Wednesday, March 4, 2009

:: Aku mengaku mencintainya ::

Macam-macam orang tulis tentang hukum sambut Maulidur Rasul... Dan macam-macam juga dalil yang diberi untuk kuatkan hujjah. Saya tak berapa pandai nak buat macam tu, cuma harap kita semua boleh fikir tentang sesuatu...

Orang kata, saya sambut Maulidur Rasul sebagai tanda mengingati Baginda Sollallahu Alaihi Wasallam.. Okay, nampak 'macam' betul alasan tu..

TAPI, cuba bandingkan dengan cara ini:

Saya mengingati Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam dengan

- berusaha semampu mungkin untuk menghidupkan Sunnahnya dalam kehidupan seharian, bukan cuma satu hari tertentu.

- dan menuntut ilmu -dari sumber yang dipercayai- tentang hadith2 dan sunnah yang Baginda Sollallahu Alaihi Wasallam ajarkan, kerana saya tidak mahu 'terlepas' dari perkara yang wajib saya ketahui demi keselamatan dunia akhirat. Saya yakin dengan kata-kata Baginda Sollallahu Alaihi Wasallam bahawa syarat utk tidak sesat selama-lamanya adalah dengan berpegang kepada al-Quran & al-Sunnah.

-Saya juga cuba mempertahankan apa yang diajar Baginda Sollallahu Alaihi Wasallam daripada dakwaan-dakwaan palsu yang cuba memburukkan Baginda Sollallahu Alaihi Wasallam, para sahabat, tabien dan sesiapa yg di atas jalan mereka.


Fikir dengan akal yang telah ALLAH kurniakan, cara mana yang lebih 'membuktikan' bahawa kita benar-benar mencintai Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam??? Adakah Maulidur Rasul itu sesuatu yang diajarkan oleh Baginda atau diamalkan oleh para Sahabat?



"WAHAI YANG MENDAKWA DIRINYA MENCINTAI RASULULLAH, SEJAUH MANA SUNNAHNYA YANG TELAH KAMU AMALKAN...???"


Cuba hayati lirik lagu Hijjaz yang sangat sering kita dengar & nyanyikan ini:

Selagi upaya kuturuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat


Moga ia buka sekadar bermain di bibir, tetapi juga dibuktikan dgn amalan..


Untuk bacaan lanjut tentang Maulidur Rasul:




No comments: