Pertama: Tenang & tidak tergopoh-gapah dalam meyampaikan hadith.
عن عائشة قالت: أن النبي صلى الله عليه وسلم، كان يحدث حديثا لو عده العادّ، لأحصاه.
(حديث متفق عليه)
Daripada 'Aisyah RA, katanya: "Sesungguhnya Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) menyebut/ menyampaikan hadith [dengan cara] jika dikira oleh seorang pengira, maka pastilah ia mampu mengira [setiap apa yang dikira itu]
Hadith ini menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) menyampaikan kata-katanya dengan keadaan tenang, perlahan-perlahan, satu demi satu, sehingga para sahabat mampu 'menangkap' setiap perkataannya.
Kedua: Mengulang-ulang hadith sehingga 3kali.
عن أنس رضي الله عنه قال، كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعيد الكلمة ثلاثاً لتعقل عنه
(رواه الترمذي)
قال هذا حديث صحيح حسن غريب
Daripada Anas, katanya: Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) mengulang kata-katanya sebanyak tiga kali agar mereka lebih memahaminya.
Ketiga: Menggunakan cara yang berbeza-beza dalam menyampaikan hadith.
Antaranya,
a) Memulakan dengan persoalan. Contoh:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ؟ قالوا المفلس فينا، إلخ
(صحيح مسلم)
Daripada Abu Hurayrah RA, Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) bersabda, "Tahukah kamu apa maksud muflis?" Ila aakhir.
Dengan memulakan persoalan, perkara yang ingin disampaikan itu akan lebih menarik perhatian para pendengar.
b) Menyampaikan mubasharatan (serta-merta tanpa bertanya soalan dll.) Contoh:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَلَسَ ذَاتَ يَوْمٍ عَلَى الْمِنْبَرِ وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ فَقَالَ إِنِّي مِمَّا أَخَافُ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِي مَا يُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا وَزِينَتِهَا
(صحيح البخاري)
Daripada Abu Sa'id Alkhudri, katanya: Sesungguhnya Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) duduk di atas mimbar pada suatu hari dan kami duduk di sekelilingnya, lalu Baginda bersabda: "Sesungguhnya antara apa yang aku takut [berlaku] ke atas kamu sesudah [ketiadaan] aku ialah apa yang akan terbentang di hadapanmu daripada perhiasan dunia [kelak kamu akan terpedaya]
c) Menyampaikan/mengajar secara tatbiqiy (praktikal). Contohnya cara solat. Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) memerintahkan para sahabat [termasuk sekalian umatnya] supaya menunaikan solat sebagaimana solat Baginda.
Begitulah antara cara Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) mendidik para sahabat RA. Terdapat pelbagai lagi cara Baginda namun setakat ini yang saya belajar untuk kelas hari ini. Seandainya kita ingin berjaya dalam menyampaikan dakwah ataupun mendidik anak-anak kelak, maka Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) adalah sebaik-baik ikutan. ;)
"Ya man tadaa'i bi hubbirrasul, aina anta min sunnatihi?"
No comments:
Post a Comment