Terdapat 3 syarat utama untuk menjadikan sesuatu madah atau subjek itu mudah untuk dipelihara juga dihafaz, iaitu;
Pertama, subjek yang penting (maadah muhimmah).
Kedua, guru yang hebat (ustadzun jayyidun).
Ketiga, pelajar yang pintar (tullaab azkiyaa').
Mengapa perlu subjek yang penting? Fitrah manusia, sesuatu yang penting akan diberi lebih perhatian dan fokus. Sebagai contoh, seandainya kita diberi senarai soalan spot untuk peperiksaan, pastilah soalan-soalan itu yang akan diberi lebih perhatian. Begitu juga dengan sunnah. Para sahabat menyedari dan memahami bahawa sunnah Rasulullah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam hidup manusia kerana ia adalah sumber agama. [Sayangnya manusia sekarang tidak menganggap sedemikian, malah meletakkan sunnah Baginda SAW di tempat yang ketiga selepas pendapat syeikh-syeikh mereka, atau boleh jadi di tempat keempat].
Berdasarkan 3 syarat di atas, dapat diaplikasikan bahawa:
Maadah muhimmah itu: Sunnah Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda)
Ustadzun jayyidun itu: Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda)
Tullaab azkiyaa' itu: Para sahabat R.A
Oleh kerana itulah sehingga hari ini sunnah itu tetap terjaga/mahfuz. Satu perkara yang penting untuk kita ketahui, jika ditanyakan, ALLAH ada memberi jaminan bahawa Alquran itu akan terpelihara untuk selama-lamanya;
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Alhijr: 9)
Maka, bagaimana pula dengan sunnah? Apakah jaminan dari ALLAH bahawa sunnah juga akan terpelihara? Adakah ayat alQuran yang menerangkan perkara ini?
Sememangnya tiada ayat alQuran yang menerangkannya [secara direct]. Namun, menurut ilmu mantiq, terdapat satu kaedah yang dapat membantu menerangkan masalah ini.
X: Alquran itu dijamin akan terpelihara abadan (selamanya)
Y: Sunnah itu bayaanun (yang menerangkan) untuk alQuran *
Z: Terpeliharanya mubayyan (yang diterangkan=alQuran) me'mesti'kan [dalam bahasa arab: yaqtadhi, tak pasti perkataan bahasa Melayu yang sesuai] terpeliharanya bayaanun (yang menerangkan)
Maka: Sunnah dijamin akan terpelihara abadan (selamanya) sepertimana alQuran.
* Firman ALLAH:
لَقَدْ مَنَّ ٱللَّهُ عَلَى ٱلْمُؤمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولاً مِّنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُواْ عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلْكِتَابَ وَٱلْحِكْمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُّبِينٍ
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Aali 'Imraan: 164)
Oleh itu, seandainya andai diterjah dengan soalan tentang apakah hujjah terpeliharanya sunnah, kaedah di atas mungkin boleh membantu anda untuk menjawab. Insha ALLAH.
Tetapi, akan timbul pula persoalan, benarkah sunnah itu terpelihara sedangkan terdapat banyak hadith-hadith maudhu' (palsu/direka) pada zaman ini?
Untuk menjawab, kita katakan bahawa wujudnya hadith maudhu' bukanlah tanda bahawa Sunnah itu tidak terpelihara. Sedangkan alQuran juga pernah dicuba-cuba untuk direka, sebagaimana yang dilakukan oleh Musailamah AlKazzaab. Pada setiap zaman, akan ada 'ulama yang mampu membezakan antara hadith sahih, hasan, dhaif dan juga maudhu'. Dan kemampuan untuk membezakan ini telah menyebabkan hadith sahih dan hasan tidak bercampur dengan hadith maudhu'. Inilah yang menandakan bahawa sunnah itu tetap terpelihara.
Wallahua'lam.
Maha Suci ALLAH yang memelihara alQuran & asSunnah sehingga hari ini dan untuk selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment