Thursday, July 17, 2008

...Are You Ready?...

Semalam saya menghadiri kuliah hadith yang disampaikan oleh ukhti Ili. Subhanallah... Penyampaian yang sangat meninggalkan kesan di hati. Belajar tentang syarah hadith ke-4 dalam hadith 40.

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata:

Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam menyampaikan kepada kami dan
beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan: Sesungguhnya setiap kalian
dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setetes mani selama empat
puluh hari, kemudian berubah menjadi setetes darah selama empat puluh hari,
kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus
kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan
untuk menetapkan empat perkara: menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan celaka
atau bahagianya. Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya di
antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara
dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya
ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam
neraka. Sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka
hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah
ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah
dia ke dalam syurga.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sangat banyak pengajaran yg boleh diambil dari hadith ini tetapi cuma beberapa sahaja yg saya ingin kongsikan:

..:: WAJIB ke atas kita utk merasa takut (alkhauf wa arrahbah) tentang bagaimana pengakhiran hidup suatu masa nanti ::..

..:: Sebahagian ulama' berkata bahawa dijadikannya pertumbuhan janin manusia dalam kandungan secara beransur-ansur adalah sebagai rasa belas kasih terhadap ibu. Kerana sesungguhnya Allah mampu menciptakannya sekaligus ::..

..:: Orang yg sering membuat maksiat, tetapi di hatinya masih ada sekelumit rasa untuk berhenti, jangan pernah putus harapan daripada pengampunan-Nya. BERTAUBAT, BERTAUBAT & TERUS BERTAUBAT di samping berusaha melawan nafsu ::..

Kata Ibn Qayyim Rahimahullah:

التوبة تكون في البداية، و الوسط، و النهاية
Taubat itu adalah di permulaan, di tengah, dan di pengakhiran.

Sama ada kita ini ahli syurga atau neraka, semuanya akan ditentukan pada akhir hayat kita. Bilakah akhir hayat kita? 5 minit lagi? Sehela nafas lagi? Wallahua'lam. Al muhim bal aham, SENTIASA BERSEDIA.

No comments: