Ya ALLAH... Mengapa tiba-tiba hatiku terpaut pada dunia.. Hingga adakalanya aku terlalu payah untuk berpaling daripadanya. Tidak ya ALLAH, aku tidak lupa pada larangan-laranganMU, tetapi... aku mungkin lupa bahawa seksaMU nanti terlalu dahsyat dan keras, sehingga aku masih leka berterusan di pengembaraan hawa nafsu ini.
Ya ALLAH... Sayangkah Kau padaku? Kerana aku sendiri sudah membenci diriku sendiri.. Aku benci diriku yang selalu lupa akan kehadiranMu. Aku benci diriku yang sering memejamkan mata dari peringatan-peringatanMu.. Aku benci diriku yang sengaja lupa bahawa setiap hari aku memerlukanMU.. Aku benci diriku yang terasa insaf ketika kelam malam, tetapi kembali alpa apabila siang bertandang..
Ya ALLAH... Seandainya mata insan mampu melihat dosa, pasti jijiklah mereka melihat diriku ini.. Kerana seluruh tubuhku sudah terpalit dosa.. Hatiku penuh dengan penyakit yang sengaja aku cari. Tanganku kotor diselaputi maksiat yang terlalu menggunung terhadapMU.. Namun ya ALLAH, dengan tanganku ini jugalah aku memohon kepadaMU..
Aku mohon...
Padamkan cinta dunia yang telah lama bermukim di hatiku
Sirami ladang hatiku dengan pengampunanMU, agar ia kembali segar dengan bunga-bunga ingatan terhadapMU
Hujani diriku dengan cintaMU, agar aku bisa pulang kepadaMU dengan disambut oleh sebuah keredhaan.
Anugerahkanku sebuah kesedaran, supaya aku tetap yakin bahawa nikmat akhirat itu -meski belum tiba- adalah selamanya jauh lebih indah dan memukau berbanding nikmat dunia yg hadir sekejap cuma
Dan aku mohon ya ALLAH... Sebutlah namaku... Sebutlah namaku kepada penghuni di langit sana, tanda cintanya Engkau kepadaku. Jika itu yang aku dapat, aku kira itulah nikmat terindah dalam hidupku...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika Allah
mencintai seorang hamba maka Ia berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)
P.S. Kata Dr. Juanda, sentiasalah detikkan di dalam hati: “Aku tahu bila Allah

5 comments:
Assalamualaikum,
Aku sangat yakin Allah mencintaiku, dan hambanya yang lain.
Cara Allah mencintai hambanya adalah rahasia yang hanya Allah ketahui.
Dibalik semua cobaan, kesedihan, atau kebahagian...aku yakin Allah mengetahuinya dan itu adalah rahmat-Nya.
Wassalam
insaf...
huk3...
:)
salam....
comelnya blog ko... all are pink.... cam tema time wedding bro aku... =)
huahuhua... all right , all the best... mesti best blaja course agama yek.. aku minat gak nak wat degree agama but my destiny lies in corporate world.
all the best.... go2 budak agama!
regards,
shaz
leeds,UK
to Eso:
waalaikumussalam..
kiriman ayat-ayat tentang cinta Ilahi yg sgt indah. terima kasih.
diberi ujian juga tanda cinta ALLAH kepada hamba-NYA.. kerana waktu itu hati manusia semakin & terlalu ingin mendampingi-NYA.
saat itu juga manusia mengakui kelemahannya dan yakin hidupnya tak punya apa jika tiada ALLAH di hatinya..
to venusia:
moga keinsafan itu sentiasa bersama kita. amin. :)
to shazli:
terima kasih. ;)
Kata imam ahmad:
"Keperluan manusia kepada agama adalah jauh lebih tinggi daripada keperluannya kepada makan & minum"
kerana ilmu agama itu makanan ruhani dan lebih penting daripada makanan jasadi.
makanan ruhani membawa manusia hampir kepada Ilahi dan makanan jasadi adakala menjadikan manusia lupa diri.
Alhamdulillah diberi peluang utk belajar subjek agama. Jurusan lain yg 'nampak macam keduniaan' sebenarnya jika dituntut demi ALLAH & demi membantu agamaNYA, ia dipandang mulia oleh ALLAH.
InshaALLAH, peluang utk mencari ilmu agama itu pasti sentiasa ada. Asalkan niat itu ikhlas, yakinlah ALLAH akan memberi jalan.
Moga kepulangan kamu nanti menjadi kepulangan yg membawa 'hadiah' kepada umat Islam, sebuah kepulangan yg dinanti oleh semua insan, agar bisa membantu mereka semakin dekat dgn ALLAH dan mengangkat kembali martabat mukminin di alam ini. Amin!
The ummah is looking for us.
Post a Comment