pernah nak 'ter'kahwin dulu tapi saya fikir, walaupun parents saya merestui, tapi hati mereka nampak keberatan... jadi saya sendiri yg buat keputusan utk tangguhkan pkahwinan walaupun agak frust.
mula2 rasa sedih jugak dgn keputusan yg dibuat tu tapi tak apalah, demi ibu bapa. Moga ALLAH redha dan berkati.
Post a Comment