Friday, August 8, 2008

:: Ghibah itu HARAM ::

Ini post saya yg hampir dua puluh hari tersimpan di draft. Saya perlu mencari2 sumber hadith sebelum mengemukakannya di sini. Insha ALLAH akan bermanfaat.



*Bismillah*


Hari ni nak bercerita serba sedikit tentang ghibah (mengumpat). Satu perbuatan yg kita rasakan bukan haram kerana sudah menjadi suatu kebiasaan. Sedangkan pengharaman ghibah tsabit dari alQuran, Sunnah & juga Ijma' ulama.

Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda) bertanya kepada para sahabat:


Tahukah kalian apa itu ghibah? Jawab sahabat: ALLAH & Rasul-Nya lebih mengetahui. Jawab Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda): iaitu apa sahaja yg kamu sebut tentang saudara kamu & (jika dia mendengarnya) dia tidak menyukainya. (ada sambungan lagi selepasnya)


(Sahih Muslim & Sunan Abi Daud, kitabul adab: fil ghibah)


Boleh difahami di sini bahawa mengumpat itu adalah tentang sesuatu perkara yg benar, tetapi dibicarakan tanpa didengari oleh 'mangsa' umpatan itu. Jika tentang perkara yg tidak benar, maka ia sudah dikategorikan sebagai fitnah.


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kondisi yg membolehkan utk mengumpat iaitu; jika diyakini bahawa maslahat (daripada kata2 itu) adalah lebih besar daripada mafsadah (kerosakan). Sebagai contoh, di dalam ilmu hadith, terdapat satu ilmu yg diberi nama al jarhu wa at taa'dil. Ilmu ini adalah salah satu cabang ilmu rijal (perawi2) hadis. Ia merupakan neraca untuk menimbang perawi-perawi hadis. Siapakah di kalangan mereka yang boleh diterima hadisnya atau ditolak. Ia adalah satu disiplin yang menjadi tiang dan tonggak kepada al-Sunnah.


Al-jarh atau tajrih merupakan kecaman terhadap seseorang perawi yang menyebabkan keadilan dan penjagaannya (dhabt) hilang atau cacat. Keadilan seseorang perawi hilang sama sekali seperti apabila dia keluar Islam. Manakala keadilannya boleh menjadi cacat atau rendah disebabkan fasiq, melakukan maksiat dan dhabtnya menjadi cacat kerana sering kali melakukan kesilapan dalam periwayatan hadis.


Dari sini, jelas bahawa ulama' hadith yg pakar dalam ilmu ini akan menerangkan 'keburukan2' perawi yg menyebabkan hadith yg diriwayatkan oleh mereka tertolak. Akan tetapi, hal ini tidaklah termasuk dalam kategori ghibah yg diharamkan, bahkan menjadi suatu keperluan bagi umat Islam keseluruhannya.


Terdapat satu hadith daripada Aisyah R.A tentang ghibah. Penjelasan daripada ukhti Ili tentang hadith ini benar2 meresap ke dalam jiwa. :: cara penyampaian Ukhti Ili benar2 sgt menginsafkan, tidak mampu utk saya gambarkan melainkan sahabat2 sendiri pergi meluangkan masa sekadar 1jam utk ke kuliah yg disampaikannya. Honestly, it really 'attacks' your heart, bi iznillah ::


Hadithnya berbunyi begini:


قلت للنبي صلى الله عليه وسلم حسبك من صفية كذا وكذا قال غير مسدد تعني قصيرة فقال لقد قلت كلمة لو مزجت بماء البحر لمزجته قالت وحكيت له إنسانا فقال ما أحب أني حكيت إنسانا وأن لي كذا وكذا


Hadith riwayat Abu Daud, Kitabul Adab: Fil Ghibah.


Saya masih belum menemui terjemahan hadith ini ke dalam bahasa Melayu, tetapi saya akan menerangkan mafhumnya sebagaimana yg diterangkan oleh ukhti Ili. Suatu hari Aisyah RA telah menunjukkan isyarat tangan (mungkin di paras bahu) yg ditujukan kepada Safiyyah. Isyarat ini bermaksud utk mengatakan bahawa Safiyyah adalah seorang yg rendah. Kemudian Rasulullah (selawat & salam ke atas Baginda) menegur Aisyah dgn berkata: Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu yg seandainya ia diterjemahkan ke dalam bentuk perkataan, kemudian perkataan itu dibaling ke dalam laut, ia akan menyebabkan seluruh laut itu menjadi hitam pekat.


Betapa kotornya kata2 ghibah itu! Sekadar satu perkataan (yg asalnya hanyalah isyarat tangan) sahaja bisa mengotorkan selautan air, apatah lagi dgn beberapa ribu perkataan yg sering kita keluarkan tentang sahabat2 kita di belakang mereka. Benar2 menginsafkan. Saya akui, adakala saya tidak terlepas daripada melakukan perbuatan haram ini. Astaghfirullah.


Semasa kuliah tersebut, ada seorang sister yg mengajukan soalan: bagaimana dgn kebanyakan halaqah2 -yg kebiasaannya- akan membincangkan tentang masalah yg dihadapi oleh ahli2 halaqah. Sebagai cth, setiap kali selepas selesai sesi halaqah, akan ada suatu sesi seperti berikut:


Naqibah: Ada apa2 masalah yg ingin dikongsikan? Pasal diri sendiri ke, kawan2 ke..


Ahli: Ni, ada sorang roommate saya ni suka keluar dating dgn pakwe, tak pernah solat etc... So, apa yg patut saya buat?


So, boleh tak utk berkongsi masalah macam ni?


Jawapan Ukhti Ili lebih kurang begini:


Sekilas pandang, seolah2 tiada masalah dgnnya, tetapi hakikatnya ia bermasalah. Cuba bayangkan, suatu hari, kawan2 'pencerita' tadi ditakdirkan berziarah ke bilik pencerita & mengenali roommate nya. Maka akan lahir satu persepsi yg buruk drpd rakan2 pencerita terhadap roommate itu tadi lantaran kisahnya yg terbongkar sebelum ini. Maka hal ini juga adalah ghibah, meski pada awalnya nama org yg diceritakan itu tidak disebut.


Hal ini juga haram, kecuali jika ia diceritakan kepada seseorang yg benar2 diyakini mampu membantu utk memberi solusi kepada masalahnya, dan bukan dibicarakan hadapan rakan2 lain. Jika sekadar utk bercerita, perlu elakkan.

Renungkan kembali, ketika kita beria2 menceritakan keaiban sahabat kita kepada orang lain, apakah niat dalam hati kita? Apakah perasaan yg hadir dalam diri kita ketika itu? Insaf? Riya'? Menyampah? Wallahua'lam.

No comments: