Wednesday, August 20, 2008

:: Diri Sendiri ::

Saya sering mendengar nasihat yg mengatakan, JADILAH DIRI KAMU SENDIRI. Jika diteliti dari satu sudut, mungkin nampak sebagai nasihat yg sangat bagus. Namun bagi saya, dari satu sudut yg lain, ada yg perlu dinilai semula.



Mungkin bagi sesetengah individu, nasihat itu amat berguna untuknya, supaya tidak mudah goyah dari pegangan. Tetapi bagaimana pula dgn mereka yg DIRI MEREKA SENDIRI adalah yg 'kurang' baik & tepat pada pandangan Islam? Sebagai contoh, seorang perempuan yg tidak bertudung & menutup aurat dengan sempurna telah menjadikan moto JADILAH DIRI KAMU SENDIRI itu sebagai falsafah hidup, semenjak kecil sehingga dewasa. Bagaimana jika dia tetap teguh dgn keputusannya bahawa menjadi DIRI SENDIRI itu adalah yg terbaik? Pasti bermasalah kerana baginya dia tidak langsung memerlukan perubahan.


Boleh jadi kerana falsafah hidup sebegini yg telah menjadikan sesetengah individu itu tidak mahu berhijrah kepada yg lebih baik, kerana dia tetap mahu menjadi DIRINYA SENDIRI, tanpa melakukan apa2 perubahan. Kerana perubahan itu baginya seolah2 suatu penipuan & sekadar topeng seandainya tidak berjaya disusuli dgn keikhlasan.


Banyakkan berdoa, membaca alQuran, mengkaji hadith2, berdzikir... Moga2 hati kita mudah lunak utk melaksanakan kebaikan. Moga hati kita cepat tersentuh apabila diajak ke arah kema'rufan. Moga hati kita tiada pernah luntur dgn ujian2 & kata2 yg menyakitkan. Demi cinta pada-NYA, bersedialah utk sentiasa menghalakan jasad & nyawa ke arah mencari sebuah keredhaan.


Berkorbanlah kerana ALLAH. Jangan pernah putus asa utk berdoa diberi kekuatan supaya berubah menjadi Muslim yg jauh lebih baik & 'bererti'. Ujian itu tetap akan menemani, kerana tanpanya kita mungkin akan lupa diri. Lupa pada yang Maha Memberi.


Wallahua'lam. Ini sekadar pendapat peribadi. Boleh diterima, ditolak atau disangkal.

P/s: jadi diri sendiri mmg perlu. supaya kita tak hidup dlm kepura2an. cuma bila pada 'diri sendiri' itu ada yg tak sejajar dengan islam, itu yg perlu dibaiki. :)


[2:186] Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu
tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka
itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar
mereka selalu berada dalam kebenaran.

5 comments:

KiRaNa said...

salam sajid..
kite sokong 100%..
if nak jadi diri sendiri, kna tgk pada diri kita dlu..
kalo da betul2 ikut perintah Allah, bru la bole jd diri sendiri..
thanx 4 posting psl ni.
rasa insaf bila bca..

Anonymous said...

terima kasih ALLAH..

wanie sk said...

::jadilah diri sendiri krn Allah::

me blom lg kot:)

syuhadah dzarawi said...

salam...jadi diri sendiri pada hemat saya 'kenali diri anda sendiri'. kerana barangkali kita sering dinasihati, tapi tak kurang juga nasihat yang agak tidak tepat pada satu2 kondisi.justeru, hanya diri yang mampu menilai takat mana yang boleh diperbaiki dan dicemati. wallahua'lam~

Anonymous said...

hee..
pink..cantik blog,simple but nice
jadilah diri kamu sendiri