Wednesday, December 10, 2008

:: Walimah (2) ::

Setakat ini saya belum menemui artikel yg memfokuskan tatacara pakaian pengantin mengikut alquran & assunnah. Tetapi saya yakin ramai sudah sedia maklum bahawa pemakaian pengantin sama sahaja syaratnya dengan pemakaian ketika waktu-waktu lain, terutamanya di hadapan ajnabi, iaitu:

Menutup aurat dengan sempurna, termasuk:

-Tidak berpakaian jarang/nipis, kerana kebanyakan baju pengantin perempuan sekarang sesetengah bahagiannya sengaja dijarangkan

-Tidak berpakaian yg ketat sehingga menampakkan bentuk badan

-Tidak bertabarruj

*Maksud tabarruj menurut ulama':

Mujahid- keluarnya wanita dan berjalannya di hadapan banyak laki-laki
Qotadah- jalannya wanita yang genit serta membuat-buat jalannya supaya tampak baik
Al Farraa'- bahwa pakaian yang tipis dan membentuk tubuh (mensifati lekuk-lekuk tubuh) inilah yang disebut tabarruj
Taqiyuddin- tabarruj adalah setiap perhiasan yang tidak biasa yang membuat laki-laki selalu memandangnya, dan perhiasan itu menampakkan keindahan-keindahan wanita

Sumber: Taqiyuddin An Nabhani, Nidhom Al Ijtima', hal. 104

Kesimpulan maksud tabarruj daripada pandangan2 ulama':
Tabarruj iaitu penampakan perhiasan wanita yang diharamkan oleh Allah, dengan demikian penampakan keindahan-keindahan dari perhiasan tersebut jelas akan menjadi haram pula.

Sebenarnya perbahasan tentang perkara ini lebih luas & panjang. Terutamanya tentang pembahagian jenis-jenis perhiasan wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut, rajin-rajinkan diri utk membaca tentangnya di web-web atau buku-buku yg berkaitan. :)

Cuma yg masih menjadi persoalan saya, bolehkah para tetamu melihat pengantin wanita? Atau sekadar kaum kerabat sahaja yg dibenarkan??? Saya baru menemui artikel tentang hukum menyandingkan kedua-dua pengantin di hadapan kaum perempuan. Bagaimana dengan yg sebaliknya? Berdasarkan artikel tersebut, hukumnya haram utk pengantin lelaki disandingkan di hadapan kaum perempuan (kerana mafsadah yg ada padanya), jadi mungkin lebih bahaya jika pengantin perempuan disandingkan di hadapan kaum lelaki. Mungkin. Belum mendapat kepastian. Masih tercari-cari jawapannya. Yang tahu harap membantu.

5 comments:

Anonymous said...

de x hadis pasal pakaian perempuan yg pjg smpi menyapu lantai?
satahu saye, haram kan...

Anonymous said...

ada hadith sahih tapi saya tak ingat perawinya.

tentang haram pakaian yg melebihi mata kaki (buku lali rasanya).

Tapi bukan utk wanita je tetapi termasuk lelaki.

Dan ulama' berbeza pendapat dlm hal ni. Ada yg mengatakan haram tanpa pengecualian dan ada ulama yg mengatakan tidak haram jika bukan dgn niat riya' & takabbur.

Wallahua'lam.

Ariff Arifin said...

tentang haram pakaian yg melebihi mata kaki (buku lali rasanya).

Tapi bukan utk wanita je tetapi termasuk lelaki.

------------------

salah faham ni kot.. larangan isbal termaktub kepada rijal sahaja. sebab ada hadith lain yang nabi membenarkan wanita melabuhkan pakaian sehingga sehasta dari buku lali, ataupun sejengkal minimum.

rujuk hadith ummu salamah. kalau tak labuhkan, terdedahlah kaki. betul tak?

dan rasanya, apa yang dimaksudkan oleh anonymous adalah memakai pakain labuh seumpama orang barat yang meleret-leret dan panjang sampai kena ada orang angkat dan bawak dibelakang.

ya, ianya haram.

dalilnya tasyabbuh bil kuffar. apatah lagi ianya selalu berlangsung dalam gereja etc.

wallahua3lam.

Anonymous said...

btol2.. lupa ianya adalah utk lelaki shj. sbb kaki perempuan adalah termasuk aurat. terima kasih betulkan kesilapan. :)

Anonymous said...

nak tanya. tasyabuh itu bermaksud apabila kita meyerupai sesuatu kaum atau agama? misalnya memakai baju yg berunsurkan masyarakat cina e.g. cheongsam, termasuk tasyabuh kah?