Thursday, August 28, 2008

:: Pandang2, Jeling2 ::

Semester ini, untuk subjek Ayat Ahkam assignment yg diberi ialah membuat ringkasan utk kitab Almufassol oleh Dr. Karim Zaidan. Memang terlalu banyak, bukan sedikit yg perlu dibaca, tetapi Alhamdulillah. Segalanya demi kebaikan.


Satu topik yg sangat penting dan perlu saya sampaikan. Tentang hukum pandangan lelaki terhadap perempuan ajnabiy (yg halal dikahwini). Mungkin ramai yang tahu asasnya, tetapi sudah 'ter'lupa tentangnya. InshaALLAH di sini saya akan menghuraikan beberapa perkara yg penting utk kita ketahui.



Fenomena masyarakat dunia Islam hari ini; pandang-pandang, jeling-jeling. Bergaul antara lelaki dan perempuan seolah2 sudah tiada batasnya, bertepuk tampar tempeleng seolah-seolah2 tiada agama, apatah lagi utk mereka menjaga pandangan mata. Walau bagaimanapun, keadaan ini seharusnya dirawat dari akar umbi. Semuanya dari kerana mata, yang mempunyai kuasa. Benar lirik lagu itu! Mata kita sememangnya mempunyai kuasa. Kuasa utk memikat, mencairkan hati, juga utk menyebabkan penyakit. Penyakit ain. Pelik, bukan? Jika ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit ain, klik di sini.


Bab: Hukum Pandangan Lelaki kepada Perempuan Ajnabi


Fuqaha' dari mazhab Maliki, Syafi'e, Hanafi, Hanbali, Ja'fariyyah & Zaidiyyah telah bersepakat bahawa hukum memandang wajah & tangan wanita (anggota badan yg bukan aurat-tetapi ada yg berpendapat seluruh tubuh wanita adalah aurat) adalah HARAM. Tetapi diharuskan utk beberapa situasi dan dgn syarat bahawa pandangan itu adalah pandangan tanpa syahwat & tidak menyebabkan fitnah.


Pendapat Ulama' Mazhab Syafi'ie: Harus memandang jika mempunyai sebab yg syar'ie.


Kata Ibn Abidin: Sesungguhnya memandang wajah perempuan adalah haram, bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana bimbang berlakunya fitnah.


Kata Shaikhul Islam, Ibn Taimiyyah: Tidak seharusnya seseorang lelaki itu memandang wanita jika tiada sebab yg syar'ie meskipun pandangan itu tidak disertai syahwat. Larangan ini adalah sebagai saddan lidzari'ah alfasaad (mencegah dgn menutup pintu/jalan yg membawa kepada kerosakan).


Para ulama' tidak pernah mengeluarkan hukum melainkan akan disertai dgn hujjah2 & dalil. Untuk keterangan yg lebih, rujuk kitab tersebut.


Firman ALLAH dalam surah Annur:

[24:30]Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


Menyekat pandangan (ghaddul basar) bukanlah bermaksud berjalan sambil menundukkan kepala & pandangan seperti yg difahami oleh kebanyakan orang. Akan tetapi maksudnya ialah mengalihkan pandangan dengan segera bilamana mata itu tiba2 terpandang ke arah sesuatu yg tidak halal dipandang.


Moga kita (muslimun & muslimat) akan sama2 memelihara mata demi utk menjaga hati & iman. InshaALLAH.

2 comments:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

salam ziarah dan selamat menyambut bulan ramadhan almubaarak..

Anonymous said...

salam. selamat menyambut bulan ramadhan & selamat mempertingkatkan ibadah. :)