Thursday, August 14, 2008

:: Bukti komprehensifnya Hadith Rasulullah SAW ::

Ingin berkongsi dgn sahabat2 tentang komprehensifnya hadith2 Rasulullah (selawat & salam ke atas Baginda) berkaitan dengan perkara2 yg berlaku sesudah kewafatan Baginda hingga kiamat. Suatu ilmu baru yg saya perolehi ketika menghadiri Seminar Metodologi Pengajian Ilmu Hadith pada awal Julai lepas.


Terlalu banyak yg saya pelajari tetapi tidak mampu utk saya huraikan semuanya di sini. Sekadar ingin berkongsi beberapa info yg selama ini saya tidak pernah tahu. Terdapat hadith yg akhir2 zaman ini baru disedari bahawa ia sgt bertepatan dgn beberapa aspek kehidupan seperti sains & teknologi, perniagaan, perubatan, kemasyarakatan dan pelbagai lagi. Kebenaran isi hadith2 itu sesetengahnya terbukti selepas kewafatan baginda.


Sebagai contoh, hadith berkaitan amaran Rasulullah tentang penyakit taun. Hadithnya adalah seperti berikut:



قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا هَامَةَ وَلَا صَفَرَ وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ.
Sahih Bukhari, juzuk17, m/surat 476.



Di dalam hadith ini Rasulullah memberi amaran kepada kita supaya 'lari' atau menghidarkan diri daripada penyakit 'majzum' (kalau tidak silap penyakit taun, sesiapa yg tahu minta betulkan ye) seperti mana kamu lari daripada singa. Mengapa Rasulullah menyamakan singa dgn penyakit ini? Mengapa tidak harimau atau gajah?




Di dalam bidang perubatan, terdapat satu kuman yg rupanya benar2 seperti singa (apabila dilihat menggunakan mikroskop). Saya juga ada terdengar (curi-curi dengar :p) perbualan seorang sahabat yg belajar dalam jurusan perubatan bahawa terdapat satu jenis penyakit yg apabila seseorang dijangkitinya, muka akan berubah sedikit demi sedikit seperti singa. Kalau tidak silap, katanya penyakit ini dinamakan lion-like-face disease (Klik sini: Leontiasis ossea). Subhanallah, jika kita benar2 mengkaji hadith, akan tersingkap terlalu banyak ilmu yg sgt berharga. Yg telah dipelihara oleh para sahabat baginda & juga ulama'2 hadith, utk umat2 yg datang selepasnya.


Benarlah, jika kita ingin berjaya, syarat utama adalah kembali kepada alQuran & as Sunnah. Tidak pernah ada di dalam sejarah bahawa mereka yg benar2 berpegang teguh dgn Islam akan gagal dalam hidup. Bahkan merekalah orang2 yg berjaya. Bukan seperti agama Kristian. Umatnya pernah gagal dan hidup dalam kegelapan apabila terlalu menumpukan kepada agama & gereja.


Usah takut utk kembali kepada kebenaran (Islam), kerana selamanya kebenaran akan tetap mengalahkan kebatilan. Wallahu a'lam.


Sesiapa yg inginkan kertas kerja penuh ttg yg saya perkatakan di atas, sila maklumkan kepada saya & bagi email anda. InsyaALLAH sgt bermanfaat & menarik. RUGI TAK BACA! ;)



p/s: Mohon mereka yg lebih arif dlm ilmu perubatan utk betulkan jika ada kesilapan atau tambah apa yg perlu. Syukran.

2 comments:

wanie sk said...

about the lion like face..i've seen in grey's anatomy...although its not real but yeah...i've got the image..mang agk2 rupa lion r

Anonymous said...

ooooo.. kita pun tak pnah tgk plak. yg awak tgk tu btol2 punya ke skadar make-up utk lakonan? huhu