Fikirkan!KITA WAJIB MENGIKUT SETIAP YG DIAJARKAN RASULULLAH (selawat & salam ke atas baginda) KERANA BAGINDA (selawat & salam ke atas baginda) ADALAH MANUSIA YG PALING TAHU JALAN YG LURUS UTK KE SYURGA.
P/s: Saya pernah membaca tulisan seseorang yg agak memandang serong pada pembela2 Sunnah Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda). Maksud tulisannya lebih kurang begini: Sunnah Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda) itu adalah Islam, maka tanggungjawab utama kita adalah iqaamah kan Islam itu, bukan berpecah belah dengan mengkritik perbuatan / amalan masyarakat dengan mengatakan: ini sunnah, ini tidak sunnah etc.
Saya ingin tanyakan, jika benar2 ingin meng iqaamah kan Islam, apakah dengan menggunakan sesuatu yg bukan diajarkan Baginda (selawat & salam ke atas baginda)? Apakah sesuatu itu akan tertegak dengan sempurna jika ia 'ditampung' dengan kesilapan2 & juga elemen2 yang tidak sahih? Saya pasti anda tahu jawapannya. Fikir, fikir & fikir! Ketepikan emosi, ego & apa shj yg menjadi penghalang utk menerima KEBENARAN. Sesungguhnya kebenaran datang dari ALLAH. Dan Rasulullah (selawat & salam ke atas baginda) adalah hamba-NYA yg terpilih utk menyampaikan kebenaran itu. Janji ALLAH dalam surah almujaadalah ayat 21:
Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan
Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang)" Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.WAJIB BETULKAN SEKIRANYA SAYA SILAP. Wallahu a'lam bissowaab.
2 comments:
sajid sajid sajid
ye ye ye..
tak paham la tujuan sajid 3x tu. isk3...
Post a Comment