Alhamdulillah.
‘Lawatan’ ke blog sahabat-sahabat seringkali memberi keuntungan kepada saya. Sarat dengan peringatan, sebagai pelengkap kepada sebuah pakej untuk saya berubah kepada hamba yg lebih baik. Terima kasih. ;)
Baru-baru ini saya melawat blog Izzah. Entri nya yg bertajuk "Jalan2 Cari Wanita" sangat menginsafkan saya. Menyedarkan saya akan sebuah tanggungjawab yg tidak pernah saya hiraukan, apatah lagi untuk dilaksanakan.
Entri itu mengajak kita menegur sahabat-sahabat seaqidah yg kadangkala ‘hanyut’ dalam dosa. Terutama sekali dosa yg dirasakan biasa disebabkan ia sering berlaku di hadapan mata kita iaitu; berdua-duaan antara lelaki & perempuan yg bukan mahram. Hakikatnya, patutkah dosa dianggap suatu kebiasaan? Saya teringat kata2 seorang sahabat, “apabila maksiat dikatakan biasa, maka tunggulah azab ALLAH...”
Cara yg disarankan utk menegur sangat menarik, dengan menghantar ‘surat layang’. Surat yg berintikan tazkirah, teguran. Berkesan atau tidak, terserah kepada Pemegang Hati kita: ALLAH. Kita selamanya tidak akan pernah mampu utk memberi hidayah kepada sesama manusia. Namun itu bukan alasan utk kita tidak memberi peringatan kepada sahabat muslim yg lain. Benar sungguh kata-kata dalam entri tersebut, “Sampai bila kita sekadar ingin merubah kemungkaran dengan hati…”
Entri ini telah mengingatkan saya akan satu analogi yg diberi oleh ayah saya ketika di rumah. Tentang tanggungjawab seorang hamba kepada hamba yg lain. Kata ayah saya:
“Bayangkan seorang kaya mengupah seorang pekerja utk melayannya & memujinya setiap masa. *Tuan baik, tuan kaya, tuan hebat, tuan kacak, tuan gagah, dll.* Suatu hari, sedang pekerja ini memuji2 tuannya, anak tuan tadi jatuh ke dalam kolam air & lemas. Pekerja itu sekadar melihat dan meneruskan memuji tuannya. Dengan fikiran yg rasional, pasti kita tahu bahawa tuan tadi akan memarahi pekerjanya kerana tidak berusaha menyelamatkan anaknya.”
Begitu juga kehidupan kita di dunia ini. Memang benar ALLAH menciptakan kita utk beribadat kepada-Nya. Tetapi beribadat bukan sekadar dgn mengambil kisah & menyempurnakan ibadat diri sendiri, malah perlu juga cakna dgn hal saudara-saudara Muslim yg lain. Jika terlihat bahawa ada saudara kita yg sedang menempah tiket ke Neraka, segeralah menegurnya agar ‘membatalkan’ tempahan yg sangat merugikan itu. Dan seandainya kita tahu bahawa sebelah kaki saudara kita sudah berada di neraka, cepat-cepatlah menariknya kembali agar tidak terus terjerumus ke dalamnya.
P/s: Buat yg ingin melihat contoh surat layang tersebut, silalah berziarah ke lailatulmawardah.blogspot.com ;)
No comments:
Post a Comment