Di hujung kelas intro to history tengahari tadi, saya amat tertarik dengan kata2 Prof Ghassan Thaha. Meremang bulu roma ketika mendengar sepotong ayat yg dilaungkannya. Katanya, 'the ummah is looking for you! Not for me, i'm already old...! '

Apakah anak muda masa kini, benar2 menepati apa yg diinginkan, atau lebih tepat lagi, yg diperlukan oleh ummah? Lihatlah di sekeliling, dan kalian akan menemui jawapannya. Di seminar yg saya hadiri baru2 ini, pada majlis penutup, ada satu2 kata2 yg turut menarik perhatian saya. Si penutur terharu melihat usaha komiti2 seminar yg terdiri daripada anak muda. Katanya,
"jika sebelum ini, apabila menyebut anak muda, kita akan terbayang Mat Rempit,
Bohsia, Bohjan, masalah sosial & segala macam keburukan. Tapi kini saya
berbangga, kerana anak muda yg saya lihat ini ialah anak muda yg berjuang demi
agamanya!"
Alangkah indah seandainya kita mampu mewujudkan satu fenomena yg akan membuat manusia terfikir bahawa sinonim bagi ANAK MUDA adalah PEJUANG AGAMA. Moga saat itu akan tiba secepat mungkin. Kerana ummah kita kian parah.
No comments:
Post a Comment