Monday, March 2, 2009

:: Hartaku Hartaku ::

عن أبي هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( يقول العبد مالي مالي إنما له من ماله ثلاث ما أكل فأفنى أو لبس فأبلى أو أعطى فأقنى وما سوى ذلك فهو ذاهب وتاركه للناس)

Terjemahan hadith:
Daripada Abu Hurayrah RA, katanya: Rasulullah (selawat & salam ke atas Baginda) bersabda: “Berkata seorang hamba, {Hartaku! Hartaku!} Sesungguhnya (kebaikan) padanya daripada harta itu cuma tiga perkara; apa yang dimakannya lalu ia habis, atau apa yang dipakainya lalu ia lusuh, atau apa yang diberi (sedekahkan kerana Allah SWT) lalu itulah yg memberinya kebaikan (utk saham akhirat). Apa (harta) yang selebihnya maka ia akan pergi dan tinggalkan harta itu kepada manusia (wasiat, harta pusaka dll).

(Sahih Muslim, Kitab al-Zuhdu wa al-Raqa iq, 14/208)

Pengajaran daripada hadith:

Difahami dari zhahir hadith di atas bahawa penggunaan harta yg membawa kepada kebahagiaan dunia akhirat hanyalah harta yg diinfakkan kepada manusia lain, semata2 utk mendapatkan redha ALLAH. Meski harta setinggi jabal Uhud, tanpa infak ke jalanNYA, tiadalah erti di sisi ALLAH, juga tidak langsung menguntungkan bisnes akhirat. Wallahua’lam.

JOM INFAK!

No comments: