Monday, March 2, 2009

:: Pinjamkan ::

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يُخرج الأبكار والعواتق وذوات الخدور والحيض في العيدين ، فأما الحيض فيعتزلن المصلى ويشهدن دعوة المسلمين، قالت إحداهن : يا رسول الله ، إن لم يكن لها جلباب ، قال : ( فلتعرها أختها من جلابيبها

Terjemahan hadith:

Sesungguhnya Rasulullah mengeluarkan (mengarahkan utk keluar) gadis2, dan yang sudah bernikah tetapi belum berpindah ke rumah suami, dan yang remaja (masih kecil tetapi yg sudah boleh dinikahkan), dan yang telah baligh, pada kedua-dua hari raya. Bagi yang sedang haidh hendaklah mengasingkan diri dari musolla tetapi tetap mendengar seruan (khutbah, tadzkirah) dari Muslimin. Maka berkatalah salah seorang perempuan dari mereka: “Wahai Rasulullah, kalau seseorang dari kami tidak mempunyai jilbab -istilah utk pakaian wanita, yang menutup seluruh auratnya-, (bagaimana dia bisa keluar?).” Jawab baginda (selawat dan salam ke atasnya): “Maka hendaklah saudaranya (yg seislam) meminjamkan salah satu jilbabnya kepadanya (yg tidak memiliki jilbab).

(Hadith Riwayat al-Tirmidzi, katanya hadith ini Hasan Sahih, juga diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim)

Pengajaran:

Terdapat beberapa pengajaran dari hadith ini, tetapi yg ingin ditekankan adalah bahagian akhir hadith tersebut, iaitu: meminjamkan tudung bagi saudara perempuan kita yang tidak memilikinya. Jadi, seandainya kita terlihat sahabat2 muslimah kita yg tidak bertudung, tak usah mengata & ‘cakap belakang’ tentangnya. Hampirinya dan beramah mesra dengannya, sekiranya dikenal pasti dia tidak memiliki tudung utk dipakai, pinjamkanlah kepadanya, atau hadiahkan. :) Hadith ini juga menunjukkan bahawa seseorang muslimah perlu mengambil berat tentang muslimah yg lain dan membantunya dalam mentaati perintah ALLAH. :)

Indahnya Islam!

No comments: