Artikel ini di copy dari keretamayat.blogspot.com
Sesungguhnya, Allah telah menjadikan agama islam itu adalah mudah untuk diamalkan, tapi malangnya, ada yang salah faham akan maksud ‘mudah’ itu lalu dengan mudah pula memudahkan apa yang sepatutnya tidak semudah itu yang mana akhirnya perkara yang menjadi mudah bertukar menjadi payah…
Mati masuk neraka, kan payah tu?
Maksud ugama yang mudah disini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak payah puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika tak nak ikut Sunnah maka boleh ikut Bidaah.., bukan! bukan dan bukan!!!
Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., semua boleh amal ugama!Malahan ‘Islamic ways is easy than riding a bicycle!’
Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?..kenapa tidak? Nak naik basikal kena ada kaki, kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., sedangkan untuk amal ugama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama..,

Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..Begitu juga bab-bab lain dalam hidup,, Nabi tak beli kereta bayar muka RM 10 ribu dan bayar bulan-bulan RM 800 serta simpan RM1500 setahun untuk Road Tax dan Insurance.., tapi Nabi jalan kaki sahaja.., kan mudah tu?Nabi juga waktu nak makan, Nabi makan guna tangan tak guna sudu, Nabi makan duduk dilantai tak guna kerusi meja, kan mudah tu? Orang miskin pun boleh ikut sunnah.., Nabi kahwin dengan maskahwin yang murah, Nabi pakai baju yang murah, Nabi makan makanan murah dan lain lain, itukan mudah?
Tapi, yang perlu kita ingat adalah, janganlah pula memudahkan IBADAT ikut nafsu kita.., bab ibadat tetap kena MUJAHADAH macam Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA buat…, kena pergi solat jemaah, kena dakwah dari hati ke hati dan lain-lain, baru boleh capai tahap seperti mereka, dan selain dari cara Nabi dan sahabat yang di mudahkan dalam beribadat adalah bidaah!! Dan bidaah itu sesat! Boleh bawa masuk neraka…Faham?
Satu lagi, jika tadi kita cerita bab perintah Allah, dalam bab larangan Allah pula, juga mudah sebab dalam Allah haramkan sesuatu, Allah bagi pula pilihan, Allah larang minum arak tapi Allah tak larang minum air (teh tarik misalnya), Allah larang zina tapi Allah tak larang kahwin empat, Allah larang makan babi tapi Allah tak larang makan nasi lemak, kan mudah tu?
Cuma kadang kadang manusia ni suka buat sesuatu ikut logik akal, bila Allah larang babi, ada pula yang bantah, kata mereka: kenapa babi haram?, kenapa orang china makan babi tak kena penyakit kronikpun, siap pandai-pandai pulak tu. Apa-apalah!
Walau bagaimanapun, sudah 1000 tahun lebih ummat islam taat perintah Allah tanpa pedulipun alasan sains kerana apabila Allah Yang Maha Bijaksana sudah mencipta daya Elektrostatik, dah wujudkan klorofil pada daun, telah mencipta fotosentesis dan Ekosistem, telah mencipta Duodenum dan Pankreas, telah mengawal tekanan atmospehere pada nilai 14.7 psi, telah mengawal perjalanan planet, dan setelah semua itu, tiba-tiba apabila Allah cipta babi yang suka makan najis dan tak bagi aku makan, maka aku tak akan makan sebab Allah dah larang aku dari memakannya, dan aku tak peduli apapun alasan sainsnya!
Sebab, perkara ugama biasanya mendahului sains, lagipun aku nak belajar sifat sahabat, iaitu dengar dan taat..,Kerana “dengar dan taat’lah mereka akhirnya dapat jaminan masuk shurga..Manakala sifat yahudi pula ‘bantah dan tak taat’.., akhirnya di jamin pula masuk neraka..
oh!Jadi secara kesimpulannya, masalah besar manusia adalah bila buruk sangka dengan takdir Allah dan perintah Allah. Kitapun tak faham apa rahsia di sebalik semua perintah Allah dan larangan Allah...Contoh bab bersuci, air mani bukan najis, tapi jika keluar kena mandi seluruh tubuh...Kentut pula adalah najis yang tak dapat dilihat, jika keluar tak perlu mandi seluruh tubuh, dan tak perlu basuhpun tempat keluar, tapi kena ambik wudhu sahaja..
Kalau ikut otak memang tak logik, tapi itulah hukumnya..Sebab tu aku jarang berhujah guna alasan Sains untuk benarkan Perintah Allah atau larangan Allah, sebab jika satu teori sains di gunakan pada suatu zaman yang mana teori itu selari dengan larangan Allah, maka berhujjahlah semua orang islam tentang betapa betulnya islam bersandarkan teori sains itu, tapi andai kata seratus tahun kemudian ada pula teori sains yang membatalkan teori sebelum ini, maka orang tak akan salahkan teori sebelum ini, tapi orang akan salahkan islam pula.., bukan aku kata korang salah bila berhujjah guna alasan sains, tapi mungkin sebab aku bukan aliran sains maka jaranglah aku guna atau tak beberapa suka untuk guna alasan sains dalam ‘berdakwah’…
Kesimpulannya:-Orang yang suka hisap rokok, suka minum arak dan suka makan babi, cakap apapun mereka akan tetap dengan pendirian mereka…, iaitu hisap rokok best, minum arak best, dan makan babi best.., apa lagi nak dikata?
Cuma dari segi perubatan, cuba ambil contoh mayat yang makan babi dan mayat yang tak makan babi. Selepas beberapa waktu cuba buat kajian, mayat siapa yang lebih cepat reput dan busuk?..Boleh juga buat kajian kepada kesan kandungan peluh orang yang makan babi.. apa terkandung di dalamnya dan apa kesannya pada dunia?
Atau buat ujikaji keatas pemakan babi tegar dan petidakmakan babi, suntik mereka dengan virus JE, kemudian suntik mereka dengan IMUN JE, lihat hasilnya.., buat ujikaji pada suhu bilik, bandingkan ujikaji pada bawah tahap beku, dan kalau boleh hantar Angkasawan ke Soyuz dan buat ujikaji pada tahap gravity sifar selama 72 jam, lalu tengok hasilnya..
Aku tak tahu apa jawapannya dan apa alasan sainsnya, sebab ada antara korang yang expert bahagian ni, ’acu cuba try test’ sahaja.., dan aku hanya cadangkan, he he..Walau bagaimanapun, apapun hasilnya ujian kelak, sama ada positif atau negatif. Sama ada babi best atau tak best...
Aku tetap tak makan babi, ok?!: )
Ps: Mati itu mudah, masuk shurga itu mudah dan masuk neraka juga mudah, dan mudahnya semua itu tertakluk kepada apa yang kita mudahkan dan apa yang kita mujahadah, kan mudah tu?...
1 comment:
Mantapppp...
Post a Comment