Assalamualaikum...
Saya tiba2 teringat akan satu cerita seorang sahabat yg agak menarik. Kdgkala kita mungkin tidak pernah terfikir soal ini.
Soal nama.
Sahabat saya, ketika pergi ke pejabat pendaftaran negara utk menukar KP. Urusan berjalan dengan lancar. Beberapa bulan kemudian, ketika sahabat saya ini ingin mengambil KP nya yg sudah siap diproses, alangkah terkejutnya dia. Salah satu huruf pada namanya telah tersilap! Mujur masih nama yg mempunyai erti yg baik, namun hatinya sgt kecewa. Sedih. Bercampur baur. Sudah dipujuk pegawai di situ untuk menukar kembali, tetapi hampa... terpaksa akur. Menerima nama yg baru walaupun tanpa permohonan.
Menurut cerita sahabat saya ini, pada detik2 awal dia menggunakan nama yg baru, dia jatuh sakit. Demam. Terkejut barangkali. Tidak dapat menerima apabila guru2 memanggilnya dengan nama baru tersebut. Memang bukan sesuatu yg mustahil. Cuba kalian bayangkan berada di tempatnya. Berbelas2 tahun (ketika itu sahabat saya masih belasan tahun) menggunakan namanya, tiba2 tanpa dipinta namanya bertukar! Terasa seperti dunia juga telah bertukar. Bukan lagi dunia yg didiami sebelum ini.
Kasihan.. Kata sahabat saya lagi, satu perkara yg dia alami hasil pertukaran nama tersebut; perangainya juga berubah. Seolah2 mendukung maksud namanya. Jika dulu dia lincah, terkenal di kalangan rakan2 ketika namanya bermaksud--> yg masyhur, namun kini tidak lagi. Dia semakin menjadi kurang lincah & menjaga kesopanan diri sendiri. Terjaga. Katanya mungkin kerana kini namanya bermaksud--> yg suci. ;)
Satu kisah yg menarik. Bukti bahawa nama juga adakala mempengaruhi perangai seseorang. Jelas di sini bahawa pentingnya pemilihan nama yg baik. Antara kesimpulan yg dapat saya buat.. suatu masa nanti, apabila kalian dianugerahkan anak2, pilihlah nama2 yg baik untuk mereka. ;) bukan sekadar nama di KP, bahkan juga nama panggilan.
P/s: Sadisnya.. Diri saya tidak langsung menggambarkan nama saya. :(
3 comments:
nur-cahaya
iryani-takde makna.tak jumpa pun.tak tau.uhuhu~=(
takpe. nama yg baik ada masanya mmg mempengaruhi peribadi seseorg, tapi itu bukan fakta.
ramai je muslim yg namanya indah2 tapi tak 'selari' dgn namanya.
janji ALLAH, stiap yg berusaha utk buat kebaikan, di situla pahala baginya
ameen
Post a Comment