Sunday, March 1, 2009

:: Doktor Islami ::


Bila Kauthar komen kat entri yg sebelum ni, yang kata nak jadi true muslimah doctor, saya mmg sangat menyokong. Doktor adalah antara pekerjaan yg sangat punya banyak peluang utk berdakwah, sebabnya, semua orang pun tahu-setiap hari ada je yang akan ke klinik, hospital etc.. tak kira bangsa dan agama..

Teringat cerita kakak saya yang di'leter' oleh doktor yang merawatnya, katanya kakak saya tak hati2 dalam planning utk dapatkan anak, sampai boleh membahayakan kesihatan. Macam2 kata-kata yg tak enak dilontarkan. Kakak saya pun tadah telinga je dengar.. Dia sendiri tak menduga takdir ALLAH menetapkan macam tu [dapat anak kedua cuma beberapa bulan selepas pantang anak pertama] dan agak terkejut pada mulanya. Ditambah dgn kata2 yg amat tidak membantu oleh doktor itu, sungguh menambah sedih di hati.

Alangkah indah seandainya doktor itu memberi kata2 nasihat & perangsang sebagai seorang doktor muslim/ muslimah. Bukankah anak itu rezeki dari ALLAH? Seandainya ALLAH telah mengurniakan, tanda kita mampu menanggungnya, kerana ALLAH tidak sekali2 membebankan hamba-NYA dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung.. Betapa ramai manusia yg menanti kelahiran cahaya mata, sampaikah hati kita utk menolak rezeki yg sgt ditunggu oleh sekalian ramai manusia...? Sungguhpun kita merasa sakit, kita tetap punya ALLAH, jika kita meminta dengan sesungguhnya, bukankah ALLAH itu Maha Berkuasa untuk menetapkan apapun...?? Ma sha Allahu kaana, ma lam yasha' lam yakun...

Doktor bukan sahaja merawat badan, tetapi juga merawat jiwa...

No comments: