Saturday, June 7, 2008

...apa khabar syaitan??...

Assalamualaikum..

Buat sahabat2.. Pernah kalian terfikir apa khabarnya syaitan yg sedang & sering menghasut kalian...??

Saya baru terfikir.. Dengan dosa2 yg sering saya lakukan, hati yg sering menerima bisikan syaitan, boleh jadi syaitan itu sgt sihat, gemuk (malah mungkin sudah sampai tahap obesiti), rambutnya tersikat rapi (kalau dia ada rambut la), wajah hodoh yg sentiasa berseri2, dan senyuman hingga ke telinga kerana berpuas hati, rancangannya sering berjaya a.k.a mission accomplished..





Sedihnya saya rasakan apabila terlintas akan perkara ini. Manusia (wanita khususnya) sering risau apabila berat badannya naik. Sering berusaha mencari apa jua jalan yg bisa membantunya menurunkan berat badan. Tiadalah salahnya. Cuma di sini saya ingin mengajak sahabat2 semua termasuk diri saya utk kita sama2 berusaha 'menguruskan' syaitan yg ada di sekeliling kita dengan sekurus-kurusnya dan sekering-keringnya, bukan setakat mengambil kisah fizikal sendiri..



Bagaimana caranya?? Satu sahaja, buat apa sahaja yg bisa menimbulkan kemarahan & kebencian syaitan pada kita.. Apa lagi kalau bukan dgn menuruti segala yg telah ALLAH perintahkan. Saya tahu, dgn berbekalkan nafsu yg ada, pasti bukan setiap masa kita mampu utk menepis segala hasutan syaitan & bisikan nafsu yg sering dirasakan 'merdu', tapi itu bukan perkara yg mustahil bukan. Sirah telah membuktikannya, realiti kini juga telah membuktikannya. Di mana-mana, setiap masa, ada sahaja hamba yg berjaya menyelamatkan imannya dari terus menerus melayari bahtera nafsu. Semoga 'misi' kita untuk mengurus keringkan (maaf cikgu khalifah!! 'ter'buat istilah sendiri) syaitan akan berjaya! InsyaALLAH

SIRI PERINGATAN UNTUK DIRIKU


p/s: teringat kata2 seorg sahabat semasa saya di kisas, "kalau saya tiba2 rasa malas nak buat kebaikan, solat, dll, saya akan fikirkan, SAYA TAK NAK BUAT SYAITAN GEMBIRA!!!" Saya pernah mencuba petua ini. Memang menjadi. Cubalah. ;)

No comments: