Marilah kita rasakan ALLAH itu Pelindung
Marilah kita rasakan ALLAH itu Penjaga
Marilah kita rasakan ALLAH itu Pengawal
Marilah kita rasakan ALLAH itu Pembela
Sangat asyik mendengar lagu nasyid dendangan kumpulan Diwani ini. Terus terdetik di hati untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian beberapa cebis peringatan.
Note: Lirik asal adalah TUHAN, tetapi sengaja saya tukar kepada ALLAH kerana panggilan itu lebih disukai ALLAH. Firman ALLAH: Qulid’ullaha awid’urrahman- Serulah (Tuhanmu) ALLAH atau AR RAHMAN. (maaf, saya lupa dari surah apa).
:: Marilah kita rasakan ALLAH itu pelindung::
Andai difikirkan, seringkah terdetik dalam hati bahawa kita ini selamanya punya ALLAH yg Maha Melindungi? Jika benar, mengapa ya, hati kita selalu sahaja keluh kesah, rasa terabai dan rasa dizalimi? Astaghfirullah, semuanya salah sendiri, mungkin kerana kita masih belum miliki perasaan bahawa ALLAH itu pelindung kita. Sebagai pelindung, mustahil ALLAH akan mengabaikan & menzalimi kita. Bahkan rahmat ALLAH itu meliputi segala-galanya. Ketetapan-Nya buat kita adalah yg terbaik, *kalaulah kita mampu memahami segala yg tersirat* Walau sebesar zarah, ALLAH tidak akan pernah menzalimi hamba-Nya. Firman ALLAH ‘Azza wa Jalla dalam surah an nisaa’:
“Sungguh ALLAH tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarrah), nescaya ALLAH akan melipat gandakannya dan memberinya pahala yang besar di sisi-Nya…” (4:40)
:: Marilah kita rasakan ALLAH itu penjaga & pengawal ::
Di tengah malam, kita terjaga & tiba2 terasa mahu membuang hajat. Biasanya perempuan (termasuk saya) akan mengejutkan rakan sebagai peneman. Hati terasa ‘selamat’ kerana tahu bahawa rakan kita ada di luar bilik air dan menunggu kita (meskipun adakala rakan kita tiada di situ kerana ke tempat lain seketika). Namun, entah mengapa terlalu susah untuk kita sedari kebenaran bahawa tanpa rakan, kita sememangnya ditemani Yang Maha Menjaga. Malah kita lebih memerlukan-Nya berbanding rakan yg juga hamba seperti kita. Dialah yang paling hampir dengan kita. Firman ALLAH SWT dalam surah al israa’:
“Sesungguhnya (terhadap) hamba2Ku, engkau (iblis) tidaklah dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-Mu sebagai penjaga…” (17:65)
>>bersambung<<
No comments:
Post a Comment