Monday, March 2, 2009

:: Adab ::

Adab menulis dan membaca nama-nama tertentu....

(copied from al-fikrah.net)

Para Imam Salaf rahimakumullah, ada membincangkan tentang adab-adab ketika menulis/menyebut nama-nama tertentu, adab ini adalah satu perkara yang perlu dititik beratkan, dan tidak sewajarnya di abaikan begitu sahaja. Tulisan ini adalah sebagai peringatan dan panduan buat diri saya dan juga para netters AFN sekelian.

apabila menulis/menyebut:

1- Allah (عز و جل)

apabila menulis nama Allah, selepasnya perlu ditambah dengan perkataan: ( A’zza wa Jal ) atau (Ta’ala ) atau ( Subhanu Wa Ta’ala ) atau ( Tabarak Wa Ta’ala) atau (Jalla Thikruh) atau (Tabarak Asmoh)

2- Nabi (صلى الله عليه و سلم)

apabila menulis nama Nabi,selepasnya perlu ditambah dengan perkataan: صلى الله عليه و سلم. Ini perlulah ditulis dgn penuh tanpa singkatan.


3- para Sahabat
(رضي الله عنهم)

sekiranya untuk para Sahabat, selepasnya perlu ditambah dengan perkataan: رضي الله عنه [Radial-Lah-hu-'anh]

4- Para Ulama' ( رحمهم الله)

sekiranya untuk para Ulama', hendaklah diletak selepasnya:
( رحمهم الله) [Rahima-hu-Llah]


** tambahan-tambahan perkataan ini adalah sebagai pengagungan untuk Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan juga merupakan doa [untuk selain Allah Jalla Thikruh], para pembaca apabila membaca nama-nama ini perlulah sebaiknya turut menyebut perkataan-perkataan tambahan ini walaupun ia tidak terdapat pada tulisan [kerana untuk merebut ganjaran pahala dengan menyebut perkataan ini]

selamat beramal!

No comments: