Saturday, August 9, 2008

:: Ibumu, ibumu, ibumu ::


"Menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk berkasihan
Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu"

Sudah berkali2 saya mendengar lagu ini: Azimat Ibunda. Namun baru hari ini saya menyedari ‘kewujudan’ beberapa baris ayat ini. Dada ini sebak, terlalu. Teringatkan ibu yg sudah lama tidak saya ketemu. Saya terlalu ingin pulang menjengah ibu & ayah. Ingin menemani ibu, berkongsi cerita dengan ibu, menggembirakan hati ibu yg kesepian dan yg paling utama, saya ingin memohon maaf dari ibu. Entah berapa besar dosa saya kepada ibu. Akan tetapi, kerja2 yg terpikul di bahu ini benar2 telah menyekat niat saya. Maafkan diri ini... (“:)


Betapa indah hidup ini, seandainya hari2 saya ditemani ibu. Saya sedar, hakikatnya saya sudah melalui episod indah itu, sebelum saya tiba di dunia ini lagi. Tapi sayang, tika itu saya belum dikurniakan ingatan seperti sekarang. Entah bagaimana rasanya berada di dalam rahim ibu, setiap saat, detik, masa... Hampir dengan degupan jantung ibu, mendengar setiap bisikan hati ibu, berkongsi suka, duka, dan juga makanan dgn ibu. Subhaanallah!


Maha suci ALLAH yg telah mengukirkan sebuah rasa cinta yg teramat antara seorang ibu & anaknya, cinta yg tidak dapat digambarkan dengan kata2, kerana ia bukan utk didengari atau dibaca, tetapi utk dirasai. Maha Pengasih ALLAH yg telah memberi peluang kepada setiap insan untuk singgah sebentar di satu alam yg sangat mulia, dalam daerah yg terlalu istimewa, rahim ibu.


Melihat kepada lirik tadi, saya jadi sayu dan insaf. Menyedarkan saya sebuah hakikat bahawa hidup ini sekadar tumpangan. Mula menumpang di dalam rahim ibu, kemudian menumpang sebentar di bumi ALLAH sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yg seterusnya. Sahabat2, kita ini penumpang, lantaran itu, tiadalah layak utk kita berasa sombong atau megah diri hatta sekelumit cuma. Kerana kesombongan kita itu tidak akan pernah mampu utk meretakkan bumi Tuhan, apatah lagi utk menggapai langit Tuhan.


Sebagai hamba, janganlah sombong untuk:


:: Setiap masa memohon bantuan dari-NYA ::


:: Mengharapkan cinta & pengampunan-NYA ::


:: Melaksanakan perintah-NYA ::


:: Memohon agar dijauhkan dari seksaan-NYA ::


Sungguh, manusia itu sudah melampaui batas! Apabila dia memandang dirinya memiliki segala-galanya. (Al-‘Alaq: 6-7)

No comments: