Saturday, July 12, 2008

...Nurseri...


Cuti semester yg lepas, saya berpeluang melawat 'anak-anak' saya di Nurseri Raudatul Iman. Hampir setahun tidak berjumpa, hati saya dilanda rindu yg teramat. Sayang sekali, saya pergi ketika waktu mereka tidur, tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya rindu saya terubat. Gerrrram, bayi2 comel semakin bertambah! ;)


Berbual seketika dengan umi (tuan punya nurseri) dan mama (adik ipar umi). Banyak ilmu yg saya peroleh, meski masanya belum tiba untuk saya praktikkan. Tapi rasanya saya ingin berkongsi dengan sahabat2. Tentang the Do's & Dont's dalam menjaga bayi.



..:: Jangan biasakan bayi tidur dalam buaian. (yg henjut2 tu) Sangat tidak elok kerana akan berlaku gegaran pada otak (mana2 nurseri yg masih menggunakan buaian, kemungkinan besar adalah nurseri yg tidak menghadiri kursus) ::..



..:: Jika bayi masih belum pandai berjalan, jangan gopoh untuk meletakkannya dalam baby walker. Biarkan dia merangkak & belajar berjalan sendiri, mengikut tahapnya. Jika seseorang bayi kekurangan satu tahap dalam fasa hidupnya, kemungkinan besar dia akan kekurangan 'sesuatu' (dari segi spiritual) apabila dewasa. Utk pengetahuan, merangkak amat bagus utk tumbesaran otak bayi ::..


..:: Untuk kulit bayi yg lembut, jangan letakkan bedak (terutama ketika bayi selsema), tetapi lazimkanlah mengurut seluruh badannya dengan minyak zaitun, termasuk di rambut ::..


..:: Pakaikan bengkung pada bayi perempuan utk jangka masa yg agak lama jika mahu pinggangnya ramping ;) ::..


..:: Untuk tumbesaran yg lebih sempurna, JANGAN HANTAR ANAK KE NURSERI. JAGA SENDIRI. ;) ::..


Setakat itu dahulu. Semoga bermanfaat! ;]

No comments: